Thursday, June 26, 2008

apa-apa aje

Semenjak dua menjak ni, aku bz. Sampai rmh, blk dari ofis hari dah gelap. Aku penat. Semenjak dua menjak ni jugak aku pergi balik keje ikut hiway. Dulu aku pergi keje ikut hiway, balik ikut jalan biasa sbb nk jimat kos. tapi sejak minyak naik rega RM2.70/liter ni, jln jadi sesak semacam. So, drpd myk aku habih sbb dok mengadap kesesakan jln, tension dan memenatkan, baik aku blk ikut highway je.

Sejak minyak naik rega jgk, aku dah pandai bawak kereta pelan2. maksud aku tak penah lebih 100km/jam. plg pelan buleh capai 60km/jam. Aku akan ikut lrg plg kiri. Kdg2 aku senang ati je dok ikut lori yg besaq dan berat dan pelan. Sekurang2nya org tak salahkan aku bila aku bwk kereta ala2 makan angin gitu. haha.

Tapi bila aku bwk kereta 60km/jam, mata aku akan jadi berat. Aku akan mudah rs mengantuk. Haih….

Owh, smlm aku blk awal. Sbb bdn aku penat. Sampai rmh ayaq lak tak dak. Haih…

Tapi aku hepi sbb aku sempat tgk rancangan ala carte kt ntv7, saluran ceria anda. Aku sempat salin resepi mknn feveret aku.

Mari belajar masak Creamy Butter Prawn.

Udang besaq dlm 10 – 15 ekor, digaul ngn sedikit tepung jagung ngn kicap cair.
Pastu goreng udang tu dlm minyak panas. Minyak mesti byk. Udang tenggelam dlm myk.
Angkat udang bila dah agak2 masak.

Masukkan separuh drpd sebuku unsalted butter kedalm kuali kosong yg panas.
Masukkan sebiji bwg besar yg dah dikisar halus bersama 2,3 ulas bwg puteh.
Kacau sebati.
Masukan sedkit cili boh utk rasa pedas.
Kacau lagi.
Masukkan udang tadi.
Kacau sebati.
Bubuh susu cair sikit.
Kacau.
Pastu masukkan sebiji telur yg dah dipukul
kacau sebati sampai bersalut dan melekat semua ramuan ngn udang.

Siap la sudah. Nampak mmg sedap dan menyelerakan.

Selamat mencuba.

Utk resepi lengkap layari www.ntv7.com.my

Sekian terima kaseh.

Friday, June 20, 2008

Ayat-ayat Cinta

semalam movie Ayat-ayat Cinta keluar. aku nk gi tgk. tp aku bz.

target aku nk gi tgk Sepi, tapi aku rasa aku nk gi tgk Ayat-ayat Cinta dulu la.

bila tgk trailer Ayat-ayat Cinta, terbayang diruangan mata apa yg telah aku baca daripada novelnya. karektor2nya, suasananya.

membaca watak Fahri, teraju utama novel tu, aku bygkan Fahri tu lembut riak wjhnya, tenang orgnya, berkarisma, dan yg pasti baik budi dan akhlaknya.

kelakar kalau diingatkan bila aku mengalirkan air mata bila Fahri jatuh sakit dan koma. pelik la aku nih. haha.

pastu, bab Maria yg mambaca surah Maryam disambung dgn surah Thahaa didalam komanya. bagaimana dia memuji2 Allah, rindukan syurga Allah. terkesan sungguh dihati aku ni. aku menangis lagi. Aku rasa insaf sgt2. Bertuahnya Maria itu walaupun dia masih belum melafazkan syahadah. tapi Allah tunjukkan pdnya syurga didlm komanya. Itulah rahmat Allah. Syurga itu milik Allah. hanya atas rahmat Allah saja kita mampu utk jejakkan kaki disana.

Maha Suci Allah

Ayat-ayat Cinta, apakah ujud watak2 didalam novel tu? aku pun tak pasti. tapi kalau benarlah ada, betapa kerdil dan jauhnya diri aku ni...

yey, yey...nica nak mai sini

hehee. hepi ni, hepi. mlm tadi mak nica call aku.

'kak long, sabtu ni kami nk pi rumah hang...' mak nica

arrrr...sukanya aku. leh jumpa ngn nica. rindunya kat dia. aku sempat la beckp ngn budak kecik tu. tapi mak dia kata sambey ckp sambey sembam muka kat sofa. patutla aku tak faham apa dia ckp. malu la tuu...hehee...

laaa...esok la depa nak mai nih...

hepinya hati aku ni.

*nica call herself as caca. kdg2 caca baby. itu time mood baik, kalo mood tak baik suara buleh dgr satu kampung. owh, and she is 3 yrs n 6 mths.

Thursday, June 19, 2008

cerita aku

aku bz. aku baru tukar kerja. maksud aku, reshuffle kerja. byk benda nak kena belajar dan yg nak diajar kpd org baru. itu satu.

satu lagi, pun penting gak. utk masa depan aku. aku pendamkan dulu. kalau berita baik aku dpt, aku akan kabarkan kat sini. kongsi kegembiraan. doa2kan lah aku berjaya. amin.

owh, aku ada tgk program Hujah kat tv9 malam kelmarin. best. tajuk, Menangani Dilema Rakyat. dua panel jemputan yg best buat aku melekat kat tv9 mlm tu.

Mahfuz Omar, ahli parlimen pokok sena (PAS) dan Mohamed Aziz, ahli palimen Sri Gading (BN).

mmg bes la. aku nak gelak je bila dgr wakil BN tu beckp. langsung tak dak fakta. ikut logik akal dia je. logik akal utk org2 yg pegang kuasa. bkn ikut logik hidup rakyat peringkat pertengahan dan bawahan.

berbeza dgn wakil PAS yg berckp berdasarkan fakta. berdsrkan realiti sbnr yg rakyat terpaksa hadapi skrg.

wakil PAS bagi idea cam mn kerajaan buleh ringankan beban rakyat ats kenaikan harga myk.

1. kenakan cukai tinggi (cukai durian runtuh) kat syarikat2 minyak besar cam Exxon Mobil, Shell. pendptan drpd cukai tu buleh cover subsidi yg kerajaan kata tak mampu lagi utk dorg tanggung. yg mcm kerajaan kenakan kt sektor sawit ngn IPP (aku tak pasti IPP tu apa)

2. rebate yg kerajaan bagi RM625/thn @ RM1.72/hari tu kecil la sgt. sekurang2nya k'jaan kena bagi RM1,200/thn (aku sokong)

3. kurangkan road tax sekurang2nya 50% @ hapuskan terus. (aku sokong)

4. tol dihapuskan (arrr aku sokong lagi...)

Mahfuz ckp lagi, kerajaan yg baik sepatutnya berfikir secara proaktif sblm nak buat sesuatu tindakan (naikkan harga myk). bukannya berfikir selepas dgr respon @ keluhan rakyat. aku mmg sokong sgt la apa yg dia ckp.

lagi, k'jaan kena fikir dn tgk keadaan golongan bwhan spt yg kerja kampung, nelayan.

dan yg paling best bila Mahfuz sentuh pasal Petronas ngan konsert filharmoniknya. dibelanjakan RM3.5juta/mth utk itu (kalo per year aku mntak maaf ye). bukankah itu cth pembaziran yg nyata?

itu yg sempat ditontonkan dlm masa setgh jam tu. tak puas aku rasa. Hos pun cam lebih condong kearah idea wakil PAS.

kalo BN buleh buat sidang dua hala ngn pembangkang cam ni, aku rasa mmg mati akal la BN.

Pak Lah, tak reti2 nak step down ke? ahli parlimen Sabah (parti komponen BN) pun dah sokong undi tak percaya pada anda. udah2 la tu. insaf la.

Friday, June 13, 2008

semalam yg membangkitkan nostalgia :P

semalam. aku ke sebuah sekolah. sekolah menengah. ada urusan pejabat yg perlu aku buat.

bila melangkah melintasi pintu pagar sekolah yg terbuka kecil, seorang pengawal keselamatan bingkas bangun dari kerusi duduknya.

dlm masa yg sama aku terasa satu perasaan yg pelik. pelik sbb aku dah lama tak alami suasana mcm ni. aku sedang memasuki kawsn sekolah. kawsn yg dah lama sgt aku tinggal. dah bebelas tahun lamanya!

nostalgia masa sekolah dulu kembali menyapa aku. aku berdebar2. aku mula memanjat tangga sekolah menuju ke pejabat. riuh rendah suara pelajar2 dlm kelas. aku terbayangkan suasana di sekolah aku dulu. tangga, kelas, suara bising dlm kelas.

mata aku melilau mencari pejabat sekolah. aku hanya nampak bilik guru. aku melintas bilik guru. nostalgia dulu2 masa aku bersekolah, dan melintasi bilik guru...entah lah aku pun tak tau cm mn nk citer cm mn perasaan aku masa tu.

kemudian, aku nmpak tanda arah ke pejabat. jumpa juga aku ngn pejabat sekolah ni. alhamdulillah. aku bukannya apa. takut sesat kt dlm kawsn sekolah je...haha.

dah selesai urusan, aku mula bergerak keluar. kebetulan masa tu waktu rehat. sempat jugak aku dgr loceng sekolah. bunyi yg dah lama jugak aku tak dengar...hehee..

pelajar2 sekolah disana sini. aku tunduk je bejalan. maklumla malu...haha

aku berselisih dgn 3 org pelajr lelaki . 'err, ni cikgu rozihan ker?' slh sorang drp budak2 tu tegur aku dgn aksi sopannya. aku terkedu. aku senyum je. 'minta maaf ye cikgu, saya budak baru kat sini' terdengar suara yg sama sebaik aku melepasi mereka.

aku hanya ber t-shirt lengan panjang, berseluar jeans dan berselipar pink. dan aku dikatakan cikgu.

budak2 zaman sekarang...

Wednesday, June 11, 2008

tanda ingatan

disebabkan kesibukan harian; kerja dan social life, aku hampir terlupa untuk beli kad. kad untuk seorang lelaki yang bermakna dlm hidup aku.

kad utk abah aku laaa... sempena Hari Bapa 16th June nanti ni.
Masa Hari Ibu yg lepas aku ngn adik bongsu aku kongsi beli kad hntar kat mak. Kad besaq dan mahai. ssb tu la kongsi. hehee.
so utk Hari Bapa ni cam tak adil la kan kalo tak hantar kad kat abah.

nak citer pasal abah. tapi bz.
byk keje dan benda nk kena setel.

Selamat Hari Bapa pada semua bapa-bapa seluruh dunia.

ciao

Monday, June 9, 2008

membawa diri

wajah tersenyum tapi fikiranku terganggu.
aku lalunya membawa diri ke ulu klang.
habiskan sabtuku disitu. di zoo.





*aksi harimau yg hensem ini benar2 mengubat hati aku.


*mata bertentang mata

owh, aku ada amik gambar sekor kambing. aku nak amik ati dia sbnrnya. semua org sebok nak amik gambar haiwan2 yg lain. sape pun tak nak amik gambar dia.

nnt aku upload gambar kambing tu ye.

Friday, June 6, 2008

Luahan hati seorang kuli

Aku hanyalah seorang kuli.

Kuli yang sentiasa bersyukur dgn rezeki pemberian Allah. Aku bekerja kerana Allah. Mencari rezeki yang halal utk teruskan hidup di atas muka bumi Allah yg mewah ini.

Aku seorang kuli yang berhempas pulas menjalankan tugas 5 hari seminggu, 8 jam sehari.

Aku seorang kuli yang sentiasa taat dlm menjalankan amanah yg telah majikan aku berikan.

Aku seorang kuli yg hidup selesa. Bukan mewah.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup, bukan mewah tapi utk kehidupan yg selesa. Punya harta yg menjadi asas keperluan hidup. Bukan kehendak tapi keperluan. Keperluan yg wajib dlm hidup manusia di zaman sekarang.

Kuli kecil ini ada komitmen utk keperluan hidup.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Sekarang kuli kecil ini rasa teraniaya. Bukan dianiaya oleh majikan tapi oleh pemegang kuasa pemerintahan negara.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Tapi sekarang aku terpaksa memperuntukkan sebahagian besar pendapatan aku pada kenaikan kos. Kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Magicnya, aku berkerja di dalam sebuah negara pengeluar dan pengeksport minyak. Magicnya lagi, aku bekerja di dalam sebuah negara yg mewah hasil buminya.

Aku rasa bosan, letih, kecewa, marah, teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Aku rasa macam nak balik kpg.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup dan terpaksa menanggung kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Aku bosan dan letih dan kecewa dan marah dan teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Kepada barisan pemimpin dan pemegang kuasa pemerintahan negara, anda semua hidup mewah atas kuasa dan amanah yg rakyat dan kuli kecil ini telah berikan.

Anda semua tak akan terlepas dari ditanya di alam barzakh dan di akhirat sana.

Tunggu saja nanti ya!

Thursday, June 5, 2008

entri ni tak dak tajuk

bukan RM2.80/liter tapi RM2.70/liter

bukan August tapi 5 June '08

pergi balik kerja kos petrol aku dah naik RM4.07 sehari

kerajaan bagi rebate sehari RM1.72 - subsidi dlm bentuk tunai, perkongsian beban kenaikan petrol antara kerajaan dan rakyat kununnya.

RM4.07-RM1.72=RM2.35

RM2.35 sehari tu aku tanggung sorang la nih.

kununnnya lagi, subsidi RM28billion setahun utk petrol selama ni buleh disalurkan utk pembangunan.

kununnya

aku tak tau nak cakap apa lagi dah.

Wednesday, June 4, 2008

Petrol naik RM2.80 (gila)

tgh buat keje tiba2 ada emel dari kawn aku. takde subject lak tu.

aku bukak. ada sebaris ayat yg buat aku cam nak pitam sekejap.

'Harga minyak jadi RM2.80 seliter effective 12AM today'

aku tak tau sejauh mana kebenaran kenyataan tu. masuk malaysiakini.com ada citer pasal ni:

78 sen more for fuel
Jun 4, 08 4:55pm
The fuel price will see an increase of 78 sen by August - a massive jump from RM1.92 per litre currently to RM2.70, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is expected to announce today.
Effective by August
RM625 rebate for vehicles


gila

gila

gila

isnin lepas, tapau nasi goreng ayam, RM5.00

pun gila

kesian kt sorang kawan aku yg bakal berkahwin ogos nanti.

"tahun ni tak ong laaa, semua rega barang naik. minyak naik. aku lak nak kawin"

haih...

Monday, June 2, 2008

k.u.m.b.a.n.g




*ruas kaki depan dah patah. kesian...



Aku dari kecik lagi mmg suka main ngan kumbang. Mungkin sebab aku dibesarkan di dalam suasana kampung, jadi serangga cam kumbang dah jadi mainan. Seronok dibelek-belek dan semacam sumber hiburan kot…hehe.

Aku terdedah dgn suasana kampung bermula sedari aku darjah satu. Tinggal dengan Tok dan Tok Wan buat aku bebas dgn dunia aku sendiri. Seingat aku, setiap hari aku habiskan masa dgn bermain. Balik dari sekolah, salin saja uniform, aku akan bergegas keluar rumah. Ikut kawan-kawan yg lebih tua daripada aku mandi sungai. Tok tak pernah nak larang aku keluar rumah. Bermain dgn kawan-kawan.

Tok Wan pulak dah tak berapa sihat. Hanya duduk di sisi katil ditingkat bawah. Setia dgn rokok daunnya. Sampai sekarang aku suka dgn bau asap rokok daun. Bau yang akan buat aku ingat pada Tok Wan.

Semalam aku keluar. Balik rumah aku jumpa seekor kumbang. Terlentang dilantai simen di luar rumah aku. Aku angkat dengan rasa suka yg amat. Kumbang tanduk lak tu. Aku suka! Hehe…

Ni lah dia aku kenalkan, Bobo. Lepas sesi bergambar, Bobo terbang melalui tingkap. Tinggi dan tinggi. Akhirnya Bobo hilang dibalik bumbung rumah aku.

Aku iringi pemergian Bobo dgn senyuman. Semoga ketemu lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...