Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

selamat tahun baru hijrah pada semua.

semoga kita semua sentiasa berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. ameeennn..

cengkerik

jiwa aku jiwa kampung.sedang rakan2 sepejabat sibuk nak tambah beli rumah kat KL,aku bgtau dorang yg aku tak selamanya akan tggl di sini.tua nanti aku nak blk kampung.jiwa aku bukan jiwa bandar.aku cuma cari rezeki je kat bandar.tak ada apa yg istimewanya bagi aku hidup dibandar.sesak,pencemaran.risiko jenayah yg menakutkan dan ntah apa2 lagi.aku pun malas nak listkan kat sini.

sorang kawan gelakkan aku bila aku ckp nak balik kpg dah tua nanti.merujuk kepada kpg aku kat kedah nun, dia cakap "ape la istimewanya kat situ?baru pukul 8 malam dah mati!"

hmmm...tu ko punya masalah.tak de kaitan ngn aku walau sebesar zarah pun.ko kan budak bandar.jiwa ko jiwa bandar.ko tak betah hidup kt kpg.walaupun kpg aku tu adalah kpg ko jgk...

okay cukup sampai situ.mari aku cerita pasal tajuk entri ni iaitu cengkerik

sekali tu ada sorang kawn pegi memancing kt satu lombong dlm hutan.dan aku rasa tak senang ati bila dlm sms2nya dia menceritakan pasal keindahan bintang2 yg bertaburan dilangit.kedamaian yg dia rasakan apabila berbaring sambil menatap dada langit yg bergemerlapan.terus aku call dia.dan dalam dia berbisik2 berbicara dlm telefon, tiba2 aku terdgr bunyi cengkerik.

"eh, eh...ade bunyi cengkerik"
"ye la...dah name pun dalam hutan..."
"comelnye"
"ape yg comel?"
"bunyi cengkerik"
"macam2 la awak ni..."

hehe..peaceee....

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha 1430H

lusa Aidil Adha akan tiba.kebetulan cuti sekolah semua org pakat balik kpg.tapi aku tepaksa kerja pada hari tu.tak pe lah.berkorban demi tugas.jgn tak dpt blk raya Aidil Fitri sudah la.mau meraung aku dibuatnya.

malam esok lepas solat maghrib marilah sama2 kita bersungguh2 memohon keampunan atas segala dosa2 kita pada Allah.semoga Allah ampunkan dosa2 kita,ameeen....

bertakbirlah kita memuji2 Allah pencipta dan pentadbir sekelian alam.semoga hati kita tenang dan hidup sentiasa dlm rahmatNya yg Maha Esa.

nak mandi di pagi raya tu niat la mandi sunat Aidil Adha. mandi pun buleh dpt pahala kan.pemurahnya sifat Allah swt.Subhanallah...


Selamat menyambut Aidil Adha 1430H, jaga diri semua :)

Wednesday, November 18, 2009

bagaimanakah aku tanpa dua insan mulia itu?

Khamis lepas aku accident.hari tu aku telewat bangun.dalam keadaan nak kejar2 masa tu leh pulak aku accident.kurang 1km je dari ofis.masa tu tengah berbaris nak masuk simpang.tetiba2 keta belakang hentam keta aku dan aku lak hentam keta depan.

driver keta depan cepat2 kuar.seorang lelaki melayu.aku cepat2 bukak tingkap keta."encik,keta belakang langgar keta saya" aku bgtau org tu.masa tu aku rasa aku cam menggigil sikit.hehe..

aku kuar keta.rasa kesal sgt sbb lagi sekali keta aku accident.pastu aku perasan owner keta dpn aku tu sbnrnya berbangsa cina.dan lelaki melayu tadi driver keta yg aku hentam tu.lelaki cina tu dah berumur.bertali leher lagi.aku cakap ngn dia keta belakang hentam keta aku.dia just senyap je sambil dok tgk blkg keta dia.dia suruh aku reverse sket keta.otomatik aku masuk dlm keta.reverse sket keta.tgk2 bumper dia kemek sket.bumper aku renggang balik cam ari tu.sedih nya ati aku ni Tuhan je yg tahu.tingat balik pesan budak2 keta yg tlg betulkan bumper keta aku bulan lepas."ni kalo accident lagi, habis la bumper ni..." tingat je kata2 dorang buat aku rasa cam nak meraung je masa tu.

aku gi belakang keta aku.keta Waja yg langgar aku.owner lak muda lagi.tapi rupa cam bangsa asing.cam arab pun ada.driver melayu tu dok mintak ganti rugi ngn mamat tu.kenderaan yg lalu lalang pakat dok hon.keta kami 3 bijik dah halang lalu lintas.tapi kami wat tak tau ja.

owner waja tu student.bangsa pakistan.dan keta yg aku hentam tu keta audi.warna hitam.besaq.aku pun tak kenai sgt keta2 ni.tapi aku bajet kategori keta mewah la tu.driver melayu tu mintak lapan ratus dari mamat tu.maklum la keta mahal.mamat tu ckp dia tak de duit.alasan student.dan aku lak mintak lima ratus.buleh pulak mamat tu ckp keta aku keta biasa2 je.tak kan la sampai lima ratus nak repair.adehlaa...

las2 dia bagi dua ratus je aku.lepas amik nama, nombor passport dia kami pun bersurai.dan aku lak masuk parking ofis dan menangis giler2 dalam keta.aku rasa sedih sgt2.aku tak tau nak mengadu ngn sape.nak tepon famili kat kampung aku takut depa risau..las2 aku tepon sorang kawan.dia pun serba salah dgr aku nangis dalm tepon.dia suruh aku balik rumah je tenangkan ati.lagipun aku dah tepon bos.bos pun suruh aku EL je hari tu.

dekat sejam gak la aku dok dalam keta.bila dah tenang sket aku pikir baik aku masuk keje je.sbb aku ada keje nak kena submit kat HK hari tu jugak.

malam nyer, sampai rumah aku terus pack baju.aku nekad nak balik kampung.nak tenangkan hati.

sampai Kedah pukul 1 pagi.tekejut mak ngn abah.tak penah2 aku balik kpg time2 cm tu.mulut aku ni ringan je nak citer aku accident.tapi aku ckp ngn mak aku tak leh nak balik raya haji ni.sbb tu la aku balik awal.

mak punya la hepi sbb aku balik.tak habih2 dok senyum.bukak mcm2 cerita.aku yg ala2 mengantuk pun tepaksa gak layan cerita mak.sampai dekat pukul 4 pagi aku melayan mak becerita.las2 mak tetido...hehe

skrg keta aku dah ok.abah bawak pi bengkel.hepi sgt aku rasa.mak tekejut sggh bila aku bgtau aku accident.aku ckp aku tak nak bgtau mak, takut mak risau.mak kata kalo lepas accident tu aku tepon mak,mesti mak terpa pi KL tgk aku...hmmmm...kesian lak kat mak.

masa nak balik KL, mak ucap terima kasih sbb aku balik.sayu lak ati bila dgr mak ckp cm tu.padahal sbb accident yg aku terasa nak balik kpg.kalo tak pun sbb cuti umum cm raya ke.dan aku rasa lepas ni aku nak kerap2 sket balik kpg.

*kadang2 aku rasa aku balik kerja kat kpg je...tapi...haihhh...

Monday, November 9, 2009

maafkan aku

kenape orang lelaki ni mudah sangat nak lafaz rasa rindu dan mudah ditimpa perasaan? tak boleh ke hanya berkawan je tanpa melibatkan perasaan?

maafkan aku sebab telah lukakan hati dan perasaan kamu. kalau kamu tak mudah ditimpa perasaan, pastinya hati kamu tak terluka sekarang. dan sejak semalam dan sekarang dan entah sampai bila aku rasa amat bersalah pada kamu. maafkan aku seikhlas hati kamu.

*kamu berhak untuk dapat yg terbaik. maafkan aku.

"jaga tata tertib"

org yg nak jumpa aku tu msg lagi pg tadi ajak minum. kebetulan masa tu aku terperangkap dlm traffic jam. jadinya aku ada alasan utk tolak pelawaan dia buat kali kedua. pastu dia ajak aku lunch tengahari ni. aku ckp aku ada hal tak leh nak jumpa. then dia ajak lunch esok. dia akan call aku.

aku tau dia dah kahwin dan ada 4 orang anak. aku tanya dia, orang rumah dia tak marah ke dia nak jumpa aku. dia cakap wife dia tau ngn sape dia kuar. aku ckp aku risau nak jumpa suami org, dia cakap dia tak makan orang.

serba salah aku dibuatnya. tolak nanti org ckp aku sombong. tak tolak aku nak jumpa suami orang. ibarat melukakan hati dan perasaan kaum aku sendiri.

aku msg kenalan aku yg sorang tu. aku cakap, nak tak nak aku terpaksa jumpa orang tu esok. aku dah tak leh nak mengelak lagi dah. dan aku betul2 rasa serba salah skrg ni. tak lama pastu dia reply msg aku. dia cakap susah gak dlm situasi cm ni. dia cakap lagi, tak pe la kalo sekadar nak minum2. jaga tata tertib. tapi kalau orang tu lebih2 dia rasa aku tau apa yg patut aku buat. tapi kalo orang tu ok je, Alhamdulillah...

lepas je baca msj dia, aku rasa terharu sangat2. bergenang gak la air mata aku ni. ada gak yg sudi pesan aku cam tu. utk jaga diri.

*Ya Allah, lindungi aku. Lindungi aku daripada azab api nerakaMu, Ya Allah...

Tuesday, November 3, 2009

"pandai-pandai jaga diri"

ari ni aku dpt msg dari seorg kenalan yg tak penah aku jumpa.dia msg nk jumpa aku dan ajak aku minum.kebetulan dia ada dekat2 ngn ofis tmpt aku keje.aku cam berat ati sket nak jumpa dia.sbb aku tak penah jumpa dia pun sebelum ni.dan aku tolak pelawaan dia dgn cara baik.aku ckp time tu dah masuk waktu keje.aku tak leh sesuka hati nak turun minum.pastu aku gatal lak pi tambah "kalau mai awai sket leh la gagah turun".bila dah aku ckp lagu tu,org tu pun kata "tak pa lenkali sy mai awai,sy roger" jadinya.alasan aku tadi dah makan aku balik.

cepat2 aku msg sorang kenalan yg dah penah aku jumpa.tanya dia penah ke jumpa org tu.dia ckp tak penah.tapi sblm ni mmg kami bertiga ada plan nak jumpa kt area yg dekat ngn rumah msg2.tapi tak penah jadi.aku citer la pasal org tu nk jumpa aku tapi aku rasa berat ati.

dan msg berganti msg antara dua org kenalan lelaki.sorang dah penah jumpa dan sorang lagi tak penah jumpa tapi tetiba ajak jumpa.hehe

dan yg buat aku rasa terharu bila kenalan yg penah aku jumpa tu pesan "...yg penting pandai-pandai jaga diri..."

*bila dok jauh2 dari keluarga, pesanan dari kawan2 yg prihatin buat kita rasa selamat jugak (betul ke ayat aku ni? erm...belasah je la... :D)

Monday, November 2, 2009

bersosial terapi utk kesihatan dalaman diri

~cam poyo je bunyi tajuk entri ni kan~

smlm aku join Terry Fox Run'09 kt Tasik Perdana. Larian ni untuk kumpul dana bagi tujuan penyelidikan kanser. company tempat aku keje ni salah satu penyumbang dana. jadinya pekerja dipelawa untuk sertai larian ni.smlm aku tgk ramai org luar yg join. mat salleh tak kurang ramainya. yg dah berumur, bwk anak, berdukung, berstoller. kagum aku tgk kesungguhan dorg sertai aktiviti amal cm ni. dan aku tgk bangsa melayu kita kurang je join aktiviti cm ni. mungkin kurang promosi kot.

aku suka sgt aktiviti2 cm gini. dah ada peluang tu, rugi kalo tak join. so smlm berlari2 la aku kt sana. terasa sgt aku yg dah tua ni tak fit langsung. baru lari panjat bukit sket je aku dah tercungap2. tapi bes sbb dapat kuarkan peluh dan aku rasa ringan je bdn ni lps berlari. w'pun ari ni kaki aku sakit tak ingat tapi aku rasa bes la berlari smlm tu.nak berlari lagi la lepas ni...hehe.

ptgnya jumpa budak2 keta. gi mkn piza kt One Utama. 7 org sumenye temasuk aku. aku dah janji ngn dorang. sbb dorang dah tolong repairkan keta aku. bersungguh2 betulkan impact bar, braket lampu aku yg dah pecah, betulkn bumper yg dah senget dan renggang dan tukar lampu kecik aku yg dah blown. hepi dpt jumpa dorg smlm. lps mkn dorg ajak gi karoke. hehe...ada lak yg ajak aku duet lagu Kau Mawarku...adeh la. sbb tak nak hampakan permintaan, aku yg malu2 kucing ni pun terima gak la pelawaan tu. tapi sore aku mmg out la. lantak la. yg penting org tak ckp aku sombong or tak sporting kan....

*I love Allah more than anything in the world. Thank you Allah.

Friday, October 23, 2009

~hidup adalah suka dan duka~

aku secara tak sengaja tlh mendapat seorang kawan baru yg tinggal di Jengka Pahang. aku suka bila dia bercerita pasal kampung dia. pasal sungai, pasal cara org2 kampung dia tangkap ikan dan yg plg teruja ialah pasal Gunung Senyum...aku dah janji nk gi rumah dia. dan dia janji nak bawak aku jalan2 kampung dia. gi sungai, mandi sungai dan tangkap ikan. dia jugak janji nak bawak aku panjat Gunung Senyum. tak sabarnya aku. akhirnya impian aku nak menikmati suasana kampung yg sebenar2nya tercapai. dan yg teruja sekali ialah aku dapat panjat gunung - aktiviti yg aku suka2 sangat.. ahh..tak sabar, tak sabar..

*aku dah lama tak dengar bunyi cengkerik. bila kami besembang melalui telefon diwaktu malam,perbualan kami akan dilatari dgn bunyi cengkerik.aku suker! hehe...

...

dalam keterujaan dpt kawan baru, ada sorg kwn jauh secara tak sengaja buat aku tahu yg dia ada kanser hati. walaupun aku dok tanya dia bersungguh2, dia masih tak nak mengaku.
dan dia kerap demam sejak kebelakangan ni...

...

esok nak pi Pahang. bukan Jengka tapi Keratong. nak pi tgk pak lang. abang abah yg jatuh sakit. puncanya sbb pak lang tengok bola api yg sedang melintas pd satu mlm. kununnya tu ilmu sihir 'tuju-tuju'. keesokan harinya pak lang langsung tak mampu nk bukak pakaiannya sendiri. pak lang seakan lumpuh. dan sekarang pak lang seakan hilang ingatan dan tak mampu nak berdiri lagi. semoga Allah sembuhkan penyakit pak lang satu hari nanti. Ameen...

Monday, October 5, 2009

life's a roller coaster

smlm aku jumpa pakcik. mintak tlg ngn dia tgk2 kan masalah aku. pakcik janji nk jumpa pukul 10.30pg. tp time tu pakcik masih lagi kt rumah dia. baru nak warm up enjin moto dia...eeeeiii...(err...moto pakcik kaler violet...hehe...)

hepi gak dapat jumpa pakcik. dah setahun tak jumpa pakcik. bila dah jumpa semalam mcm2 pakcik cerita pasal perkembangan terbaru dia. aku just dengar dan menyampuk sikit2. sedih gak bila pakcik terpaksa lepaskan sesuatu yg paling dia sayang dlm hidup dia. tapi pakcik tenang je masa citer pasal tu. hmmm...so aku ni nak kena la buang jauh2 sensetif aku dgn masalah yg aku hadapi ni. tak le sebesar mana pun nak dibandingkan dgn pakcik. semoga pakcik terus tabah hadapi ujian hidup ni...ameennn...

mmg seronok dpt jumpa pakcik. nak2 lak pakcik belanja makan...hehe...kalau pakcik free semalam leh la sembang lama2 sikit. tak puas je rasa jumpa semalam tu. (ikutkan ati nak je ikut pakcik kesana kemari semalam, tapi mesti permintaan murni aku tu akan kena reject hidup2 oleh pakcik...hehe...)

bila lagi yer nak dapat jumpa pakcik. nnti nak ajak pakcik gi jalan2 la...buleh dak pakcik?...bekelah kt sungai Kuala Kubu Bharu pun best jugak...hehe...
tapi...pakcik mesti tak nak...uhuks...

*aku dah hepi sikit sekarang. syukur. eh, bukan sikit la...baaanyakkkk... :D

Friday, October 2, 2009

i am not strong enuff

"awk ni selsema ke sedih?" tanya sorg kwn saat aku nak sarung telekung smlm.

aku geleng2 kepala sambil tunduk lihat lantai. cuba lari dari pndang mata dia.

...

nape aku sedih sgt? yg aku tahu, aku rasa keseorangan. sebatang kara. tak de sesiapa.

Thursday, October 1, 2009

dimana dia?

aku fikir aku boleh hidup sorang diri tanpa sesiapa.
bila jadi macam ni baru aku sedar erti hidup seorang diri tanpa sesiapa.

air paip yg deras di bilik solat tenggelamkan esakan aku yg menjadi-jadi.

Thursday, September 24, 2009

Cerita Syawal 1430H

cerita 1
aku blk kpg ari jumaat lps 18.09.09. pkl 5pg aku bgn. pkl 6pg cm tu aku betolak blk. aku smpai kpg pkl 9 pg. semua. famili, ipaq duai,mak sedara, pak sedara, jiran, dn ntah2 sapa akan bagi reaksi tekejut dgr aku drive 3 jam dr lembah klang blk Kedah...

"lajunya bawak keta...bahaya tau dak" majoriti respons
"kalau jadi pape kan susah" ni sms dari kawan
"awat hang tak tekan sampai 200km/j ja kak long...kot2 leh terbang teruih..." adik aku yg binawe
"ish2...lebih 200km/j apa bawak keta" jiran. merangkap member mesyuarat tingkap mak, kak munah
"kak long besa la dia...racer..." laki adik pompuan aku.

aku sengih ja buat2 bodo...yg aku tau, aku nk cepat sampai rumah. alhamdulillah. Allah selamatkan perjalanan aku pergi dan balik. syukur.

cerita 2
beraya thn ni aku rasa gembira. sbb utama sbb dpt jumpa ngn sedara sebelah mak kt Perlis. dah lama sgt tak jumpa pak ngah (abg mak), mak ngah dan sepupu2. nk2 lak anak2 sepupu yg dah semakin membesar. yg uniknya, aku beraya dgn famili kakak ipar mak iaitu mak ngah. adik beradik mak ngah ada 10 orang semuanya. semua dah berkahwin dan punya anak. besar giler la famili mak ngah. bygkan sorang beradik mak ngah purata anak 5 org. kalau dah sepuluh beradik...lu pikir la sendiri..hehe...

w'pun baru pertama kali jumpa, kemesraan yg ujud tu mcm dah kenal lama. kebetulan dorang buat rmh terbuka. mkn nasi t'ari dgn seafood segar bakar cicah ayaq asam. mkn sambil mengadap laut lak tu. perghh...nikmat yg amat!

lps mkn hbskan masa sembang ngn sepupu2 kt tapi laut. aku betul2 rasa gembira.

pastu dh dekat2 nak balik, mak tarik aku gi tepi keta. ni la ayat pertama keluar dari mulut mak

"kak long, mak ada benda nk bgtau hang...tp mesti hang akan marah punya" aku pandang mak dgn tanda soal yg besaq dlm kepala. pasai pa mak aku ni lain mcm ja ni?

"mak ngah hang nak pegu (kenen) hang ngn abang bini An" (An tu anak sulung mak ngah. anak dah 2 org. dan abang ipaq dia mmg ada beraya hari tu. patut la dok pandang aku ja dari awal tadi)

owhhh nooooo........tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!

aku silang jari tanda X kt mak sambil geleng2 kepala. aku tak kenai dia. aku tak mau. no!

dan aku dah set syarat sapa2 nk kawin ngn aku:

1. solat tak tinggai.
2. leh mengaji Qur'an.
3. ikhlas kahwin dgn aku kerana Allah, jujur dan setia pd cinta aku.
4. hormat aku sebagai seorang perempuan dan isteri dan hormat mak bapak, keluarga dia dan juga mak abah, keluarga aku.
5. tak panas baran,tak pemalas dan tak kedekut.
6. buleh sara hidup aku. setelkan hutang keta aku, rumah dan kad kredit aku hehe...aku tak mau keje lagi bila dah kawin. aku nk jd suri rumah sepenuh masa. jaga makan minum suami, rumahtangga dan anak2

sekian terima kaseh

*confirm sapa pun tak mau kawin ngn aku...hahaaaa....

Wednesday, September 16, 2009

...

nk cerita pasal raya la. tersesungguhnya raya tahun ni langsung tak memberi keterujaan pada diri aku. aku pun tak tau apa sbbnya. paling pelik sekali ialah bila aku terdengar je lagu raya kt radio dlm keta ke aku akan cepat2 tukar channel...

tp dlm tak teruja tu aku sanggup lak pi shopping sorang2 kt shah alam. dpt la satu baju kurung corak abstrak rona campuq2 pink ngn pepel...tudung aku pakai tudung yg dok ada. rona pink kena, rona pepel pun kena gak...belasah je la...sapa pn tak tau tu tudung aku dok pakai pi reja ari2...

satu je baju raya aku...alhamdulillah. nk dibandingkan ngn org yg lgsung tak de apa2 kan?...hmmm

tingat lak kt kawan aku yg sorang tu. saudara baru actually. sorang2 je sambut raya kt sini. i wish i could do something to light up dia punya life. i wish with all of my heart that i could but...yg aku mampu buat hanyalah mendoakan dia. bersungguh2 aku mohon pada Allah utk mudahkan perjalanan hidup dia tiap kali lepas solat. semoga dia terus tabah dan sentiasa percaya pd ujian Allah.

aku sebenaqnya nk crita pasal lagu2 ry kt red fm...lagu raya ntah zaman bila pun tak tau. mmg tak penah dgq seumuq idup aku yg dah tua ni...arrr mmg tak bleh blah...

selamat hari raya. maaf zahir batin pada semua --->>mcm la ada org dok bc blog aku ni... :P

Tuesday, July 14, 2009

ganjaran atas kegigihan

ermm...bila baca entri kt bwh ni, yg psl auditor tu...cam ganeh je bunyik nyer kan. rasa cm nk delete je...tp biar je la. tu sbnrnya luahan hati sbb aku tgh hyper tension masa tu. mana nak kejar due date report, nak kejar daily work, nak layan operation side...depa pun kalut gak dok kena pressure ngn auditor kt sana...so aku mudah la nak teremosi sket masa tu...w'pn utk soalan2 yg bodoh...ahaks...

ni semua sbb yr end financial closing la. tu yg pakat kalut tu...dan aku sejak awal May'09 lagi dah start kalut. sbb masa tu la management teketaq2 nak reschedule kerja. ter efek sekali kt aku yg tak bersalah ni. bila aku suarakan rasa ssh ati kt bos, bos ckp aku ni tak optimistik la, mudah rasa takut la, bla, bla, bla...tp yg nak menanggung beban nnt staff2 dia...bkn dia. so stakat nk beckp psl +ve, -ve tu, mmg la sng kan...

so utk persediaan menghadapi yr end closing aku dah mula stay back kt ofis start May'09. kdg2 sampai pkl 10mlm. sampai big bos aku pn tekejut beruk tgk aku msh kt ofis time2 tu (sbb aku dikenali ramai sbg org yg plg punctual bila time blk keje...hiks)

tp mmg berbaloi la...w'pn aku terpaksa stay back, study kerja baru sorang2...aku berjaya perform dgn baik utk yr end...padahal baru sebulan aku pegang kerja baru aku ni (err...ada unsur2 riak sket kt situ...ahaks)

so utk me'reward' diri aku yg gigih ni, aku plan nk blk kpg. nak pekena durian. mak hepi je bila aku ckp aku nk blk. sbb dh lama dh mak dok pujuk aku blk. mkn durian. durian dah nk hbs...tp aku tak leh nak lyn pujuk rayu mak sbb aku bz sesgt.

so esok pagi2, lps suboh aku nak gerak ngn Comey. hiks. nak menikmati keindahan pagi ats hiway. mak ckp mak kacau lempuk byk. mak ckp nnt leh bg kt kwn2...

blk kpg nnt, aku nk mandi sungai, nak mandi sungai, nak mandi sungai...yaaahuuu....

*sapa2 nak rasa lempuk hand made ibu ku, leh le tinggal kan alamat. kalo ada rezeki aku poskan------>>>>arrrr....poyo....haha

Friday, July 10, 2009

berterusan begini aku boleh pengsan

aku benci bila tepaksa mengadap soalan2 yg tak masuk akal drpd auditor. susah payah aku cari document yg dia nak, pastu dok tanya lagi soalan2 bodoh yg menyakitkan hati. ko refer je la document tu. yg nak argue pasal nape document number tak sama ngn document2 yg lain2 tu pehal... mana la aku tau. tu operation punya keje.

"errr...the person that I can refer to... which you mentioned just now, Ms Cheong right,err...where is she?" auditor.

"hoi...ko ni pesal bengap sgt?...ko dah tau document tu dtg drpd HK, dah sah2 la org tu ada kt sana...ko ni dulu sekolah mana arr?...eeeiii aku jerit kuat2 kt sini kang..." aku. dalam hati.

aku pandang dia dgn muka blur tahap dewa dewi.

pastu tersengih2 dia menjawap soalan bodoh dia tu...

"err...in HK right?" dia.

eeeiiii buduh nyer ko niiiii........

Thursday, April 2, 2009

cerita 1 & 2

(i)
smlm, selak je kalender utk bln april, tebeliak jap mata aku tgk satu tarikh tu. waaa...sabtu depan aku kunun2nya dah nak pi panjat gunung Irau. waaa...aku tak warming up ape pun lagi. kunun2nya weekend lepas nak pi kayuh basikal la, jogging la bagai. tapi aku sebok pi shopping cari kasut. so tggl weekend ni je la utk aku pulun hbs2.

*sbnrnya dlm excited nak pi hiking tu, aku cam cuak2 gak dgn faktor cuaca yg dok ujan skrg ni. pastu kes dua org doktor pakar yg ditemui mati kat bkt taboh, ngan kes sorg mamat keje bank yg dah sebulan ilang tak jumpa2 masa gi hiking.


(ii)
mlm tadi tel mak. suara mak cam sedih je. aku tanya nape. mak ckp sejak dua menjak ni mak asyik mimpikan aku. "la...kali ni mimpi apa pulak?" aku tanya mak dgn nada curious.(ari tu mak mimpi aku ngn mak lengkap bertelekung putih dok besembahyang). mak ckp mak rasa ketat dada bila pikir psl mimpi2 dia tu. "mak mimpi salji dok turun. byk. lepas tu mak pegang rambut hang sambil ckp "patutla hang dok mengadu sejuk...rupa2nya rambut hang dah jadi keras sbb salji ni...." dgr je citer mak, hati aku cam terusik sket. cam berdebar2. tp dlm masa yg sama aku just gelak2 je. kunun2 cam kelakar. aku tak nak mak tahu yg aku dh cuak dgr mimpi mak tu. mak pun gelak je dgr aku dok gelak. tp aku sbnrnya ada rasa ssh ati. serius!

...

Friday, March 27, 2009

balik kampung...wowowooo balik kampung....

04.03.09-09.03.09 aku blk kpg. nk nyambut befday ke4thn Nica@ayang. so aku amik la cuti pjg sket. nak spend extra time ngn family. 1st time bwk Comey blk kpg. Comey senyap je dlm carrier dia. aku pn cam ala2 gabra gak sbb 1st time bwk Comey bejalan. so aku tepaksa la drive laju2 sket utk cpt sampai kpg. hehe. (tol Duta-tol Jawi=3jam)

pastu blk kpg mak abah kt penang. pokok durian lebat ngn kuntuman bunga durian. abah ckp dlm bln 7, 8 cm tu durian dah mula gugur. harap2 aku dpt blk kpg. xtvt yg sempat aku buat ms kt kpg aritu,semestinyalah mandi sungai kt dusun abah, hehe. pastu spend waktu ptg yg indah kt kuala pulau betong sambil tgk bot nelayan keluar masuk. indah...indah sgt2...

mari tgk gambar

















owh, mak yg kreatif telah masak nasi ngn ayam dlm buluh. sedap lak tu. mak mmg tukang masak yg terbest didunia! :D

Friday, February 27, 2009

kisah aku

bila dah berganjak tua ni, hidup kdg2 rasa membosankan. byk benda nak kena pikir. itu dan ini.

berbeza masa kecik2 dulu, benda yg dok pikir "hari ni nak main apa arrr..."

so aku suka la kenangkan balik zaman aku kecik2 dulu. aku dulu jatuh dlm kategori hidup tak berapa mewah. susah gak la. tu masa aku dah cecah sekolah darjah 4 cm tu.

sblmnya, aku tggl ngn tok dan tok wan. hidup mmg bebas la. maksud aku. keje aku hanyala main. maklumla, tak de mende nk buat. cukup masa, makan, main, tgk tv, tido. lasak jgn ckp la. main ngn bdk lelaki, panjat pokok, mandi sungai, berlari2 kt atas bts bendang. hmmm...

tp bila naik drjh 3, aku tggl ngn keluarga sendiri. aku hepi je sbb dpt tggl ngn mak, abah. rupa2nya tok ngn tok wan sedih berpisah ngn aku. tp sbb aku kan bodoh lg masa tu. mana tau psl perasaan org. cuma, bila dah dewasa ni, bila kenangkan blk, aku akan rasa rindu pada tok ngn tok wan. hmmm...

so bila dah dok ngn family sendiri, masa main aku dah terhad. sbb kena tlg mak wat kerja rumah ngn jaga adik2. uhuks...

dan masa tu keluarga aku susah. maklumla, mak ngn abah baru nak survive utk ada rumah sendiri dgn bilangn ahli keluarga yg dah bertambah. abah, terpaksa berulang-alik pergi kerja naik motor dgn jarak2 berpuluh2 km. berhujan dan panas. sshnya kami masa tu sampai abah terpksa ikat perut. abah hanya belanja 70sen sehari utk mkn tengahari. abah cuma mkn roti canai je utk t'ari. setiap hari...

mak lak selalu ajar kami utk berjimat cermat. bila cuti hjg mggu, pagi2 mak bwk kami kutip pucuk paku. kalo musim hujan, kami akan kutip cendawan yg tumbuh kt btg pokok getah. mak akan goreng campur lada hitam utk mkn t'ari. kami akan mkn dgn gembira. dan kami akan ckp, "cendawan ni sedap...rasa mcm daging..." (masa tu nk dpt mkn daging pn ssh)

*tetiba aku rasa sedih lak. nnt aku sambung lagi.

Saturday, February 14, 2009

bila rasaku ini rasamu

aku memang terlanjur mencintaimu
dan tak pernah ku sesali itu
seluruh jiwa telah kuserahkan
menggenggam janji setiaku

ku mohon jangan jadikan semua ini
alasan kau menyakitiku
meskipun cintamu tak hanya untukku
tapi cubalah sejenak mengerti

bila rasaku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan sakitnya
terhianati cinta yang kau jaga
cuba layangkan kembali
betapa hancurnya hati ini kasih
semua telah terjadi

aku memang terlanjur mencintamu

Friday, February 6, 2009

...

sejak smlm dan hari ni, tak tau sbb apa, hati aku ni rasa sayu ja. cam rasa sedih pun ada. sampai tgn ngn kaki aku sejuk. aku tak tau sbb apa. nak kata ada masalah berat tgh dok melanda...tak de la berat sgt kot. ok ja.

2, 3 ari ni bila aku drive...aku rasa cam was2. bwk keta rasa cm tak betul. pndgn aku kelabu. aku kena bukak mata besar2 utk beri tumpuan. aku rasa cam aku akn terlanggar kenderaan lain. kalau ada pejalan kaki, aku terasa cm aku nk telanggar dorang (Ya Allah, jgn la aku lggr org. aku takut)

mlm td pn cam rs serabut. tak de mood nak tgk tv. bila nak masuk bilik tido, Comey sibuk mengekor. nk gak ikut masuk bilik. aku biarkan sj. aku biar pintu bilik renggang sikit. tgh main2 ngn Comey, dlm bilik yg berteman cahaya tv, aku terasa2 cm ada org kt luar bilik. ntah la. nape aku tetiba tepikir cam tu. aku nak Comey temankan aku. tp dia suka buli aku. gigit kaki ngn tgn aku. nak tido pn ssh. pastu aku letak Comey kt luar bilik. mcm selalu. ttiba aku terfikir. kalo la ada org ceroboh masuk rmh aku, boleh ke Comey nak lawan org tu? sekali org tu lambung Comey ke dinding....argh, tak sanggup aku nk bygkan. ntah apa2 la aku ni. fikir yg bkn2.

hari ni bila hati aku ni rasa sayu je, aku terfikir. aku dah nak mati ke. aku...aku tak bersedia lagi. aku byk dosa. aku nak bertaubat dulu. aku nak solat betul2. tak nak main2. Ya Allah, bagi aku kesempatan dulu Ya Allah. aku takut...

perjumpaan blogger kt rmh anak2 yatim

tgh dok berblog hopping, jumpak satu program bloggers gathering kat rumah anak2 yatim kat Setapak, KL.

tarikh 08.03.09. aku nk sgt join xtvt cm gini. tp bila dh jumpa tu, aku lak tak dpt nk join. aku nk blk kpg. jdnya pd tarikh tu aku maybe ada kt kpg (kalau pjg umo)

utk maklumat lbh lanjut leh gi sini budakhijaugilew.blogspot.com

*aku tumpang rasa bangga dgn blogger2 yg anjurkan xtvt cm tu. jasa dan budi baik kalian, hanya Allah yg dpt membalasnya.

Tuesday, February 3, 2009

~lalala~

owh...adalah amat merugikan bagi orang yg terburu2 nak cari kesalahan orang. dan bertambah rugi bila kesalahan yg nk ditonjolkan tu dicanangkan (baca:email) pada semua orang (kalau buleh all over the world)

kes: org yg terkelabu mata tgk ada negative amout dlm report.

last2 org yg dituduh salah tu menjawab dgn santai (dan dgn rasa pelik) cam ni:

There is no negative amount for ageing over 365days. The amount that you highlighted is for provision.(dan kalau boleh nak je tambah ayat: And provision has to represent as a negative amount. buduh!)

Thank you.

dan selepas setengah jam lima belas minit kemudian, dtg reply dari org yg terburu2 tu td.
dan amat merugikan lagi bila dia mereply email tu pada semua cc recipients dlm emailnya sebelum tu. secara otomatik semua org tau yg dia tu buduh. berbunyi begini:

O...icic...bla, bla, bla....

*kesiyyannn....

Wednesday, January 21, 2009

ahaks. bes...

hehe. smlm aku terlambat bgn pagi. dan secara otomatiknya aku akan terperangkap dlm kesesakan jln raya bila masuk KL.

dan bila tiba kt satu tempat tu, kt tempat aku dok biasa ptg Q, aku pun ptg la semua org dgn konfidennya. dan bila tiba saat utk menyelit, aku pun selit. dan biasala kan...time2 sesak, bunyi hon disana sini. aku wat bodo je la. so dpt selit. tu pun setelah 3, 4 minit dok tggu org kasi ruang.

dan bila dpt selit tu entah kenapa aku terasa nak toleh kiri. oh, ohh..ada satu BMW dan pemandunya seorang perempuan pandang tepat ke muka aku. mulutnya terkumat kamit dok ckp sesuatu. dan entah kenapa, aku buleh faham pulak apa dia ckp dari gerak bibirnya yg berlipstik tebal tu. "potong jalan...potong jalan..." sambil kepalanya tergeleng2 pandang kt aku.

haha...aku kena sound oleh makcik yg bawa BMW tu. rupanya2 dia yg dok hon aku td tu...haha

"mintak maaf ye makcik...cek nak cepat, tu pasal la cek ptg Q...ahaks"

*cam bes lak rasa kena sound (sbb tau tu salah sendiri...hehe).

Monday, January 19, 2009

entri utk abah.

pagi td abah sms. minta aku check portal pencen. abah ckp pencennya utk bulan ni kurang drpd biasa.

menerima sms drpd abah kdg2 perlu dituruti dgn panggilan drpd aku. sbb kdg2 singkatan sms yg abah guna susah aku nak faham. cth: manax. sbb dah biasa so aku faham la maksud abah ialah mana-mana (mana2x. abah gugurkn 2 tggl x je...hehe)

dan kalo aku nak sms abah, aku tak akan guna singkatan langsung. aku akan taip penuh semua perkataan sbb abah ssh nak faham singkatan yg aku (dan anak2 dia yg lain) guna pakai. hmmmm....

dan pg tadi sms berganti sms. tp maksudnya ssh nak capai. nak tak nak aku tepaksa call abah. (kalau boleh aku nak elakkan online on the phone pagi2 kt ofis). aku call sbb aku keliru dgn no. akaun pencen yg abah bagi. abah bagi tiga no. kat aku dan suruh aku try tiga2 no. tu. (adeh ler...no. akaun pencen pun tak pasti yg mana satu).

masalahnya, bila aku try ketiga2 no. akaun tu, msg rekod tak dijumpai akan keluar. last2 abah ckp kena check kt portal veteran tentera sbb abah bekas tentera. bknnya awam. (adeh ler....mana la aku tau ada portal lain lak utk bekas tentera)

dlm aku yg pagi2 bz ngn keje, dan nk melayan abah, aku sedikit rasa 'panas' hati. tp aku cuba kontrol. aku tenangkan hati. aku cuba ingatkan diri yg aku sedang 'berurusan' dgn abah. abah aku sendiri. jdnya aku kena byk bersabar.

ini bukannya kali pertama salah faham dlm komunikasi antara aku dgn abah terjadi. dah byk kali. sampai kdg2 aku terpaksa ulang byk kali berckp benda yg sama. dan bila itu terjadi, nada suara aku akan jadi keras drpd biasa.

ntah kenapa pg td aku tersedar. aku tersedar yg abah dah semakin berumur. abah tak mcm dulu. tak macam masa aku kecik2 dulu. masa tu fikiran abah tajam. percakapan abah jelas. pendengaran abah jelas.

mugkin kdg2 aku lupa. aku rasa abah masih macam dulu. dizaman aku kecik2 dulu. mungkin sbb diusia muda lagi aku dah berjauhan dgn keluarga. belajar dan bekerja di rantauan, jd aku jarang balik ke rumah. aku ingat lg dulu, aku blk kpg utk cuti semester. aku perasan rambut abah beruban. "abah dah beruban..." aku berkata2 sendiri. dlm hati. dan tiap kali aku blk bercuti, uban abah semakin byk. begitu juga dgn misai abah. dah beruban. byk perubahan pd abah tiap kali aku blk kerumah. dan tiap kali aku perasan uban abah yg makin bertambah, aku akan rasa sayu dlm hati.

sampaila skrg bila aku dah bekerja, fizikal abah dah tak mcm dulu lagi. abah dah tak sekuat dulu. pernah sekali tu tayar keta aku pancit. abah tak mampu nak bukak skru tayar keta. aku lagi la tak mampu. berdiri atas pemutar skru tyr pun tak beri kesan apa2. abah cuba sekuat tenaga tp gagal. kemudian mak bersuara "abah hang dah tak larat skrg...tak macam dulu2 lg dah..." kata2 mak buat hati aku rasa sayu lagi. seperti selalu.

dan hari ni aku berjanji aku nk jadi anak yg sabar bila berckp dgn abah. apatah lg dgn mak. kerana, menjaga hati kedua ibu bapa ibarat memegang serpihan kaca. biar jari luka berdarah tp kaca tak jatuh dan pecah.

buat abah...maafkan kak long sbb pernah terkasar ckp dgn abah. kak long janji kak long akan perbaiki diri. tanpa abah, tak adalah kak long kat dunia ni, di saat ini.

Wednesday, January 14, 2009

Janji Allah dan Nabi

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka (yahudi laknatullah) di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini.

Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

*sumber:http://www.darulnuman.com/mhikmah/yahudi.html

Wednesday, January 7, 2009

Ya Allah, selamatkanlah Palestin

Hati tersentuh bila tgk muka depan Utusan Malaysia hari ni. Mayat seorang kanak2 perempuan Palestin separas kepala dgn bdn tertimbus didlm runtuhan rumahnya sendiri. Ya Allah, apalah dosa insan kecil yg lemah dan tak mengerti apa2 tu? mana perginya rasa belas seorang manusia di hati dan jiwa bangsa Israel? atau Allah dah tarik naluri belas dan kasihan dari hati dan jiwa mereka semua?

kanak2 Palestin hidup dalm ketakutan sambil memeluk kaki si ibu. muka ketakutan yg comot dgn air mata dan hingus bercampur debu runtuhan akibat bedilan bom Israel laknatullah.

bersabarlah semua rakyat Palestin. kami akan terus berdoa utk anda semua. hanya doalah senjata kami utk membantu anda memerangi Israel.


*boikot barangan Amerika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...