Thursday, January 28, 2010

syukran

hari ni aku akan ke Sabah. cuti2 malaysia bersama kawan2. flight pukul 7.50 petang ni.disebabkan aku terlalu sibuk dgn kerja, aku langsung tak terasa teruja nk kesana.harap2 percutian aku kat sana nanti mampu buat aku lupa sekjp pasal rutin hidup aku yg amat memenatkan. penat ke? penat ngn keje? syukur la awak tu ade keje. kalo tak de keje? nanges la...huhu (insaf, insaf..)

hujung minggu depan pulak nak ke Teluk Batik. bersama kawan2 aku dan Mr J.

hujung minggu yg berikutnya nak berkonvoi ke Pantai Dalam, KL.kenduri kawen kawan Mr J.

huhu...bz hidup aku ni sekarang...

*belajarlah seswai kan diri ye makcik... :D

Thursday, January 21, 2010

aku pencinta yg setia

smlm lepas ofis Mr J msg tanya aku dah balik ke.masa tu aku tgh solat.lepas solat aku bls msg dia ckp aku kat ofis lagi

lepas tu dia senyap je.dan aku pun terus keluar ofis..dah sampai tempat parking keta, dia telefon ajak aku dinner.aku pun setuju je la.hehe...

Mr J datang amik aku kt ofis.bawak aku dinner kat Restoran Haven kat Bukit Ampang.aku hepi sgt.hepi dpt tgk bandar Ampang dan KL yg bermandikan cahaya dari atas bukit tu.hepi dapat jumpa Mr J sama...hehe...

malam esok Mr J nak ajak aku join perjumpaan ahli kelab keta.

sabtu Mr J dah setuju nak bawak keta aku pi bengkel.nak tukar bearing tayar, tukar cermin keta aku yg retak makin dok panjang ngan nak tukar mentol lampu aku yg dah terbakar tinggal satu je.uhuks...

aku tak pasti sampai kemana hubungan kami ni.aku tak harap apa2 pun.separuh hati aku gembira.tapi separuh lagi aku cukup berhati2.aku takut.takut kecewa buat kedua kalinya.dan aku tak sanggup nak hadapi kecewa tu lagi...tak sanggup...sebab aku pencinta yg setia...

Friday, January 15, 2010

matahari dan bumi.bulan dan bintang


04.01.2010 Isnin

Aku keluar ofis pukul 6ptg.masa tu hujan lebat kat KL ni.masuk dalam kereta, start enjin, tapi enjin kereta aku tak leh nak start.aku cuba byk kali tapi tak buleh2.aku mula cemas.hujan kat luar semakin lebat dan cuaca semakin gelap.aku mula telefon kenalan2 yg dekat ngan ofis aku.masa tu member2 ofis suma dah balik.lgpun majoriti membe ofis aku adalah pompuan.apa sgt la yg org pompuan tau kan dlm hal2 pasal kereta.termasuk la aku ni...huhu...

las2 ada sorg kenalan lelaki yg keje kat Jalan Lekiu janji nak dtg.ssh2 dia dtg naik LRT ke ofis aku.sampai putus2 tali selipar.hmmm..

check2 enjin dia ckp bateri aku yg ada masalah.aku rasa lega gak la bila dia dtg.tak la aku sorang2 pompuan kt tmpt parking blkg ofis aku tu.dan hari semakin beranjak malam.

pastu dia cuba call semua kenalan2 dia yg ada 'jumper'.alat utk cas bateri kereta.

semua yg dia call tak dpt nak dtg.samada berada diluar KL @ pun yg ada hal.

last2 ada sorang kenalan setuju nak dtg.lega.

kami berdua pun menunggu dgn sabar.hampir 3jam berlalu akhirnya muncul lah penyelamat tu.alhamdulillah...akhirnya enjin kereta aku buleh start.

aku namakan penyelamat tu sbg Mr J

sampai rumah aku msg Mr J.ucapkan terima kasih padanya.dan sms berganti sms...

esoknya aku amik emergency leave.pergi tukar bateri keta baru.dah 3thn bateri aku tu tak pernah bertukar.hehe...org dgr pun tekejut.

05.01.2010 Rabu

Mr J ajak aku kuar tgk wayang lepas ofis.aku mulanya tu cam berat gak nak terima.sbb aku ni jenis lepas je ofis,terus balik rumah.aku tak suka singgah mana2.sebab rumah aku jauh.aku tak nak balik lewat2 sgt.takut dgn jenayah kt KL ni.

dia ckp movie tu pukul 7.20mlm kt KLCC.hmmm...nak tak nak aku terpaksa terima.org dah tolong aku kan.serba salah la pulak nak tolak pelawaan org.aku cuma bersangka baik ja la dgn dia.berharap niat dia baik.

sanggup lak dia dtg jemput kat ofis.sepanjang perjalanan mcm2 soalan dia tanya kt aku.pasal keluarga.pasal brapa lama aku keje kt KL.aku yg malu2 kucing ni cuma menjawab je soalan dia tanpa fikir apa2.

hbs movie dia ajak aku makan.memndang jam dah beranjak ke pkl 9mlm aku terpaksa tolak dgn baik.dan dia faham.dia hantar aku balik ke ofis sbb keta aku, aku tinggalkan kt situ.dlm perjalanan tu katanya dia ajak aku makan sbb nak bercakap pasal hidup.dalam hati aku bertanya, "pasal hidup?"

08.01.2010 Jumaat

Malam tu aku nak ke Alor Star.nak menghadiri kenduri seorang kenalan disana.aku nak tumpang kereta kenalan lain yg tinggal di Putra Jaya.tapi Mr J ajak aku kuar pada malam yg sama.Mr J mintak kenalan aku dari Putra Jaya tu amik aku kat tempat Mr J dan aku kuar mlm tu.

Mr J datang jemput aku kat rumah.kesian dia.tak pernah dtg rumah aku yg jauh dipinggir KL.penat sgt mengadap traffic jam kt KL, dia mintak aku drive keta dia.takut gak aku nak drive keta org.dah la keta baru lagi...

Mr J nak serius dgn aku.katanya dia nak kan hubungan kami ni sampai ke tahap kahwin.aku betul2 dalam dilema.serba salah.tak tahu mana yg betul mana yg salah.tak tahu apa keputusan yg patut aku buat.semuanya berlalu dgn pantas.

Ya Allah...berilah petunjuk pada hambaMu yg maha lemah ini Ya Allah.aku inginkan kebahgiaan hidup didunia dan akhirat...

Monday, January 4, 2010

wahai langit dan awan


Masuknya tahun 2010 aku sambut sambil berbaring depan tv sorang2. sambil bersms ngn sorang kawan di Ipoh yg dlm perjalanan nk gi clubbing kt jalan p.ramlee KL.gembira betul kau dapat berjoget kat sana ye. hehee...hmmm...

dalam tv kemain ramai manusia berkumpul utk sambutan 2010.bersesak2 sambil bersorak2.teruja muka masing2 dok tunggu detik 12mlm.nak2 bila tgk bunga api.sorang member ada ajak gi KLCC.tapi aku malas.aku malas nk bersesak2 ngn org ramai.aku rimas. rimasss....

dalam org berkumpul utk sambutan 2010, ada segelintir umat Islam berkumpul utk lihat & solat sunat gerhana bulan.

dua suasana yg amat berbeza...hmmm...

dan aku agak sibuk hujung minggu2 yg lepas. cuti krismas aku berkonvoi ke PD. mandi manda dikolam dan berBBQ dipantai dimalam hari.

cuti new year aku berkonvoi ke masjid wilayah utk majlis nikah seorang kenalan. habis je majlis beramai2 berkonvoi ke Alamanda. berkaraoke, menonton Avatar dan diakhiri dgn lepak2 minum kat kedai mamak. malam tu aku terpaksa tumpang tido kat Kolej Za'aba UKM. sbb kepala dah berat dan mata mengantuk yg amat. sempat la aku mengimbau kembali diwaktu umur ku 21 tahun dulu. diwaktu aku muda remaja dulu.hmmm....

hujung minggu ni lak aku mungkin akan berkonvoi ke Aloq Staq utk kenduri kawin seorang kenalan yg lain pulak....hmmm...

penat gak kalo dah saban minggu dgn aktiviti bersosial....rindu pulak nak berbaring menonton dvd sepanjang hari sambil menatap langit dan awan dari tingkap rumah...

wahai langit dan awan, aku rindu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...