Friday, October 23, 2009

~hidup adalah suka dan duka~

aku secara tak sengaja tlh mendapat seorang kawan baru yg tinggal di Jengka Pahang. aku suka bila dia bercerita pasal kampung dia. pasal sungai, pasal cara org2 kampung dia tangkap ikan dan yg plg teruja ialah pasal Gunung Senyum...aku dah janji nk gi rumah dia. dan dia janji nak bawak aku jalan2 kampung dia. gi sungai, mandi sungai dan tangkap ikan. dia jugak janji nak bawak aku panjat Gunung Senyum. tak sabarnya aku. akhirnya impian aku nak menikmati suasana kampung yg sebenar2nya tercapai. dan yg teruja sekali ialah aku dapat panjat gunung - aktiviti yg aku suka2 sangat.. ahh..tak sabar, tak sabar..

*aku dah lama tak dengar bunyi cengkerik. bila kami besembang melalui telefon diwaktu malam,perbualan kami akan dilatari dgn bunyi cengkerik.aku suker! hehe...

...

dalam keterujaan dpt kawan baru, ada sorg kwn jauh secara tak sengaja buat aku tahu yg dia ada kanser hati. walaupun aku dok tanya dia bersungguh2, dia masih tak nak mengaku.
dan dia kerap demam sejak kebelakangan ni...

...

esok nak pi Pahang. bukan Jengka tapi Keratong. nak pi tgk pak lang. abang abah yg jatuh sakit. puncanya sbb pak lang tengok bola api yg sedang melintas pd satu mlm. kununnya tu ilmu sihir 'tuju-tuju'. keesokan harinya pak lang langsung tak mampu nk bukak pakaiannya sendiri. pak lang seakan lumpuh. dan sekarang pak lang seakan hilang ingatan dan tak mampu nak berdiri lagi. semoga Allah sembuhkan penyakit pak lang satu hari nanti. Ameen...

Monday, October 5, 2009

life's a roller coaster

smlm aku jumpa pakcik. mintak tlg ngn dia tgk2 kan masalah aku. pakcik janji nk jumpa pukul 10.30pg. tp time tu pakcik masih lagi kt rumah dia. baru nak warm up enjin moto dia...eeeeiii...(err...moto pakcik kaler violet...hehe...)

hepi gak dapat jumpa pakcik. dah setahun tak jumpa pakcik. bila dah jumpa semalam mcm2 pakcik cerita pasal perkembangan terbaru dia. aku just dengar dan menyampuk sikit2. sedih gak bila pakcik terpaksa lepaskan sesuatu yg paling dia sayang dlm hidup dia. tapi pakcik tenang je masa citer pasal tu. hmmm...so aku ni nak kena la buang jauh2 sensetif aku dgn masalah yg aku hadapi ni. tak le sebesar mana pun nak dibandingkan dgn pakcik. semoga pakcik terus tabah hadapi ujian hidup ni...ameennn...

mmg seronok dpt jumpa pakcik. nak2 lak pakcik belanja makan...hehe...kalau pakcik free semalam leh la sembang lama2 sikit. tak puas je rasa jumpa semalam tu. (ikutkan ati nak je ikut pakcik kesana kemari semalam, tapi mesti permintaan murni aku tu akan kena reject hidup2 oleh pakcik...hehe...)

bila lagi yer nak dapat jumpa pakcik. nnti nak ajak pakcik gi jalan2 la...buleh dak pakcik?...bekelah kt sungai Kuala Kubu Bharu pun best jugak...hehe...
tapi...pakcik mesti tak nak...uhuks...

*aku dah hepi sikit sekarang. syukur. eh, bukan sikit la...baaanyakkkk... :D

Friday, October 2, 2009

i am not strong enuff

"awk ni selsema ke sedih?" tanya sorg kwn saat aku nak sarung telekung smlm.

aku geleng2 kepala sambil tunduk lihat lantai. cuba lari dari pndang mata dia.

...

nape aku sedih sgt? yg aku tahu, aku rasa keseorangan. sebatang kara. tak de sesiapa.

Thursday, October 1, 2009

dimana dia?

aku fikir aku boleh hidup sorang diri tanpa sesiapa.
bila jadi macam ni baru aku sedar erti hidup seorang diri tanpa sesiapa.

air paip yg deras di bilik solat tenggelamkan esakan aku yg menjadi-jadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...