Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha 1430H

lusa Aidil Adha akan tiba.kebetulan cuti sekolah semua org pakat balik kpg.tapi aku tepaksa kerja pada hari tu.tak pe lah.berkorban demi tugas.jgn tak dpt blk raya Aidil Fitri sudah la.mau meraung aku dibuatnya.

malam esok lepas solat maghrib marilah sama2 kita bersungguh2 memohon keampunan atas segala dosa2 kita pada Allah.semoga Allah ampunkan dosa2 kita,ameeen....

bertakbirlah kita memuji2 Allah pencipta dan pentadbir sekelian alam.semoga hati kita tenang dan hidup sentiasa dlm rahmatNya yg Maha Esa.

nak mandi di pagi raya tu niat la mandi sunat Aidil Adha. mandi pun buleh dpt pahala kan.pemurahnya sifat Allah swt.Subhanallah...


Selamat menyambut Aidil Adha 1430H, jaga diri semua :)

Wednesday, November 18, 2009

bagaimanakah aku tanpa dua insan mulia itu?

Khamis lepas aku accident.hari tu aku telewat bangun.dalam keadaan nak kejar2 masa tu leh pulak aku accident.kurang 1km je dari ofis.masa tu tengah berbaris nak masuk simpang.tetiba2 keta belakang hentam keta aku dan aku lak hentam keta depan.

driver keta depan cepat2 kuar.seorang lelaki melayu.aku cepat2 bukak tingkap keta."encik,keta belakang langgar keta saya" aku bgtau org tu.masa tu aku rasa aku cam menggigil sikit.hehe..

aku kuar keta.rasa kesal sgt sbb lagi sekali keta aku accident.pastu aku perasan owner keta dpn aku tu sbnrnya berbangsa cina.dan lelaki melayu tadi driver keta yg aku hentam tu.lelaki cina tu dah berumur.bertali leher lagi.aku cakap ngn dia keta belakang hentam keta aku.dia just senyap je sambil dok tgk blkg keta dia.dia suruh aku reverse sket keta.otomatik aku masuk dlm keta.reverse sket keta.tgk2 bumper dia kemek sket.bumper aku renggang balik cam ari tu.sedih nya ati aku ni Tuhan je yg tahu.tingat balik pesan budak2 keta yg tlg betulkan bumper keta aku bulan lepas."ni kalo accident lagi, habis la bumper ni..." tingat je kata2 dorang buat aku rasa cam nak meraung je masa tu.

aku gi belakang keta aku.keta Waja yg langgar aku.owner lak muda lagi.tapi rupa cam bangsa asing.cam arab pun ada.driver melayu tu dok mintak ganti rugi ngn mamat tu.kenderaan yg lalu lalang pakat dok hon.keta kami 3 bijik dah halang lalu lintas.tapi kami wat tak tau ja.

owner waja tu student.bangsa pakistan.dan keta yg aku hentam tu keta audi.warna hitam.besaq.aku pun tak kenai sgt keta2 ni.tapi aku bajet kategori keta mewah la tu.driver melayu tu mintak lapan ratus dari mamat tu.maklum la keta mahal.mamat tu ckp dia tak de duit.alasan student.dan aku lak mintak lima ratus.buleh pulak mamat tu ckp keta aku keta biasa2 je.tak kan la sampai lima ratus nak repair.adehlaa...

las2 dia bagi dua ratus je aku.lepas amik nama, nombor passport dia kami pun bersurai.dan aku lak masuk parking ofis dan menangis giler2 dalam keta.aku rasa sedih sgt2.aku tak tau nak mengadu ngn sape.nak tepon famili kat kampung aku takut depa risau..las2 aku tepon sorang kawan.dia pun serba salah dgr aku nangis dalm tepon.dia suruh aku balik rumah je tenangkan ati.lagipun aku dah tepon bos.bos pun suruh aku EL je hari tu.

dekat sejam gak la aku dok dalam keta.bila dah tenang sket aku pikir baik aku masuk keje je.sbb aku ada keje nak kena submit kat HK hari tu jugak.

malam nyer, sampai rumah aku terus pack baju.aku nekad nak balik kampung.nak tenangkan hati.

sampai Kedah pukul 1 pagi.tekejut mak ngn abah.tak penah2 aku balik kpg time2 cm tu.mulut aku ni ringan je nak citer aku accident.tapi aku ckp ngn mak aku tak leh nak balik raya haji ni.sbb tu la aku balik awal.

mak punya la hepi sbb aku balik.tak habih2 dok senyum.bukak mcm2 cerita.aku yg ala2 mengantuk pun tepaksa gak layan cerita mak.sampai dekat pukul 4 pagi aku melayan mak becerita.las2 mak tetido...hehe

skrg keta aku dah ok.abah bawak pi bengkel.hepi sgt aku rasa.mak tekejut sggh bila aku bgtau aku accident.aku ckp aku tak nak bgtau mak, takut mak risau.mak kata kalo lepas accident tu aku tepon mak,mesti mak terpa pi KL tgk aku...hmmmm...kesian lak kat mak.

masa nak balik KL, mak ucap terima kasih sbb aku balik.sayu lak ati bila dgr mak ckp cm tu.padahal sbb accident yg aku terasa nak balik kpg.kalo tak pun sbb cuti umum cm raya ke.dan aku rasa lepas ni aku nak kerap2 sket balik kpg.

*kadang2 aku rasa aku balik kerja kat kpg je...tapi...haihhh...

Monday, November 9, 2009

maafkan aku

kenape orang lelaki ni mudah sangat nak lafaz rasa rindu dan mudah ditimpa perasaan? tak boleh ke hanya berkawan je tanpa melibatkan perasaan?

maafkan aku sebab telah lukakan hati dan perasaan kamu. kalau kamu tak mudah ditimpa perasaan, pastinya hati kamu tak terluka sekarang. dan sejak semalam dan sekarang dan entah sampai bila aku rasa amat bersalah pada kamu. maafkan aku seikhlas hati kamu.

*kamu berhak untuk dapat yg terbaik. maafkan aku.

"jaga tata tertib"

org yg nak jumpa aku tu msg lagi pg tadi ajak minum. kebetulan masa tu aku terperangkap dlm traffic jam. jadinya aku ada alasan utk tolak pelawaan dia buat kali kedua. pastu dia ajak aku lunch tengahari ni. aku ckp aku ada hal tak leh nak jumpa. then dia ajak lunch esok. dia akan call aku.

aku tau dia dah kahwin dan ada 4 orang anak. aku tanya dia, orang rumah dia tak marah ke dia nak jumpa aku. dia cakap wife dia tau ngn sape dia kuar. aku ckp aku risau nak jumpa suami org, dia cakap dia tak makan orang.

serba salah aku dibuatnya. tolak nanti org ckp aku sombong. tak tolak aku nak jumpa suami orang. ibarat melukakan hati dan perasaan kaum aku sendiri.

aku msg kenalan aku yg sorang tu. aku cakap, nak tak nak aku terpaksa jumpa orang tu esok. aku dah tak leh nak mengelak lagi dah. dan aku betul2 rasa serba salah skrg ni. tak lama pastu dia reply msg aku. dia cakap susah gak dlm situasi cm ni. dia cakap lagi, tak pe la kalo sekadar nak minum2. jaga tata tertib. tapi kalau orang tu lebih2 dia rasa aku tau apa yg patut aku buat. tapi kalo orang tu ok je, Alhamdulillah...

lepas je baca msj dia, aku rasa terharu sangat2. bergenang gak la air mata aku ni. ada gak yg sudi pesan aku cam tu. utk jaga diri.

*Ya Allah, lindungi aku. Lindungi aku daripada azab api nerakaMu, Ya Allah...

Tuesday, November 3, 2009

"pandai-pandai jaga diri"

ari ni aku dpt msg dari seorg kenalan yg tak penah aku jumpa.dia msg nk jumpa aku dan ajak aku minum.kebetulan dia ada dekat2 ngn ofis tmpt aku keje.aku cam berat ati sket nak jumpa dia.sbb aku tak penah jumpa dia pun sebelum ni.dan aku tolak pelawaan dia dgn cara baik.aku ckp time tu dah masuk waktu keje.aku tak leh sesuka hati nak turun minum.pastu aku gatal lak pi tambah "kalau mai awai sket leh la gagah turun".bila dah aku ckp lagu tu,org tu pun kata "tak pa lenkali sy mai awai,sy roger" jadinya.alasan aku tadi dah makan aku balik.

cepat2 aku msg sorang kenalan yg dah penah aku jumpa.tanya dia penah ke jumpa org tu.dia ckp tak penah.tapi sblm ni mmg kami bertiga ada plan nak jumpa kt area yg dekat ngn rumah msg2.tapi tak penah jadi.aku citer la pasal org tu nk jumpa aku tapi aku rasa berat ati.

dan msg berganti msg antara dua org kenalan lelaki.sorang dah penah jumpa dan sorang lagi tak penah jumpa tapi tetiba ajak jumpa.hehe

dan yg buat aku rasa terharu bila kenalan yg penah aku jumpa tu pesan "...yg penting pandai-pandai jaga diri..."

*bila dok jauh2 dari keluarga, pesanan dari kawan2 yg prihatin buat kita rasa selamat jugak (betul ke ayat aku ni? erm...belasah je la... :D)

Monday, November 2, 2009

bersosial terapi utk kesihatan dalaman diri

~cam poyo je bunyi tajuk entri ni kan~

smlm aku join Terry Fox Run'09 kt Tasik Perdana. Larian ni untuk kumpul dana bagi tujuan penyelidikan kanser. company tempat aku keje ni salah satu penyumbang dana. jadinya pekerja dipelawa untuk sertai larian ni.smlm aku tgk ramai org luar yg join. mat salleh tak kurang ramainya. yg dah berumur, bwk anak, berdukung, berstoller. kagum aku tgk kesungguhan dorg sertai aktiviti amal cm ni. dan aku tgk bangsa melayu kita kurang je join aktiviti cm ni. mungkin kurang promosi kot.

aku suka sgt aktiviti2 cm gini. dah ada peluang tu, rugi kalo tak join. so smlm berlari2 la aku kt sana. terasa sgt aku yg dah tua ni tak fit langsung. baru lari panjat bukit sket je aku dah tercungap2. tapi bes sbb dapat kuarkan peluh dan aku rasa ringan je bdn ni lps berlari. w'pun ari ni kaki aku sakit tak ingat tapi aku rasa bes la berlari smlm tu.nak berlari lagi la lepas ni...hehe.

ptgnya jumpa budak2 keta. gi mkn piza kt One Utama. 7 org sumenye temasuk aku. aku dah janji ngn dorang. sbb dorang dah tolong repairkan keta aku. bersungguh2 betulkan impact bar, braket lampu aku yg dah pecah, betulkn bumper yg dah senget dan renggang dan tukar lampu kecik aku yg dah blown. hepi dpt jumpa dorg smlm. lps mkn dorg ajak gi karoke. hehe...ada lak yg ajak aku duet lagu Kau Mawarku...adeh la. sbb tak nak hampakan permintaan, aku yg malu2 kucing ni pun terima gak la pelawaan tu. tapi sore aku mmg out la. lantak la. yg penting org tak ckp aku sombong or tak sporting kan....

*I love Allah more than anything in the world. Thank you Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...