Thursday, December 15, 2011

mak

hujung minggu yang lepas saya pulang ke kampung.menghabiskan baki cuti tahunan yg tinggal 2 hari saja.gembira dapat balik kampung, jumpa mak, abah dan adik2 dan anak sedara lelaki baru yg sangat comel :)

dan ntah apa silapnya, dihari terakhir kat kampung, sedang bersembang2 dgn mak, saya telah terlanjur berkata sesuatu yang buat mak tersentuh hati dengan saya.

sepatah ditanya, sepatah mak jawab.

saya dah faham perangai mak, kalau mak macam tu, mesti ada yang tak kena. tapi saya buat2 tak faham...usia yang semakin meningkat buat saya tidak terlalu ikutkan emosi seperti saya diwaktu muda remaja dulu...

saya tetap tegur mak, walaupun respon mak dingin...saya cuma buat muka tembok terus tegur mak walaupun hanya berbasi-basa.

dan saya balik ke KL dengan hati yg sayu.sebab masa peluk mak nak ucap selamat tinggal, mak tak peluk saya macam biasa.

tapi saya tetap senyum pada mak.

dan malam tadi saya bermimpi bergaduh teruk dengan mak.saya ungkit semua perkara yang saya tak puas hati selama ini...tersedar dari tidur saya rasa takut sangat.seolah2 mimpi tu benar.

dan hari ini, semasa kat ofis, mak telefon...tapi saya tak sempat nak jawab sebab sibuk.dua kali mak telefon..tapi saya tak telefon mak balik sebab takut.teringat balik mimpi malam tadi bergaduh dgn mak.

balik dari kerja, sampai rumah saya beranikan diri telefon mak.dan mak jawab lepas 2,3 deringan.

saya cuba kawal nada suara.seolah tiada apa yang berlaku sebelum ni.nada suara mak pun cam kendur saja.mak cakap mak risau panggilan dia tak berjawab.dia risau kalau2 saya sakit.

saya bagi alasan sibuk.tak sempat nak jawab dan telefon balik.mak terima ja alasan tu dan masih menyuarakan kebimbangannya.dan perbualan kami makin lama makin rancak.dan saya cuba buat2 lawak dgn mak.dan mak ketawa ja dihujung sana...

lepas setengah jam bersembang dan bergelak ketawa, mak cakap "sudahlah tu, lama sangat bersembang nanti melambung pulak bil telefon.." dan mak sempat pesan macam biasa supaya saya menjaga diri.

saya tekan punat letak telefon sambil menghela nafas lega.

...air mata saya bergenang...

"mak..terima kasih mak..."

Monday, December 5, 2011

buah kundur buah labu

ada orang jual pantun dua kerat berbunyi begini:

"buah kundur buah labu"

dan suruh saya jawab..tension la jugak nak memikirkan jawabnya..akhirnya orang yg jual tu sendiri yg beli pantunnya dan buat saya ketawa seketika...haha...

hmm...sapa tau jawab? heee... :P


pic xde kena mengena ngan entri cilok dari sini

Monday, November 28, 2011

you are not alone :)

ketika mimpimu yg begitu indah tak pernah terwujud...ya sudahlah..
saat kau berlari mengejar anganmu dan tak pernah sampai...ya sudahlah...

apa pun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu...
janganlah kau bersedih coz everything's gonna be okay :)

http://www.youtube.com/watch?v=Hi7DlAB0g6s

Sunday, November 20, 2011

bantu daku Ya Allah

saya sedang berhadapan dengan 2 pilihan...pilihan yg kedua datang tanpa diduga.tapi buat saya rasa amat bahagia.membuat pilihan untuk memilih yg kedua akan buat yang pertama kecewa.

tapi memilih yang kedua dapat bebaskan saya dari perasaan bersalah pada pihak yang ketiga.

akhirnya saya buat keputusan menyerahkan segala2nya pada ketentuan Allah yg Maha Esa

*pejamkan mata dan lepaskan segalanya...perlahan-lahan...

Saturday, November 12, 2011

cintai diri sendiri

jadilah diri sendiri yang ada pendirian dan tegas dalam membuat keputusan.

biar ape orang nak kata..diri kita tetap diri kita selagi kita tahu dan sedar apa yg kita buat adalah utk kebaikan diri kita sendiri :)

Sunday, October 30, 2011

jiwa saya

semalam sabtu 29.10.11 saya ke bukit nenas melihat ini



dan saya gembira dapat melihat ini


dan ini...

saya amat mencintai kesenian yg halus pada rekaan rumah tradisional melayu...dan hati saya amat dekat pada kehijauan pokok...terima kasih Tuhan :)

Thursday, October 27, 2011

kosong

aku akan isi hujung minggu ini sendirian.membawa diri tanpa tujuan dan haluan.mungkin menonton wayang.mungkin itu dan ini.

yang pasti aku mahu sendiri.

*kadang2 aku rasa pelik berjalan sendirian.ke hanya perasaan aku saja...abaikan saja seorang perempuan yg berjalan sendirian tanpa haluan dan tujuan (:

Sunday, October 23, 2011

saya rindu mak saya

mak..kak long rindu sangat kat mak...

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.
- Surah Luqman ayat 14.

Thursday, October 20, 2011

semua milik kita hanyalah pinjaman semata


bila kita hidup dalam kesenangan, kita mengeluh bila datangnya payah.

bila kita berkerjaya, kita mahu naik lebih tinggi dan terus tinggi.

kita hanya mahu lebih senang dan senang.mahu semuanya serba mudah dan terus mudah.

kita lupa kesenangan yg sedang kita kecapi mampu hilang dalam sekelip mata.tanpa sebarang amaran dan tanda.

dan mungkin masa tu barulah kita sedar, betapa bertuahnya kita selama ini.hidup dalam kesenangan...

dan barulah kita sedar akan kesilapan,menganggap bahwa segala yg dimiliki,akan selamanya berkekalan...

Monday, October 17, 2011

e g o


setiap manusia ada perasaan ego dlm diri masing2.apa itu ego?

setiap orang ada tafsiran tersendiri.ada yg cakap ego perlu demi maruah diri.

ada yg cakap ego menjurus kita kepada rasa bongkak dan tidak mudah memohon maaf atas kesalahan sendiri.

bagi aku, sifat ego lebih kepada merugikan diri sendiri.merasa diri terlalu bagus drpd yg lain2.sukar utk mengaku salah sendiri.menuding jari kepada org lain atas masalah yg timbul drpd mengakui kesilapan.lama kelamaan ego itu membunuh diri sendiri.

biarlah kita hidup dgn penuh rasa rendah hati dan diri.semua manusia punya hak utk hidup dgn rasa tenang.dunia bukan untuk manusia2 yg bongkak.bukan utk manusia2 yg ego.

Sunday, October 9, 2011

rahmat Allah

indahnya hari ini.matahari terang benderang.melimpah ruah cahayanya.diatas sana langit tinggi bersih membiru.ditemani awan putih mendamaikan.angin bertiup lembut menyapa alam.dahan2 pohon meliuk lintuk.berdesir dedaun menyanyikan lagu alam.

amat2 menenangkan.amat2 mendamaikan.

izinkan aku terus ditemani ketenangan yg mendamaikan ini...

izinkan aku untuk terus tersenyum.sendiri.disini.

Friday, October 7, 2011

tenang temanilah aku lebih lama.please...

saya merasa sangat bahagia sekarang.perjalanan hidup saya agak teratur.kerja2 pejabat yg menuntut komitmen utk disiapkan sebelum 'deadline' semuanya telah saya selesaikan.semuanya berjalan dengan baik tanpa masalah yg membebankan mental dan perasaan.

dalam masa yg sama saya sedang dalam proses 'hand-over' kerja saya dibawah region lain pada seorang rakan kerja baru.Alhamdulillah, dia senang dengan cara saya mengajar.dia dgn senang ati bagitau saya yg dia tak merasa tertekan sepanjang dlm proses 'pembelajaran' tu.saya pun merasa senang ati mendengar pengakuannya :)

saya akan pulang ke kampung minggu depan.tapi saya bercadang utk pulang dgn bas ekspres.instead of driving.rindunya pada mak.tak terucap lagi rasanya.tak sabar!

dan saya ada rancangan untuk isi masa dgn mak dan abah nanti...harap2 kami akan gembira bersama nanti :)

rancangan untuk esok?

esok saya akan bersama kawan2.jln2 kat KL.tapi saya berangan2 nak keluar dari KL

hmmm...

rindunya pada kehijauan hutan rimba...


eh pesal lak gambo rimo nih?...hehe...ensemnyer dier :D

Saturday, September 24, 2011

mak dan abah cahaya hidupku

raya tahun ini saya balik kampung dihari terakhir Ramadhan.selepas 5jam memandu meredah lebuhraya dgn izin Allah saya selamat sampai.disambut senyuman tak putus2 yg menghiasi wajah kedua mak dan abah.

apa yang pasti, indahnya hidup dgn adanya kedua ibu dan bapa.saya amat bersyukur dgn kurniaan Allah.

kdg2 tak mampu nak membayangkn utk menghadapi hari kehilangan.hilang diambil oleh si peminjam.tak ada apa ertinya lagi untuk pulang ke kampung.tak ada lagi wajah2 gembira yg menyambut kepulangan.tak ada lagi tangan utk disalam dan dicium.tak ada lagi pelukan kasih sayang dari insan yg mulia dlm hidup seorang anak.tak ada lagi ucapan kasih dan sayang.tak ada lagi kata2 nasihat.tak ada lagi masakan yg tiada bandingan sedapnya didunia...

Ya Allah...panjangkan usia kedua ibu bapaku.berikanlah kesihatan yg baik pd kedua ibu bapaku.ampunkan dosa2 kedua mereka.jauhkan mereka dari seksaanMu.masukanlah mereka kedalam syurgaMu Ya Allah...

Wednesday, September 21, 2011

hati aku rapuh


kadang-kadang kegembiraan yg kita harap-harapkan tanpa diduga bertukar jadi sedih yg amat dalam kesannya dihati.

dan segala-galanya mula terasa hambar.hati jadi tawar.tak nak fikirkan apa-apa lagi tentang hal orang lain.apa yg nak jadi biarlah saja terjadi...

biar aku layan perasaan dan hati sedih aku.jangan pedulikan aku.jangan cuba nak memujuk hati aku.

Sunday, August 28, 2011

Selamat menyambut Syawal 1432H :)



Selamat menyambut Syawal 1432H pada semua...maaf atas apa jua tesalah kata dan bicara.

berhati-hati dijalanraya dengan harapan semuanya akan selamat sampai kedestinasi masing2 hendaknya..InsyaAllah...

saya akan pulang ke kampung esok selepas selesai urusan kerja dipejabat.mungkin tengahari, petang atau malam...uhuks...

selamat hari raya semua :)

Wednesday, August 24, 2011

balik kampung Syawal 1432H


saya terpaksa kerja pd hari Isnin nanti, sehari sebelum hari raya.

sedihnya hati ni Tuhan saja yg tahu.kawan2 semua dah balik kampung bermula Jumaat ni...tak dapat saya bayangkan keadaan ofis saya Isnin depan.mesti lengang...yg tinggal cuma kawan2 berbangsa Cina dan India ja...

*mak...doakan anak mak ni tabah.doakan anak mak ni boleh balik awal sikit Isnin depan.bukan malam..uwaaa...

Sunday, August 21, 2011

baju raya


semalam ahad 20.08.11 saya ke masjid jamek untuk cari baju raya.

saya belikan abah sehelai baju melayu.abah cakap nak kaler lembut2.saya tanya kaler ungu lembut boleh? abah cakap boleh aje :) (sorilah abah, anak abah ni suka kaler ungu sgt2). saya juga dah belikan butang baju melayu yang berwarna ungu lembut.sangat cantik bila saya pasang di baju melayu abah :)

untuk mak saya belikan sepasang baju kurung yg sangat cantik.dengan hiasan batu2 berkilauan dibahagian depan bajunya.bercorak abstrak campuran kaler merah jambu dan ungu juga :)

dan untuk saya..jeng jeng jeng jeng...saya belikan sepasang baju kurung berbunga2 besar juga berwarna ungu dan sepasang baju kebaya coklat gelap yg sangat cantik.jahitannya sgt kemas dan siapan sulaman kerawangnya sgt indah dimata saya.

saya tak sabar nak tengok reaksi mak dan abah bila dapat hadiah ikhlas daripada saya nanti :)

Sunday, August 14, 2011

Nor


Hari ini 14.08.10 saya join aktiviti meraikan anak-anak yatim anjuran kelab kereta saya dan sebuah lagi kelab kereta.

Alhamdulillah sambutan dari ahli kedua2 buah kelab amat memberangsangkan.

setibanya kami dirumah anak2 yatim yg letaknya di Puchong, kami disambut oleh anak2 comel lelaki dan perempuan lengkap berbaju melayu biru dan bersongkok. dan puteri2nya berbaju kurung biru dan bertudung hitam.

semuanya siap berbaris dengan senyuman ikhlas dan ceria jelas terpancar diwajah masing2.

mereka tak sabar untuk dibawa berjalan2 menaiki kereta kami semua ke lokasi menarik diPutrajaya.

saya pula ditemani seorang adik perempuan 16thn bernama Nor.sudah kematian ayah.anak sulung dgn adik2 seramai 5org yg tinggal bersama ibu.dia sebatang kara dirumah anak yatim itu.tanpa insan bergelar ibu dan adik2.apatah lagi seorang ayah...

tersentuh hati saya bila tgk anak2 kecil berusia 5,6thn yg berlari2 keriangan bersama kawan2.membawa diri sendiri tanpa perhatian kedua ibu dan bapa.hanya kawan2 dan penjaga yg dipanggil ibu dan umi dikeliling hidup mereka.siang dan malam.hari demi hari...

banyak perkara boleh difikirkan dari segi keberuntungan diri saya ini...masih ada kedua ibu dan bapa...dan macam2 lagi...apalah sgt ujian demi ujian yg Allah berikan dlm hidup saya kalau nak dibandingkan nasib anak2 kecil yg tanpa ada ibu dan bapa...

Ya Allah...ampunilah hambaMu yg Maha Lemah dan hina ini Ya Allah...sesungguhnya aku amat bersyukur atas nikmat2mu




Tuesday, August 9, 2011

nikmat


kata Ustaz sebelum jemaah mula mendirikan solat sunat terawih malam tadi, sekecil2 kebaikan yg kita buat atas dunia, akan datang menjadi saksi utk kita diakhirat nanti...

dan, sekecil2 kejahatan yg kita buat juga akan dtg menjadi saksi dihari perhitungan amalan kita diakhirat nanti.

marilah kita banyakkan melakukan kebaikan yg berlipat kali ganda ganjarannya di bulan Ramadhan ini.

Wallahu'alam...

*buah anggur dikatakan buah syurga...lambang nikmat kurniaan Allah utk hamba-hambaNya

Sunday, August 7, 2011

indah


Islam itu indah

Allah jadikan manusia hidup diatas dunia untuk akhirat.Allah berikan kita panduan melalui Al-Quran untuk kita jalani hidup dengan tenteram dan ketenangan.

mengapa wajib solat? mengapa wajib puasa? mengapa perempuan yg baligh wajib tutup aurat? mengapa itu dan ini?

semuanya ada hikmah dan bersebab.tidak ada satu pun tuntutan Allah itu sia-sia.semuanya untuk kebaikan kita hamba-hambaNya.

sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.pencipta dan pentadbir segala apa yg ada dilangit dan bumi.

Subhanallah...

dibulan Ramadhan yg mulia ini, bulan penuh Rahmat ini, marilah kita tingkatkan ibadah kita.solat 5 waktu, bersedekah, bykkan berdoa serta bertaubat bersungguh2 ats dosa2 kita.mana tahu, Ramadhan ini mungkin yg terakhir buat kita...wallahua'lam (:

Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah


syukur Alhamdulillah...malam ini saya berjaya jejakkan kaki saya disurau untuk solat sunat terawih berjemaah...

Ya Allah...terimalah puasaku dan ibadahku sebagai bekalan untuk membela nasibku diakhirat kelak.

amennn Ya Rabbal Alamin...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

kawan2 nak duit raya? mari klik n join this.be the 1st among ur frens out there!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Friday, August 5, 2011

salam Ramadhan 1432H


hari ini 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432H

hari pertama aku merasa berpuasa untuk tahun ini....kawan2 semua dah berterawih tapi aku masih tak rasa nak pergi terawih lagi...

haih...

insaflah cik violet oitt...kejarlah Rahmat Allah untuk bekalan awak diakhirat nanti...azam nak masuk syurga kan...kan...haihh...

*gambar tak de kaitan dgn entry.harap maklom.

Wednesday, July 27, 2011

aku dah penat dan lelah

tenang dan bahagia yg bertandang tak lama diamnya didalam hidup aku ini...

tanpa kemahuan aku, keindahan itu semakin menjauh dan menjauh...

tak tergapai rasanya lagi.tak terdaya untuk aku pertahankan lagi...

aku dah penat sebenarnya.aku dah lelah.

tolong...tolonglah tukarkan hati aku ini menjadi batu.supaya tak terusik lagi hati aku.tak terluka lagi perasaan aku dan tak jatuh lagi air mata aku ini...

aku dah penat sebenarnya........aku dah lelah.......

Monday, July 25, 2011

aku dan keretapi dan ...

saya akan pulang ke kampung jumaat nanti.naik keretapi :D

senandung langkawi pukul 9.20mlm

penah sekali tu balik malam.saya beli tiket untuk katil sebab nak tido selesa la sikit.dapat luruskan badan dan kaki.dan saya lebih suka katil bahagian atas sebab saya seorang perempuan yang suka bersusah payah memanjat dan terkial2 seorang diri nak naik atas katil yg muat2 utk seorang yg kecik comel mcm saya...haha

pastu nak dijadikan cerita, setentang dengan saya, adlah seorang penumpang lelaki.tapi berjalan melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya yg perang separas tengkuk disisi kedua cuping telinganya.

saya tak kisah la kan. biarlah dia.sape pun dia.

bila keretapi mula bergerak jam dah menunjuk hampir 12malam.dan keretapi terus meluncur laju.

dan dalam bunyi-bunyian gerabak keretapi yg meluncur deras membelah malam, saya dengar bunyi dengkuran.kuat sekali.macam kat sebelah telinga saya saja rasanya.

dan keretapi tiba2 perlahan dan perlahan dan terus berhenti disebuah stesen.

tiada lagi bunyi yg datang dari gerabak yg sedang bergerak.yang tinggal hanya bunyi dengkuran.yg tersangatla kuatnya...

dan dengkuran itu datangnya dari penumpang lelaki yg tido setentang dengan katil saya.yang jalannya melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya ditepi kedua cuping telinganya...

haih...

time tidur je baru terserlah 'kejantanan' beliau...huhu

Saturday, July 23, 2011

:(

...

Ya Allah...aku terlalu lalai dan banyak berdosa didalam sedarku

...

Sunday, July 17, 2011

asas hikmah adalah takutkan Allah

Ya Allah...aku berlindung dengan kemaafanMu daripada siksaanMu

Ya Allah...aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kehinaanMu

Ya Allah...aku berlindung denganMu daripada kejahatan yg datang daripadaMu

Ya Allah...sesungguhnya aku teramat memujiMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri...

...hidup diatas dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yg kekal selamanya...marilah kita impikan syurga sebagai tempat kita diakhirat nnt...insyaAllah...

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban

Malam esok (16.07.11) selepas Maghrib adalah malam Nisfu Sya'ban (Sabtu malam Ahad)

malam buku amalan kita ditahun ini, dibawa naik ke langit.dan buku baru amalan kita akan dibuka.

malam dimana kita dianjurkan untuk bertaubat atas dosa2 kita.memohon keampunan Allah kerana malam nisfu sya'ban adalah salah satu dari empat malam Allah akan makbulkan doa2 kita dan ampunkan dosa2 kita.InsyaAllah...

kawan aku cakap, malam tu lah Allah akan tentukan bila ajal kita, jodoh kita dan rezeki kita...

Ya Allah...ampunilah segala dosa2ku Ya Allah...sesungguhnya aku sentiasa menzalimi diri aku sendiri...

info lanjut rujuk sini

Tuesday, July 12, 2011

kampung.durian.sungai.

9 Julai lepas aku balik kampung.suma adik-adik berkumpul untuk makan durian.mak abah gembira tengok anak cucu sumanya ada.aku pun gembira sangat rasanya.hilang sekejap semua lelah dan tekanan yg membebankan...

mari lihat gambar (:





anak sedara nomot 1 dan 2

abahku tengah kait rambutan (:

mak,adik dan anak2 sedara mandi sungai :D

Tuesday, July 5, 2011

bicara hati.sendiri.

wahai awan dan langit
lihatlah aku
tersenyum disini
damainya birumu
sucinya putihmu

wahai angin
sapalah diriku
aku bahagia
sentuhan bayumu

wahai burung
aku cemburu
dgn sayapmu
bebas terbang semahu hatimu

wahai alam dakaplah aku
ku mahu terus disini
sendiri
merawat hati...

Monday, July 4, 2011

antara dendam dan sabar

macam mana cara kita nak berhadapan dengan org yg suka sakitkan hati kita?

"kau balas balik apa yg org tu buat kt kau..." kawan aku

"then kalo respon dia lagi teruk? cam mana?" aku bertanya

"kalo aku, aku slow down dulu...pastu bila ada masa yg seswai, aku balas balik..." jawab kawan aku sambil diikuti anggukan dan senyuman sinis kawan yg sorg lagi.

aku just diam dan berfikir..

kalo cam tu sampai bila pun tak kan selesai...

tapi...hati kita leh senang ke kalau kita mengalah?

hmmm...

Thursday, June 30, 2011

pergilah kau jauhi aku

kenapa bisikan hati begitu kuat pengaruhnya dari logik akal?

kenapa mesti nak ikutkan sangat hati dan perasaan padahal akal dah bagi sebab dan alasan yang mampu buat kau tersenyum dan terima semuanya seadanya.

tapi aku ni manusia biasa.aku tak boleh nak berlakon aku gembira dgn apa yg berlaku dalam hidup aku sekarang.sebb sedih, hiba, pilu tu dah ujud secara azali dalam diri makhluk bergelar manusia...

apatah lagi pd seorang perempuan seperti aku.

aku mahu menangis...aku nak baring atas katil.nak peluk bantal.nak nangis puas2.

pergilah semua kesedihan yg membebankan...jauhi aku dan jgn kau rantai hati dan perasaan aku lagi...

Wednesday, June 29, 2011

petang yg cerah?

petang tadi dalam LRT balik dari kerja aku dapat duduk.dapat duduk dlm tren diwaktu puncak adalah satu nikmat yg tak terkata.heh..

sedang melayan fikiran dan ala-ala mengantuk tetiba mata aku terpaku pada sesuatu.mata aku yg ala-ala berat tadi tu, terus jadi cerah...secerah-cerahnya...

aku terpandang seorang perempuan.berdiri membelakangkan aku.rambut panjang cecah ke pinggang.hitam dan lebat.dan yg buat mata aku cerah tiba-tiba tu sebab pakaian yg dia pakai.pakaian dia...owh...aku rasa baik dia tak payah pakai baju langsung.baju kain lace hitam tanpa lengan dan ketat.menampakkan setiap inci kulit belakang dia dan juga seluruh bahagian belakang bra dia yg berwarna ungu.

haih...

org skrg ni macam2 pesen berani yg dorg nak tunjuk kt org lain.tak takut ke kena raba ke, kena cabul ngn rogol?

*kang tak pasal2 yg tutup litup pun menjadi mangsa...Ya Allah lindungilah hambaMu yg maha lemah dan hina ini Ya Allah...

Tuesday, June 28, 2011

entry tiba-tiba :P

hidup kat atas dunia ni kena sentiasa waspada.setiap detik dan masa.dalam setiap apa yang kita lakukan.jangan mudah percaya pada orang.jangan mudah percaya cakap orang.orang sentiasa akan ambik peluang untuk gunakan kita demi kepentingan dorang sendiri.

kena ada sikap pentingkan diri sendiri utk survive.

ciri2 wanita idaman seorang kenalan lelaki (tiba-tiba..heee)
beriman, bertaqwa, cantik, pandai jaga diri, pandai masak, pandai amik hati dan manja..

err..aku ade ke smua ciri2 tu? uhuks...

Tuesday, May 24, 2011

seram? takut? hantu?

nape kita takut ngan hantu? adakah sebab...

1. ruper hantu yg hodoh/menakutkan dgn hilaian suara yg mengilai2?

atau...

2. perasaan seram yg otomatik akan dtg dan otomatik akan buat kita rasa takut...tapi kalo kita lawan perasaan tu, agak2 berjaya ke menghilangkan rasa takut kita?

sebenarnya aku nak citer psl malam tadi. mlm td aku terjumpe satu blog yg ada kisah2 seram psl hantu. layan punya layan, sedar2 dah dekat pukul 12mlm.

aku pun gosok gigi, matikan lampu dan terus baring atas katil.

antara mamai tak mamai nak telelap tu aku tetibe tedengar cam ada bisikan kat tepi telinga kanan aku ni. aku buka mata. dalam gelap yg hanya berbekalkan samar2 cahaya dari luar bilik...aku nampak...aku nampak almari je yg berdiri megah kt tepi katil aku...

haih...aku pejam mata balik...

dan dalam ala2 nak telelap kali kedua tu, aku dgr lg bisikan yg sama. aku buke mata lagi...seram mula terasa melanda seluruh badan. aku cepat2 tarik selimut sambil baca surah yg aku ingat. aku tarik selimut sampai kepala...yg penting tutup telinga aku ni dari dgr lg bisikan yg sama.

dan tiba2...aku teringat kisah2 seram/hantu yg aku baru baca sebentar td. dan macam baru lps tgk citer hantu kt tv/movie, aku terbayang2 hantu2 yg disebut dlm blog tu...perempuan tua rambut serabai dgn mata merah dalam kolah bilik air...cik ponti ganggu student kt kolej...huhu...betambah2 seram pulak aku rasa.ketakutan mula menguasai seluruh badan...


dan aku pn tak tahu pukul brape aku ttido,sedar2 dah pukul 6.30pagi...hehe..lena gak aku tido mlm tadi walaupun ada pengalaman sedikit seram diawal proses nak tido.aku pun tak pasti akan bisikan yg aku dgr tu btul ke ataupun mainan perasaan.tapi aku mmg takut giler mlm td.

so malam ni aku nak tido awal.tak mau diganggu lg cam mlm tadi..jom tido~

Tuesday, May 17, 2011

Les Choristes - Trailer

bes gak layan crita ni (:

Wednesday, May 11, 2011

malam keliwon...hee...

masuk blog ni tebaca kesah hantu.pastu tingat satu kesah pasal LRT Putra.ada bahagian laluan bwh tanahnya, betul2 dibawah tanah perkuburan kt Jalan Ampang.

kesahnya, ada lah seorang ibu dan anaknya yg masih kecik naik LRT tu diwaktu malam.kebetulan masa tu cuma dorang dua beranak je dlm tren tu.tetiba masa kt laluan bawah tanah tu, si anak bertanya pd si ibu...

"mak,mak...nape dorang tu sume pakai tudung ikat kat atas kepala?"

padahal masa tu cuma dorang berdua je kt dlm gerabak tu...



apa reaksi korang kalo korang adalah mak budak tu?...huhu...

Tuesday, May 10, 2011

terima kasih mak

masa hari ibu lepas, aku telefon mak.dan macam biasa bila ucap hari Ibu kat mak, hati mula terusik.suara jadi sebak.air mata mula jatuh.suara mak pun jadi sebak.aku ucap terima kasih kt mak, lahirkan aku, besarkan aku.aku mintak maaf atas segala salah silap aku pd mak...tak sempat nak ckp byk mak pun nangis sama.

terima kasih mak atas segala-galanya.pengorbanan mak hanya Allah jua yg membalasnya.

terima kasih mak atas doa dan restu mak.tanpa doa dan restu mak, tak tau lah kt mana anak mak ni sekarang...

Selamat Hari Ibu buat mak dan semua ibu2 seluruh dunia :)

Monday, May 9, 2011

layan...

sejak akhir2 ni aku dok syok layan lagu2 band Roxette.masa blajar dulu penah beli kaset depa, dan bila dgr lagu2 depa wat aku tekenang blk memori pahit manis dizaman aku muda remaja dulu.

antara lagu yg buat aku tesenyum sorang2 dan hati mula berbunga2 bila aku dgr - Vulnerable...

layan...


Sunday, May 8, 2011

Way Back Into Love



tak tau nape tetibe ada ramai followers heee...

terima kasih dan salam perkenalan semua :D

miss you so much

Tuesday, May 3, 2011

sendiri adalah lebih baik ?

dia, dia dan dia datang dan pergi tinggalkan aku sendiri

kadang-kadang dia, dia dan dia buat aku tersenyum sendirian.

kadang-kadang juga buat hati aku rasa begitu hiba, sayu, sayup dipuncak yang paling tinggi. melayang.

mungkin aku akan terus begini. membawa diri dan hati sendiri. selamanya...

Tuhan...berikanlah aku kekuatan. kecekalan. semoga aku terus kuat dan tabah.

*aku dan hidupku yang entah sampai bila perjalanannya...

Tuesday, January 11, 2011

tolong aku bantu aku

kalaulah...kita tau pilihan dan keputusan yg kita buat adalah yg terbaik utk kita, hidup pasti tak ada derita dan air mata.

kalaulah kita tau dari awal pengakhir cerita dan akibat atas apa yg kita lakukan, pasti kita tak tau apa itu penyesalan.

hidup umpama perjudian. yg pasti kita harus redha dgn apa jua takdir yg telah ditetapkan dlm hidup kita.

dah puas aku pujuk hati dan perasaan...tolonglah air mata...tolong jgn kau tumpah lagi.

Monday, January 10, 2011

aku rindu

Dia berdiri disitu tanpa berganjak seinci pun. Kaku. Hanya rambutnya terbuai-buai ditolak angin lembut yang menghembus dingin. Pandangannya jauh menerawang. Terbang ke puncak-puncak bukit bukau yang tersergam dihadapannya.

tetiba rasa cam nak tulis novel yang bertajuk Cinta dot dot dot...

baru mukadimah yg seciput kat ataih tu pun aku da rasa bosan...haihhh...

pi hiking lagi baguih...rindunya nak masuk utan...uwaaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...