Tuesday, December 23, 2008

demi adik-adik, kak long sanggup berkorban

Petang esok, Rabu, lepas kerja aku nak kena terus balik kampung. Mungkin aku sampai rumah dekat pukul 12 mlm. InsyaA'llah...

Hari Jumaatnya aku kena balik KL sebab hari Sabtu aku terpaksa kerja.

Penatkan. Tapi tak pe. Demi adik2, aku sanggup berkorban.

Monday, December 15, 2008

mari menanam pokok :D

Pada Sabtu lepas, 13.12.08 aku join xtvt tree planting kat Ladang Sua Betong, Port Dickson.

Selari ngn kecintaan aku pada kehijauan pokok2 jadi aku tanpa berfikir panjang terus je bagi nama utk join xtvt anjuran syarikat aku ini.

Bertolak dari ofis dekat pkl 9pg. sampai ladang Sua Betong 10.30pg. disambut oleh kakitangan ladang terdiri drpd estate manager, asst mgr dan ramai la lagi.

suasana estet Sua Betong mmg berbeza dgn estet yg aku pernah tgk. sebaik bas masuk ke perkarangn estet, rumah banglo milik mgr estet tersergam indah. diikuti dgn rumah asst mgr yg tidak kurang besarnya. suasana sekeliling yg bersih, pokok2 bunga dikiri kanan jalan, air pancuran dgn dilatari logo company aku, buat aku rasa kagum seketika. kemudian aku nmpk rumah2 pekerja2 estet yg bercat kuning. semuanya nampak teratur dan bersih. aku terasa mcm aku di suatu kawsn perumahn di kampung2. bknnya di estet.

turun je dari bas kami dibawa masuk kedlm dewan. juadah nasi lemak tersedia utk kami. lepas mkn kami diberi taklimat utk xtvt tree planting. apa yg menarik kami akan menanam pokok yg 'endemic' di Sarawak. Enkabang Jantung namanya. hanya ada di Sarawak. dan kami akan menanam pokok tersebut di tanah semenanjung. demi kelansungan hidup utk spesis pokok yg unik di Sarawak.

selepas mkn kami naik van ke lokasi penanaman pokok. sampai dilokasi cangkul sudah menunggu. setelah melihat demo oleh estate mgr cara2 utk menanam pokok, kami terus memulakan xtvt.

aku rasa gembira sgt sepjg xtvt ni dibuat. dah lama aku tak pegang cangkul. dan aku rasa teruja yg amat sgt. aku hrp poko2 yg aku tanam akan tumbuh besar dan subur demi utk manfaat semua.

w'pn usaha kami ini kecil kami mengharapkan faedah yg besar utk generasi akan dtg, juga dlm usaha utk memastikan bumi kita kekal dlm kehijauan.










Tuesday, December 9, 2008

tahniah lagi...hiks








Gambar2 sekitar majlis Perbarisan Diraja dan Pentauliahan Pegawai Kadet, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Sg Besi pd 04.12.08 lepas.

Paling memukau mata bila tgk perbarisan oleh pegawai2 kadet dgn kekuatan 254 org. mantap dan mengagumkan.

aku perasan mata abah bergenang air mata saat acik yg segak beruniform melintas dihadapan kami...

*UPNM dahulunya dikenali sbg ATMA (Akademi Tentera Malaysia)*

tahniah



Kak Long bangga ngn Acik.
Begitu juga mak, abah, Ngah dan Abang.

Semoga Acik sentiasa berjaya dlm hidup.
Dunia dan akhirat.

*UTM Skudai 22.11.08*

Monday, December 1, 2008

lima puluh tujuh kilogram

aku berkira2 nak tambah berat badan. hehe.

plg max berat yg seswai ngn ketinggian aku adalah 57kg...

*cam mn le ghopa aku kalo berat aku 57kg kan...haha...

Monday, November 24, 2008

from KL to Skudai

Jumaat 21.11.2008 5.30pm

Lepas je ofis terus gerak ke Skudai. Masuk Hiway dari tol Duta then sampai Shah Alam jalan lak 'jem'.

Masuk je daerah N9 & Melaka jln cuma 2 lane. tepaksa berebut2 ngan lori yg besar2 dan berat. Mata mengantuk tapi lawan gak. Kelajuan max 120km/jam. tak berani nak pegi lagi laju. sbb byk lori yg suka suki tukar lorong. pastu bila kita kat lrg kanan, nnt sekejap je akan dtg keta dok bagi high beam. kelam kabut masuk lane kiri. sambil terkial2 nak over take lori/treller. tgk2 majoriti keta2 tu plat S'pore. belagak!

sampai Skudai pkl 12.15am. mata naik pedih. bdn letih. kepala berat. mengantuk yg amat.

tido dkt pkl 2am.

pkl 5.30am dah tepaksa bgn. rs cm nak pengsan.

petang gegas lak blk KL. sampai rmh pkl 10pm.

Ahad tido sampai pkl 9am. bagi mkn Comey. kemas2 rmh. pkl 12pm tido blk. sedar2 pkl 3ptg! adehler. letih2...

*bersambung...

Friday, November 14, 2008

LuCkY

Jason Mraz ft. Colbie Caillat - Lucky

Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Tuesday, November 4, 2008

Comey yg comel :D

hiks...masuk blog hhr ni tgk2 ada komen dari kak Mar @ Waterlily. terima kasih kak Mar sudi melawat sy kt sini.... :D

ni nk uplaod gmbar Comey. seekor anak kucing yg aku bela hampir 2 minggu. aku tak pasti berapa umurnya skrg. sbb aku jumpa dia di pasar malam.

ni lah dia Comey. anak kucing yg sungguh comel diatas planet bumi ni. dan seluruh planet2 yg ada di cakerawala sana...haha




Monday, November 3, 2008

aku bosan dan penat!

aku menyimpan angan2 utk pergi bercuti2. ke pulau redang mungkin. aku rindu utk bersnorkeling. rindu sgt. menikmati keindahan dunia didasar laut. ikan2 yg jinak dan berwarna warni. karang yg indah dan memukau mata. nak berbaring diatas pasir halus yg putih bersih sambil menatap dada langit yg membiru. dihiasi indah kepulan awan putih bersih. tiupan angin yg menyegarkan dan bunyi deruan ombak yg tak jemu2 menghempas ke pantai.

owh, terbayang2 diruangan mata. terasa2 seolah aku disana. dan... terhidu2 akan bau laut.


sapa2 nak ikut aku?


*aku ada dua tugas di blog ni 1. nak upload gambar Comey 2. nak jawab tag kak Mar aka Waterlily. tapi aku bz akhir2 ni.

aku bosan dan penat!

Tuesday, October 21, 2008

hidup ats dunia ini

hidup ni kdg2 membosankan. rutin hari2 bgn pagi nak kena gi kerja. tp kalo tak gi kerja cm mn nk teruskan hidup ats dunia yg serba mencabar ni kan.

aku penah ckp kt mak. "kalau mak tak keguguran dulu kak long tak dak kat ats dunia ni. kan senang" (sblm mengandungkan aku, mak pernah keguguran kandungan pertamanya)

mak tersentak. mak tanya nape ckp cm tu. aku bagi jawapan. spontan. "hidup atas dunia ni pun penuh ngn dosa. mati nanti tak tahulah nasib cm mn"

mak hanya diam.

sebnrnya byk benda yg aku rasa baik utk aku kalau aku tak hidup kt ats dunia ni. aku berdosa kan sbb fikir cm tu. sebab setiap yg Allah ciptakan dan aturkan tu ada sebab musababnya.

tapi bila hidup kita ni tak berpihak pd kita, maksudnya bila kita tak sebertuah org lain, kita akan rasa hidup ni tak adil utk kita. bila kita ditimpa musibah kita akan betanya2 dgn sedih nape semua ni jadi kt kita. nape kita. nape bkn org lain.

tp semua tu sbnrnya ujian Allah utk kita. utk kita sedar kita ni berTuhan dan tempat utk kita menyerah dan bergantung nasib hanyalah padaNya yg Esa.

kdg2 ujian yg Allah bg kt kita adalah utk tebus dan bersihkn kita dr dosa2 kita. cam aku yg byk dosa ni, sbb tulah Allah uji aku. Ujian yg pernah buat aku rasa cm aku terperosok jauh dlm lubang yg dalam dan gelap. hidup aku seakan lumpuh. hati dan perasaan aku hancur dan luluh. aku menangis dan meraung sorang2. sedih, kecewa dan air mata adalah teman aku. siang dan mlm. aku tertanya2 kenapa semua tu jd kt aku. kenapa itu dan ini. aku menyesal ats takdir hidup aku. (Ya Allah. ampuni aku. hambaMu yg maha lemah dan maha hina ini Ya Allah)

sampailah Allah temukan aku dgn seseorg. yg byk bantu aku. bantu aku utk bangkit dan kembali gembira dgn hidup. aku bersyukur ditemukan Allah dgnnya. terima kasih.

tanpa ujian bukanlah hidup namanya. tanggungjawab hidup ats dunia ni, lakukan perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. as simple as that. senang je ckp kan, tp?

...cam aku...yg byk dosa ni, yg semakin tua ni,bila la nk insaf agaknya...

Friday, October 10, 2008

hipokrit

ada yg kata aku hipokrit.

lantakla apa org nk ckp. aku nk jadi apa pun aku punya suka. yg penting aku tau batas2 hidup aku. hipokrit tu luas maknanya. cth simple, mengaku Islam tapi tak solat. tu hipokrit yg nyata. tp org buat tak kisah. sanggup puasa tahan lapar dan dahaga. tapi tak solat. pelik kan?

aku nk hidup sendiri. bebas. tp tahu jaga diri. utk kebaikan diri dan hidup aku sendiri.

nk dgr ckp org?, tak de maknanya...

Thursday, October 9, 2008

Cerita raya thn ini

Balik kpg beraya amat mengembirakan. kebetulan bila masuk je highway hari aku bertolak blk tu, lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Sudirman berkumandang.

kebetulan cuaca cerah. langit tinggi yg membiru dihiasi indah kepulan awan putih bersih. berkepul2 diatas ats sana. cantik. kehijauan dikiri kanan jalan. aku menyanyi2 mengiringi lagu tu. adik aku kt sebelah senyap je. mesti dia pelik tgk aku excited sensorg @ dia mls nk layan. haha.

kami slmt sampai kerumah ptgnya. alhamdulillah. mak dan abah tak putus2 ucap syukur. sempat lagi ke psr rmdhn. adik aku tu sebok dok ajak. pinggang aku cam nak putus drive sorg2 dia tak pikir. nak tak nak tpaksa ikut. kalo tak ke merajuk. naik moto lak tu. lgpun aku ngidam nak minum air kelapa. haus semacam.

berbuka dgn mak, abah dan adik2. indahnya. mak la plg gembira. syukur. dpt tatap muka mak dan abah. syukur Ya Allah.

mlmnya aku la plg kalut psg pelita. abah ckp dia dh beli myk gas. mahal katanya. tak penuh satu btl air mineral besr tu RM5. dlm hati aku ckp "tak de mhl sgt...hehe"

seronok tgk cahaya pelita yg meliuk lintuk di depan laman rmh. mak ckp "haa..barula nmpak cm nak raya, berseri2..." rutin tiap kali nk raya, psg pelita adlh tugas aku. aku rasa seronok kalo mlm2 nk dekat raya hlmn rumah ada pelita. teringat masa kecik2 dulu. abah bawak kami meronda dari satu ke kampung utk tgk kemeriahan cahaya pelita. setiap kampung cam bersaing psg pelita. hampir semua hlmn rmh dihiasi cahaya pelita. ada yg kreatif dgn buat pintu gerbang dari buluh @ kayu. dan dihiasi ngn pelita. bygkan diwaktu mlm, sepjg perjln kita akn lihat cahaya kecil pelita disana sini. indahnya...

bunyi mercun jgn citer la. berdentam dentum sana sini. tp itulah ikon utk raya kan. setahun sekali. meriah je rs.

hari ry thn ni kurang meriah. budak2 kurang dtg rumah. raya pertama je kurang RM50 duit ry yg aku sediakn utk bdk2 dpt aku beri. RM200 aku tukar masih berbaki lagi. raya kedua cuma 3 org bdk je yg dtg. mmg tak meriah. dah tu ujan. cm kwn aku ckp "raya ni sbnrnya meriah kt budak2 je"

*mlm raya. aku telefon seseorg. hati ni. sedih. dpt bercerita dgnnya, aku rs lega. terima kasih bintang.

Tuesday, September 16, 2008

kenangan beraya

kenangan beraya masa kecik2 dulu mmg la best. pengalaman beraya dgn kawan2. berjalan atau berbasikal dari satu kampung ke kampung yg lain. semata2 nak kumpul duit raya. selagi tak penuh beg duit, selagi tu lah semangat nak beraya tu ada. panas terik cm mn pun tak de masalah langsung.

nostalgianya...

ada satu pengalaman yg aku ingat sampai skrg. bilamana kami (aku dan kawan2 aku) yg langsung tak reti nak pikir sblm beraya rmh org. semua rumah kami redah. tak kira apa kategori rumah. target kami hanyalah nk kumpul duit raya. sebanyak yg boleh.

dan tibalah kami disebuah rumah. sebuah rumah papan yg dah usang. yg agak kecil saiznya. tak ada beranda. cuma ibu rumah dan dapur saja. bumbung beratapkan nipah. dan kami terus memberi salam utk beraya. salam disambut seorang wanita tua. beruban rambutnya. tapi bersanggul rapi. ada selendang jarang di bahunya. berkebaya pendek longgar dan berkain batik. tersenyum menyambut kami yg tercongok dikaki tangga rumahnya.

perlahan2 dia memijak anak2 tangga kayu rumahnya. turun mendapatkan kami dibawah. ditangannya ada sebuah beg kain yg kecil. jejak sahaja kakinya ketanah, dia membuka beg kain kecilnya yg berzip. yg dah agak lusuh dan pudar warnanya. mata kami bertumpu pada beg kecilnya. beg kecilnya yg dah lusuh tu. kemudian dia mula mengeluarkan syiling. serentak dgn tu kami semua menadah tangan (betul la muka tak tau malu).

'ni makcik bagi sorang 5 duit ja naaa...' sambil bibirnya mengukir senyuman. tak putus2. (5 duit tu maksudnya 5sen)

'makcik tak dak apa nak jamu makan. makcik bagi duit raya ja naaa...' sambungnya lagi.

kami hanya mengangguk memndang wanita tua tu, sambil beredar perlahan2. diam.

haih...

bila dah beranjak dewasa, barulah aku boleh berfikir dgn jelas...

Wednesday, September 10, 2008

hari raya

skrg ni aku cm dah tak sbr2 nak blk kpg utk beraya. minggu lps telefon mak. aku tanya pasal agar2 kering. aku tanya psl kue raya. mak melayan je. tapi aku terlupa nk tanya psl dodol ngn pelita. sbnrnya bab dodol ngn pelita tu adalah tugas abah. ahaks.

ari isnin lepas, member2 ofis tekejut dgr ring tone sms hp aku. lagu raya nyanyian sanisah huri. (tu tak dgr lg ring tone utk incoming call. lagu raya nyanyian saloma. haha).

semua yg dok tekun buat kerja tiba2 angkat kepala. cam pelik. cam tak penah dgr lagu raya selama hidup. 'oit, kemain smgt nak beraya. baru seminggu posa' ada suara dari org2 yg sdg merasa pelik. pelik dgr lagu raya. aku just sengih. mmg pun aku dh tak sabar nak beraya. nak blk kpg sbnrnya. hiks.

skrg kalendar adalah sumber inspirasi aku. aku gembira bila menatap kalendar. melihat tarikh2 yg bakal mendatang. 'aarrghh...nak balik kpg...' hati aku menjerit2 didalam. kdg2 aku tersenyum sorang2. sambil menatap kalendar. hahaa...

*meng'update' blog psl raya pun adalah suatu perasaan yg indah juga. :D

Friday, September 5, 2008

Berterawih itu manis dan indah.

Malam tadi aku baru berkesempatan berterawih berjemaah dimasjid. yg aku rindui sejak bermulanya Ramadhan.

Ya Allah. Terimalah puasaku dan amalanku. Semoga mampu membela nasibku di akhirat kelak.

Amin.

Thursday, August 28, 2008

hidup ini indah. syukur.

sabtu lepas gi jungle trekking. dah lama tak buat aktiviti feveret aku ni. mari lihat gambar. hiks.


*ni anak pokok kacip fatimah. anak tongkat ali tak jumpak la pulak. haha.

*ni lak buah oak. ala, yg dlm citer ice age tu.

*wuhu...encik sesumpah ini masuk internet. apela dia dok buat skrg ni kan. hehee..

*orkid utan.




*yg tgh2 tu spesis pokok teh. pokok teh kat cameron pun leh jadi tinggi cm tu kalo tak dipetik dan dicantas rantingnya.

*ni ulat gonggok. besnya diusap2. sikit pun dia tak heran. hiks.

Wednesday, August 6, 2008

cam nak meleleh ayaq mata...uhuks

sila klik gambaq utk imej ekstrims...

*kalo la baby cheby ku leh transform jd cm nih...hiks...

*aku tak keruan...huhu

*ni model lama...ya ampun rim...

-mak...nak rim gold empat...uhuks

Friday, August 1, 2008

Dia. Abadi. Dihati

Kaulah darahku juga nadiku
Kaulah nafasku juga jantungku
Engkaulah hatiku dan juga jiwaku

Aku mau hidup denganmu
Aku mau matipun karenamu
Aku mau disisa waktuku bersamamu

Kaulah senyumku juga tawaku
Kaulah damaiku juga bahagiaku
Engkaulah teduhku tempatku bernaung

Aku mau hidup denganmu
Aku mau matipun karenamu
Aku mau disisa waktuku bersamamu

Kau yang slalu setia menemaniku
Meresapkan harumnya cinta dihatiku
Kau yang menyayangiku setulusnya

Aku mau hidup denganmu
Aku mau hidup denganmu
Aku mau matipun karenamu
Aku mau disisa waktuku bersamamu
Hanya bersamamu

Aku mau hidup denganmu
Aku mau matipun karenamu
Aku mau disisa waktuku bersamamu
Hanya bersamamu

Aku mau hidup denganmu
Aku mau..
Aku mau matipun karenamu
Aku mau..

Kaulah hidupku dan juga matiku

Friday, July 25, 2008

saja-saja...tak dak reja


*makcik sapa la dok begambaq ngn basikal ni? (T-bolt keluaran Proton tu weiii...)


*sapa2 ada kehilangan makcik? haha...

credit to akusape

Wednesday, July 23, 2008

cak!

huh. dah lama tak masuk blog sendiri ni, dok baca blog org ja.

aku lak bz sejak dua menjak ni. bz ngn keje, bz dok baca blog2 yg ada cerita pasal politik semasa yg dok melanda negara aku yg tercinta ni.

kdg2 rasa cm malas nk amik tau psl politik ni. nak amik sikap wait n see. nk tgk sejauh mana sandiwara politik nk pergi. tapi, aku sakit ati dan mata bila hari2 dlm berita tv, paper sume citer pasal politik. wat malu kt org luar je bila tau apa yg dok melanda negara aku yg tercinta skrg ni. lps satu, satu drama yg keluar. lepas satu, satu cerita yg keluar. semua pasal dorang. pasal org politik.

apa rakyat malaysia skrg ni semuanya sedang berlapang dada dan kepala menjalani kehidupan seharian? tak de masalah langsung pasal nak teruskan hidup, nak sara keluarga dan anak bini makan? negara tak dilanda mcm2 kes jenayah berat cam culik, rogol, bunuh? tak de langsung pendatang haram cam indon, nepal, bangla, negro dan ntah apa2 bangsa semuanya dr negara dunia ketiga. anak2 melayu bebas dr mcm2 masalah sosial?

owh, sebut psl negro ni, aku nk cerita psl aku ditegur dan diekori oleh mamat negro kt Jusco. aku masa tu dok belek2 suar jeans. kunun nak beli la. pastu adala mamat negro sorg ni tegur aku "eskius me? i am looking for S size" memula tu aku buat bodoh je la sbb aku dok bz cari saiz jeans yg aku nak. pastu dia ulang lagi dialog yg sama. barula aku tau dia tanya aku. aku ckpla "sori, I am not a salesgirl" sambil aku pandang kt 2,3 org salesgirl dok melepak tak jauh dari aku. then, sorg salesgal india dtg. aku terus blah. sbb aku rasa tak sedap ati. aku yg dressing lawa2 ni dia buleh pikir aku ni salesgal. buduh.

yg menguatkan rs tak sedap ati aku bila aku perasan every corner yg aku pergi kt lady dept tu, mesti aku akan teserempak ngn dia. aku dok belek2 blouse pun dia ada dekat ngn aku. hati aku mula berdebar2. sah! hampeh ni mmg dok folo aku. aku cuba nak larikan diri dari dia. pastu aku dgr dia ckp "hello, eskius me..." masa tu aku tak jauh dr dia.

owh, aku mula rasa cm nak pitam. aku cepat2 turun bwh naik escalator. aku tak berani nak pndg blkg. masa tu rasa cam nak selit je dok tepi mana2 jejaka yg ada kt situ. utk rs selamat. haha...

sampai je bwh aku nampak kaunter jual kepok lekor. apalagas, aku pun singgah le nak beli. sebaik aku nk blah nak pi bayaq, mamat negro tu dah ada kt blkg aku! aku tak berani langsung nak pndg muka dia. dia tegur lagi "hello, eskius me"

ya allah, kecut perut aku ni dibuatnya. aku cepat2 masuk dlm kedai bakery utk wat byrn. aku sempat baca doa yg mak suruh aku baca utk keselamatan diri. terkumat kamit mulut aku dok baca doa.

alhamdulillah, bila aku toleh tgk keliling, negro tu dah tak de. ikhtiar terakhir aku, kalo dia folo gak aku, akan ku jerit panggey sekuriti.(eceh, jerit kunun...haha)

pastu aku terus kuar dari Jusco. aku terus balik. dan aku masih baca doa yg sama.

pesanan dari aku:
- jgn mudah terpedaya ngn org luar yg tidak kita kenali.
- bacalah doa utk keselamatan diri. insyaAllah, kita akan dilindungiNya

Wednesday, July 16, 2008

Allah bersama org yg teraniaya

aku dpt sms psl DSAI kena tangkap oleh UTK dn dibawa ke IPK, KL

masuk blog DSAI dan berita kt bwh ni terpapar. hati aku terusik, aku sedih. apala nak jadi ngn negara aku yg tercinta ni. sultan, bdn perundangan, hakim, polis seolah tak ada kuasa. semuanya 'mereka' nk pegang. 'mereka' yg dah buta hati sbb gila kuasa. hati mereka dah mati.

dlm hati aku doakan DSAI dan keluarga dilindungi Allah.

Siaran Media
16 July 2008

ANWAR TELAH DITAHAN

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis kira-kira jam 1.00 tengahari sebentar tadi.

Beliau pulang ke rumah selepas disoalsiasat oleh Badan Pencegah Rasuah pagi ini sebelum bertolak ke IPK. Beliau ditahan dan dibawa dengan kereta polis semasa dalam perjalanan ke IPK KL.

Penyokong diminta berkumpul secara tenang di IPK KL untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita lanjut sila layari www.suarakeadilan.com.

baik pemimpin, baiklah rakyat

debate mlm td wpun sejam tp cukup utk bukak mata rakyat. buka mata ttg drama dan politik jahat BN yg suka memutarbelit cerita. cuba nak lari dari topik yg dibincangkan. hentam peribadi pihak lawan. ikhtiar terakhir yg memualkan setelah gagal nak bela dan tutup kepincangan diri sendiri. amat memalukan!

bukak cerita tahun 70an - 80an lepas. masih nak pandang kebelakang instead pandang kedepan atau realiti semasa. realiti semasa yg rakyat kelas pertengahan dan bawahan sedang hadapi skrg ni. Shabery Cheek. Pak Lah, Najib & semua ahli parlimen BN mmg tak layak nak debate psl ekonomi ngn DSAI. yg layak cuma Tun Mahathir saja.

Setinggi tahniah buat DSAI & saya merasa amat bangga dgn tuan.

baik pemimpin, baiklah rakyat

Tuesday, July 15, 2008

protes turun

sekitar perhimpunan protes 6 july lepas. ats permintaan enchek may.

arrr bz...tak sempat nak save lg award enchek may bg. bz, bz...

jgn lupa mlm ni tgk debat antara DSAI n Shabery Cheek...panas2.





Thursday, July 10, 2008

oh negaraku yg tercinta

Aku ada join perhimpunan Protes ari Ahad 6 Julai lepas. Aku tak de la plan nk gi sana. Kebetulan aku ke TTDI ats urusan peribadi, then aku melencong kesana, ke Stadium Petaling Jaya. Ramai gak la yg hadir. Perhimpunan Protes ni bkn perhimpunan politik. Ni perhimpunan rakyat. Rakyat yg protes ats kenaikan rega minyak yg mendadak. Rakyat nak buka mata pemegang kuasa pemerintah yg rakyat ada hak utk bersuara. Rakyat tak puas ati dgn cara pemerintah mengawal ekonomi negara. Negara yg kaya. Bkn negara yg setaraf ngn negara Somalia sana. Bukan setaraf ngn negara Thailand. Mmg minyak kat negara depa murah secara relatifnya tp brg keperluan kat negara depa tak semahal kt negara kita. Depa tak dak minyak, getah, kelapa sawit.

Kenapalah BN ni B***H sgt? Dorg tak sedar ke dorang hidup mewah skrg ni atas kuasa yg rakyat bagi? Tak sedaq diri. Pastu tindas lagi rakyat. Rakyat kerja siang malam membanting tulang dan tenaga utk isi perut dan teruskan hidup. tp tertindas dgn kenaikan mcm2 harga brgn. Bukan kata harga brg keperluan, upah babysitter pun dah naik. Ni keluhan member seofis aku sendiri.

Ape nak jadila ngn negara tercinta aku ni. Pada generasi yg bakal dtg nnt.

Aku pun skrg dah jadi tawar ati ngn kerenah politik negara ni. Masa PRU12 dulu, aku sanggup blk kmpung mengundi. Mengundi utk parti yg dulu aku pandang rendah dan dingin. Sampai mak aku pun cam emosional dan hangin bila Kedah ngn Pulau Pinang jatuh kat pembangkang ms tu. Ingat lagi keesokan paginya lepas PRU12, tengah nak mengadap nasi lemak, mak sound “apa pun jadi, mak tetap akan sokong **. Biaqla apa nak jadi pun. Padan muka org melayu, Pulau Pinang dah dpt kat cha ya nun alif! Esok2 ni kita nak pi Penang, kita naik roket laa…”suara mak keras dan begetar.

Panas je telinga aku ni masa tu. Cam ada wap panas yg keluar. Nak je aku bukak mulut. Tp aku sabar. Tak kan la kerana politik aku nk derhaka kt mak kan. Tak pasal2 kang aku jadi peti es. sbb kena sumpah ngan mak. Pagi2 lak tu, depan rezeki. “tak pa la mak, masing2 punya pilihan. Masing2 ada hak” aku jawap dgn sopan sambil tunduk menguis2 nasi lemak. Selera cam terbantut. Abah just senyap je. Abah aku tu cam ala2 pembangkang pun ada, cam ala2 kerajaan pun ada. Abah cool je. Hmmm, sayang abah. Kat mak pun sayang jugak. Hehe

Aku yg selama ni sealiran dgn mak, dah berubah arus. Mak senyap je masa aku dok becerita informasi2 yg aku dah baca dari emel dan internet (blog la, haha). Selamba ja aku becerita kat dpn mak ngn abah sehari sblm PRU12 ari tu. Memula tu mak melayan, tapi las2 mak byk senyap. Air muka mak berubah perlahan2. Mak cam tak leh nak terima apa yg aku ckp. Abah lak, cam biasa, cool aje…

Sekarang ni aku rasa politik mmg takde yg betul 100%. Sebelum pilihanraya mcm2 manifesto yg kuar. Tp manusia tetap manusia. Tak kan sunyi dari kekhilafan. Tak kan pernah merasa cukup dgn nikmat yg Allah beri. Rakyat lah yg menjadi mangsa. Kalo pemerintah berjiwa rakyat, makmurlah negara dan rakyat. Tapi kalo pemerintah cam hampeh, gila kuasa, perompak, tak ada skill nk handle ekonomi utk ringankan beban rakyat dan apa2 lagi yg malas aku nak listkan kt sini, maka meranalah rakyat. Yg pasti semunya akan diadili di akhirat sana nnt. Tungguuuuu…

Thursday, June 26, 2008

apa-apa aje

Semenjak dua menjak ni, aku bz. Sampai rmh, blk dari ofis hari dah gelap. Aku penat. Semenjak dua menjak ni jugak aku pergi balik keje ikut hiway. Dulu aku pergi keje ikut hiway, balik ikut jalan biasa sbb nk jimat kos. tapi sejak minyak naik rega RM2.70/liter ni, jln jadi sesak semacam. So, drpd myk aku habih sbb dok mengadap kesesakan jln, tension dan memenatkan, baik aku blk ikut highway je.

Sejak minyak naik rega jgk, aku dah pandai bawak kereta pelan2. maksud aku tak penah lebih 100km/jam. plg pelan buleh capai 60km/jam. Aku akan ikut lrg plg kiri. Kdg2 aku senang ati je dok ikut lori yg besaq dan berat dan pelan. Sekurang2nya org tak salahkan aku bila aku bwk kereta ala2 makan angin gitu. haha.

Tapi bila aku bwk kereta 60km/jam, mata aku akan jadi berat. Aku akan mudah rs mengantuk. Haih….

Owh, smlm aku blk awal. Sbb bdn aku penat. Sampai rmh ayaq lak tak dak. Haih…

Tapi aku hepi sbb aku sempat tgk rancangan ala carte kt ntv7, saluran ceria anda. Aku sempat salin resepi mknn feveret aku.

Mari belajar masak Creamy Butter Prawn.

Udang besaq dlm 10 – 15 ekor, digaul ngn sedikit tepung jagung ngn kicap cair.
Pastu goreng udang tu dlm minyak panas. Minyak mesti byk. Udang tenggelam dlm myk.
Angkat udang bila dah agak2 masak.

Masukkan separuh drpd sebuku unsalted butter kedalm kuali kosong yg panas.
Masukkan sebiji bwg besar yg dah dikisar halus bersama 2,3 ulas bwg puteh.
Kacau sebati.
Masukan sedkit cili boh utk rasa pedas.
Kacau lagi.
Masukkan udang tadi.
Kacau sebati.
Bubuh susu cair sikit.
Kacau.
Pastu masukkan sebiji telur yg dah dipukul
kacau sebati sampai bersalut dan melekat semua ramuan ngn udang.

Siap la sudah. Nampak mmg sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba.

Utk resepi lengkap layari www.ntv7.com.my

Sekian terima kaseh.

Friday, June 20, 2008

Ayat-ayat Cinta

semalam movie Ayat-ayat Cinta keluar. aku nk gi tgk. tp aku bz.

target aku nk gi tgk Sepi, tapi aku rasa aku nk gi tgk Ayat-ayat Cinta dulu la.

bila tgk trailer Ayat-ayat Cinta, terbayang diruangan mata apa yg telah aku baca daripada novelnya. karektor2nya, suasananya.

membaca watak Fahri, teraju utama novel tu, aku bygkan Fahri tu lembut riak wjhnya, tenang orgnya, berkarisma, dan yg pasti baik budi dan akhlaknya.

kelakar kalau diingatkan bila aku mengalirkan air mata bila Fahri jatuh sakit dan koma. pelik la aku nih. haha.

pastu, bab Maria yg mambaca surah Maryam disambung dgn surah Thahaa didalam komanya. bagaimana dia memuji2 Allah, rindukan syurga Allah. terkesan sungguh dihati aku ni. aku menangis lagi. Aku rasa insaf sgt2. Bertuahnya Maria itu walaupun dia masih belum melafazkan syahadah. tapi Allah tunjukkan pdnya syurga didlm komanya. Itulah rahmat Allah. Syurga itu milik Allah. hanya atas rahmat Allah saja kita mampu utk jejakkan kaki disana.

Maha Suci Allah

Ayat-ayat Cinta, apakah ujud watak2 didalam novel tu? aku pun tak pasti. tapi kalau benarlah ada, betapa kerdil dan jauhnya diri aku ni...

yey, yey...nica nak mai sini

hehee. hepi ni, hepi. mlm tadi mak nica call aku.

'kak long, sabtu ni kami nk pi rumah hang...' mak nica

arrrr...sukanya aku. leh jumpa ngn nica. rindunya kat dia. aku sempat la beckp ngn budak kecik tu. tapi mak dia kata sambey ckp sambey sembam muka kat sofa. patutla aku tak faham apa dia ckp. malu la tuu...hehee...

laaa...esok la depa nak mai nih...

hepinya hati aku ni.

*nica call herself as caca. kdg2 caca baby. itu time mood baik, kalo mood tak baik suara buleh dgr satu kampung. owh, and she is 3 yrs n 6 mths.

Thursday, June 19, 2008

cerita aku

aku bz. aku baru tukar kerja. maksud aku, reshuffle kerja. byk benda nak kena belajar dan yg nak diajar kpd org baru. itu satu.

satu lagi, pun penting gak. utk masa depan aku. aku pendamkan dulu. kalau berita baik aku dpt, aku akan kabarkan kat sini. kongsi kegembiraan. doa2kan lah aku berjaya. amin.

owh, aku ada tgk program Hujah kat tv9 malam kelmarin. best. tajuk, Menangani Dilema Rakyat. dua panel jemputan yg best buat aku melekat kat tv9 mlm tu.

Mahfuz Omar, ahli parlimen pokok sena (PAS) dan Mohamed Aziz, ahli palimen Sri Gading (BN).

mmg bes la. aku nak gelak je bila dgr wakil BN tu beckp. langsung tak dak fakta. ikut logik akal dia je. logik akal utk org2 yg pegang kuasa. bkn ikut logik hidup rakyat peringkat pertengahan dan bawahan.

berbeza dgn wakil PAS yg berckp berdasarkan fakta. berdsrkan realiti sbnr yg rakyat terpaksa hadapi skrg.

wakil PAS bagi idea cam mn kerajaan buleh ringankan beban rakyat ats kenaikan harga myk.

1. kenakan cukai tinggi (cukai durian runtuh) kat syarikat2 minyak besar cam Exxon Mobil, Shell. pendptan drpd cukai tu buleh cover subsidi yg kerajaan kata tak mampu lagi utk dorg tanggung. yg mcm kerajaan kenakan kt sektor sawit ngn IPP (aku tak pasti IPP tu apa)

2. rebate yg kerajaan bagi RM625/thn @ RM1.72/hari tu kecil la sgt. sekurang2nya k'jaan kena bagi RM1,200/thn (aku sokong)

3. kurangkan road tax sekurang2nya 50% @ hapuskan terus. (aku sokong)

4. tol dihapuskan (arrr aku sokong lagi...)

Mahfuz ckp lagi, kerajaan yg baik sepatutnya berfikir secara proaktif sblm nak buat sesuatu tindakan (naikkan harga myk). bukannya berfikir selepas dgr respon @ keluhan rakyat. aku mmg sokong sgt la apa yg dia ckp.

lagi, k'jaan kena fikir dn tgk keadaan golongan bwhan spt yg kerja kampung, nelayan.

dan yg paling best bila Mahfuz sentuh pasal Petronas ngan konsert filharmoniknya. dibelanjakan RM3.5juta/mth utk itu (kalo per year aku mntak maaf ye). bukankah itu cth pembaziran yg nyata?

itu yg sempat ditontonkan dlm masa setgh jam tu. tak puas aku rasa. Hos pun cam lebih condong kearah idea wakil PAS.

kalo BN buleh buat sidang dua hala ngn pembangkang cam ni, aku rasa mmg mati akal la BN.

Pak Lah, tak reti2 nak step down ke? ahli parlimen Sabah (parti komponen BN) pun dah sokong undi tak percaya pada anda. udah2 la tu. insaf la.

Friday, June 13, 2008

semalam yg membangkitkan nostalgia :P

semalam. aku ke sebuah sekolah. sekolah menengah. ada urusan pejabat yg perlu aku buat.

bila melangkah melintasi pintu pagar sekolah yg terbuka kecil, seorang pengawal keselamatan bingkas bangun dari kerusi duduknya.

dlm masa yg sama aku terasa satu perasaan yg pelik. pelik sbb aku dah lama tak alami suasana mcm ni. aku sedang memasuki kawsn sekolah. kawsn yg dah lama sgt aku tinggal. dah bebelas tahun lamanya!

nostalgia masa sekolah dulu kembali menyapa aku. aku berdebar2. aku mula memanjat tangga sekolah menuju ke pejabat. riuh rendah suara pelajar2 dlm kelas. aku terbayangkan suasana di sekolah aku dulu. tangga, kelas, suara bising dlm kelas.

mata aku melilau mencari pejabat sekolah. aku hanya nampak bilik guru. aku melintas bilik guru. nostalgia dulu2 masa aku bersekolah, dan melintasi bilik guru...entah lah aku pun tak tau cm mn nk citer cm mn perasaan aku masa tu.

kemudian, aku nmpak tanda arah ke pejabat. jumpa juga aku ngn pejabat sekolah ni. alhamdulillah. aku bukannya apa. takut sesat kt dlm kawsn sekolah je...haha.

dah selesai urusan, aku mula bergerak keluar. kebetulan masa tu waktu rehat. sempat jugak aku dgr loceng sekolah. bunyi yg dah lama jugak aku tak dengar...hehee..

pelajar2 sekolah disana sini. aku tunduk je bejalan. maklumla malu...haha

aku berselisih dgn 3 org pelajr lelaki . 'err, ni cikgu rozihan ker?' slh sorang drp budak2 tu tegur aku dgn aksi sopannya. aku terkedu. aku senyum je. 'minta maaf ye cikgu, saya budak baru kat sini' terdengar suara yg sama sebaik aku melepasi mereka.

aku hanya ber t-shirt lengan panjang, berseluar jeans dan berselipar pink. dan aku dikatakan cikgu.

budak2 zaman sekarang...

Wednesday, June 11, 2008

tanda ingatan

disebabkan kesibukan harian; kerja dan social life, aku hampir terlupa untuk beli kad. kad untuk seorang lelaki yang bermakna dlm hidup aku.

kad utk abah aku laaa... sempena Hari Bapa 16th June nanti ni.
Masa Hari Ibu yg lepas aku ngn adik bongsu aku kongsi beli kad hntar kat mak. Kad besaq dan mahai. ssb tu la kongsi. hehee.
so utk Hari Bapa ni cam tak adil la kan kalo tak hantar kad kat abah.

nak citer pasal abah. tapi bz.
byk keje dan benda nk kena setel.

Selamat Hari Bapa pada semua bapa-bapa seluruh dunia.

ciao

Monday, June 9, 2008

membawa diri

wajah tersenyum tapi fikiranku terganggu.
aku lalunya membawa diri ke ulu klang.
habiskan sabtuku disitu. di zoo.





*aksi harimau yg hensem ini benar2 mengubat hati aku.


*mata bertentang mata

owh, aku ada amik gambar sekor kambing. aku nak amik ati dia sbnrnya. semua org sebok nak amik gambar haiwan2 yg lain. sape pun tak nak amik gambar dia.

nnt aku upload gambar kambing tu ye.

Friday, June 6, 2008

Luahan hati seorang kuli

Aku hanyalah seorang kuli.

Kuli yang sentiasa bersyukur dgn rezeki pemberian Allah. Aku bekerja kerana Allah. Mencari rezeki yang halal utk teruskan hidup di atas muka bumi Allah yg mewah ini.

Aku seorang kuli yang berhempas pulas menjalankan tugas 5 hari seminggu, 8 jam sehari.

Aku seorang kuli yang sentiasa taat dlm menjalankan amanah yg telah majikan aku berikan.

Aku seorang kuli yg hidup selesa. Bukan mewah.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup, bukan mewah tapi utk kehidupan yg selesa. Punya harta yg menjadi asas keperluan hidup. Bukan kehendak tapi keperluan. Keperluan yg wajib dlm hidup manusia di zaman sekarang.

Kuli kecil ini ada komitmen utk keperluan hidup.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Sekarang kuli kecil ini rasa teraniaya. Bukan dianiaya oleh majikan tapi oleh pemegang kuasa pemerintahan negara.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Tapi sekarang aku terpaksa memperuntukkan sebahagian besar pendapatan aku pada kenaikan kos. Kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Magicnya, aku berkerja di dalam sebuah negara pengeluar dan pengeksport minyak. Magicnya lagi, aku bekerja di dalam sebuah negara yg mewah hasil buminya.

Aku rasa bosan, letih, kecewa, marah, teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Aku rasa macam nak balik kpg.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup dan terpaksa menanggung kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Aku bosan dan letih dan kecewa dan marah dan teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Kepada barisan pemimpin dan pemegang kuasa pemerintahan negara, anda semua hidup mewah atas kuasa dan amanah yg rakyat dan kuli kecil ini telah berikan.

Anda semua tak akan terlepas dari ditanya di alam barzakh dan di akhirat sana.

Tunggu saja nanti ya!

Thursday, June 5, 2008

entri ni tak dak tajuk

bukan RM2.80/liter tapi RM2.70/liter

bukan August tapi 5 June '08

pergi balik kerja kos petrol aku dah naik RM4.07 sehari

kerajaan bagi rebate sehari RM1.72 - subsidi dlm bentuk tunai, perkongsian beban kenaikan petrol antara kerajaan dan rakyat kununnya.

RM4.07-RM1.72=RM2.35

RM2.35 sehari tu aku tanggung sorang la nih.

kununnnya lagi, subsidi RM28billion setahun utk petrol selama ni buleh disalurkan utk pembangunan.

kununnya

aku tak tau nak cakap apa lagi dah.

Wednesday, June 4, 2008

Petrol naik RM2.80 (gila)

tgh buat keje tiba2 ada emel dari kawn aku. takde subject lak tu.

aku bukak. ada sebaris ayat yg buat aku cam nak pitam sekejap.

'Harga minyak jadi RM2.80 seliter effective 12AM today'

aku tak tau sejauh mana kebenaran kenyataan tu. masuk malaysiakini.com ada citer pasal ni:

78 sen more for fuel
Jun 4, 08 4:55pm
The fuel price will see an increase of 78 sen by August - a massive jump from RM1.92 per litre currently to RM2.70, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is expected to announce today.
Effective by August
RM625 rebate for vehicles


gila

gila

gila

isnin lepas, tapau nasi goreng ayam, RM5.00

pun gila

kesian kt sorang kawan aku yg bakal berkahwin ogos nanti.

"tahun ni tak ong laaa, semua rega barang naik. minyak naik. aku lak nak kawin"

haih...

Monday, June 2, 2008

k.u.m.b.a.n.g




*ruas kaki depan dah patah. kesian...



Aku dari kecik lagi mmg suka main ngan kumbang. Mungkin sebab aku dibesarkan di dalam suasana kampung, jadi serangga cam kumbang dah jadi mainan. Seronok dibelek-belek dan semacam sumber hiburan kot…hehe.

Aku terdedah dgn suasana kampung bermula sedari aku darjah satu. Tinggal dengan Tok dan Tok Wan buat aku bebas dgn dunia aku sendiri. Seingat aku, setiap hari aku habiskan masa dgn bermain. Balik dari sekolah, salin saja uniform, aku akan bergegas keluar rumah. Ikut kawan-kawan yg lebih tua daripada aku mandi sungai. Tok tak pernah nak larang aku keluar rumah. Bermain dgn kawan-kawan.

Tok Wan pulak dah tak berapa sihat. Hanya duduk di sisi katil ditingkat bawah. Setia dgn rokok daunnya. Sampai sekarang aku suka dgn bau asap rokok daun. Bau yang akan buat aku ingat pada Tok Wan.

Semalam aku keluar. Balik rumah aku jumpa seekor kumbang. Terlentang dilantai simen di luar rumah aku. Aku angkat dengan rasa suka yg amat. Kumbang tanduk lak tu. Aku suka! Hehe…

Ni lah dia aku kenalkan, Bobo. Lepas sesi bergambar, Bobo terbang melalui tingkap. Tinggi dan tinggi. Akhirnya Bobo hilang dibalik bumbung rumah aku.

Aku iringi pemergian Bobo dgn senyuman. Semoga ketemu lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...