Wednesday, July 27, 2011

aku dah penat dan lelah

tenang dan bahagia yg bertandang tak lama diamnya didalam hidup aku ini...

tanpa kemahuan aku, keindahan itu semakin menjauh dan menjauh...

tak tergapai rasanya lagi.tak terdaya untuk aku pertahankan lagi...

aku dah penat sebenarnya.aku dah lelah.

tolong...tolonglah tukarkan hati aku ini menjadi batu.supaya tak terusik lagi hati aku.tak terluka lagi perasaan aku dan tak jatuh lagi air mata aku ini...

aku dah penat sebenarnya........aku dah lelah.......

Monday, July 25, 2011

aku dan keretapi dan ...

saya akan pulang ke kampung jumaat nanti.naik keretapi :D

senandung langkawi pukul 9.20mlm

penah sekali tu balik malam.saya beli tiket untuk katil sebab nak tido selesa la sikit.dapat luruskan badan dan kaki.dan saya lebih suka katil bahagian atas sebab saya seorang perempuan yang suka bersusah payah memanjat dan terkial2 seorang diri nak naik atas katil yg muat2 utk seorang yg kecik comel mcm saya...haha

pastu nak dijadikan cerita, setentang dengan saya, adlah seorang penumpang lelaki.tapi berjalan melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya yg perang separas tengkuk disisi kedua cuping telinganya.

saya tak kisah la kan. biarlah dia.sape pun dia.

bila keretapi mula bergerak jam dah menunjuk hampir 12malam.dan keretapi terus meluncur laju.

dan dalam bunyi-bunyian gerabak keretapi yg meluncur deras membelah malam, saya dengar bunyi dengkuran.kuat sekali.macam kat sebelah telinga saya saja rasanya.

dan keretapi tiba2 perlahan dan perlahan dan terus berhenti disebuah stesen.

tiada lagi bunyi yg datang dari gerabak yg sedang bergerak.yang tinggal hanya bunyi dengkuran.yg tersangatla kuatnya...

dan dengkuran itu datangnya dari penumpang lelaki yg tido setentang dengan katil saya.yang jalannya melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya ditepi kedua cuping telinganya...

haih...

time tidur je baru terserlah 'kejantanan' beliau...huhu

Saturday, July 23, 2011

:(

...

Ya Allah...aku terlalu lalai dan banyak berdosa didalam sedarku

...

Sunday, July 17, 2011

asas hikmah adalah takutkan Allah

Ya Allah...aku berlindung dengan kemaafanMu daripada siksaanMu

Ya Allah...aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kehinaanMu

Ya Allah...aku berlindung denganMu daripada kejahatan yg datang daripadaMu

Ya Allah...sesungguhnya aku teramat memujiMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri...

...hidup diatas dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yg kekal selamanya...marilah kita impikan syurga sebagai tempat kita diakhirat nnt...insyaAllah...

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya'ban

Malam esok (16.07.11) selepas Maghrib adalah malam Nisfu Sya'ban (Sabtu malam Ahad)

malam buku amalan kita ditahun ini, dibawa naik ke langit.dan buku baru amalan kita akan dibuka.

malam dimana kita dianjurkan untuk bertaubat atas dosa2 kita.memohon keampunan Allah kerana malam nisfu sya'ban adalah salah satu dari empat malam Allah akan makbulkan doa2 kita dan ampunkan dosa2 kita.InsyaAllah...

kawan aku cakap, malam tu lah Allah akan tentukan bila ajal kita, jodoh kita dan rezeki kita...

Ya Allah...ampunilah segala dosa2ku Ya Allah...sesungguhnya aku sentiasa menzalimi diri aku sendiri...

info lanjut rujuk sini

Tuesday, July 12, 2011

kampung.durian.sungai.

9 Julai lepas aku balik kampung.suma adik-adik berkumpul untuk makan durian.mak abah gembira tengok anak cucu sumanya ada.aku pun gembira sangat rasanya.hilang sekejap semua lelah dan tekanan yg membebankan...

mari lihat gambar (:





anak sedara nomot 1 dan 2

abahku tengah kait rambutan (:

mak,adik dan anak2 sedara mandi sungai :D

Tuesday, July 5, 2011

bicara hati.sendiri.

wahai awan dan langit
lihatlah aku
tersenyum disini
damainya birumu
sucinya putihmu

wahai angin
sapalah diriku
aku bahagia
sentuhan bayumu

wahai burung
aku cemburu
dgn sayapmu
bebas terbang semahu hatimu

wahai alam dakaplah aku
ku mahu terus disini
sendiri
merawat hati...

Monday, July 4, 2011

antara dendam dan sabar

macam mana cara kita nak berhadapan dengan org yg suka sakitkan hati kita?

"kau balas balik apa yg org tu buat kt kau..." kawan aku

"then kalo respon dia lagi teruk? cam mana?" aku bertanya

"kalo aku, aku slow down dulu...pastu bila ada masa yg seswai, aku balas balik..." jawab kawan aku sambil diikuti anggukan dan senyuman sinis kawan yg sorg lagi.

aku just diam dan berfikir..

kalo cam tu sampai bila pun tak kan selesai...

tapi...hati kita leh senang ke kalau kita mengalah?

hmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...