Saturday, September 24, 2011

mak dan abah cahaya hidupku

raya tahun ini saya balik kampung dihari terakhir Ramadhan.selepas 5jam memandu meredah lebuhraya dgn izin Allah saya selamat sampai.disambut senyuman tak putus2 yg menghiasi wajah kedua mak dan abah.

apa yang pasti, indahnya hidup dgn adanya kedua ibu dan bapa.saya amat bersyukur dgn kurniaan Allah.

kdg2 tak mampu nak membayangkn utk menghadapi hari kehilangan.hilang diambil oleh si peminjam.tak ada apa ertinya lagi untuk pulang ke kampung.tak ada lagi wajah2 gembira yg menyambut kepulangan.tak ada lagi tangan utk disalam dan dicium.tak ada lagi pelukan kasih sayang dari insan yg mulia dlm hidup seorang anak.tak ada lagi ucapan kasih dan sayang.tak ada lagi kata2 nasihat.tak ada lagi masakan yg tiada bandingan sedapnya didunia...

Ya Allah...panjangkan usia kedua ibu bapaku.berikanlah kesihatan yg baik pd kedua ibu bapaku.ampunkan dosa2 kedua mereka.jauhkan mereka dari seksaanMu.masukanlah mereka kedalam syurgaMu Ya Allah...

Wednesday, September 21, 2011

hati aku rapuh


kadang-kadang kegembiraan yg kita harap-harapkan tanpa diduga bertukar jadi sedih yg amat dalam kesannya dihati.

dan segala-galanya mula terasa hambar.hati jadi tawar.tak nak fikirkan apa-apa lagi tentang hal orang lain.apa yg nak jadi biarlah saja terjadi...

biar aku layan perasaan dan hati sedih aku.jangan pedulikan aku.jangan cuba nak memujuk hati aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...