Friday, October 23, 2009

~hidup adalah suka dan duka~

aku secara tak sengaja tlh mendapat seorang kawan baru yg tinggal di Jengka Pahang. aku suka bila dia bercerita pasal kampung dia. pasal sungai, pasal cara org2 kampung dia tangkap ikan dan yg plg teruja ialah pasal Gunung Senyum...aku dah janji nk gi rumah dia. dan dia janji nak bawak aku jalan2 kampung dia. gi sungai, mandi sungai dan tangkap ikan. dia jugak janji nak bawak aku panjat Gunung Senyum. tak sabarnya aku. akhirnya impian aku nak menikmati suasana kampung yg sebenar2nya tercapai. dan yg teruja sekali ialah aku dapat panjat gunung - aktiviti yg aku suka2 sangat.. ahh..tak sabar, tak sabar..

*aku dah lama tak dengar bunyi cengkerik. bila kami besembang melalui telefon diwaktu malam,perbualan kami akan dilatari dgn bunyi cengkerik.aku suker! hehe...

...

dalam keterujaan dpt kawan baru, ada sorg kwn jauh secara tak sengaja buat aku tahu yg dia ada kanser hati. walaupun aku dok tanya dia bersungguh2, dia masih tak nak mengaku.
dan dia kerap demam sejak kebelakangan ni...

...

esok nak pi Pahang. bukan Jengka tapi Keratong. nak pi tgk pak lang. abang abah yg jatuh sakit. puncanya sbb pak lang tengok bola api yg sedang melintas pd satu mlm. kununnya tu ilmu sihir 'tuju-tuju'. keesokan harinya pak lang langsung tak mampu nk bukak pakaiannya sendiri. pak lang seakan lumpuh. dan sekarang pak lang seakan hilang ingatan dan tak mampu nak berdiri lagi. semoga Allah sembuhkan penyakit pak lang satu hari nanti. Ameen...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...