Sunday, October 30, 2011

jiwa saya

semalam sabtu 29.10.11 saya ke bukit nenas melihat ini



dan saya gembira dapat melihat ini


dan ini...

saya amat mencintai kesenian yg halus pada rekaan rumah tradisional melayu...dan hati saya amat dekat pada kehijauan pokok...terima kasih Tuhan :)

Thursday, October 27, 2011

kosong

aku akan isi hujung minggu ini sendirian.membawa diri tanpa tujuan dan haluan.mungkin menonton wayang.mungkin itu dan ini.

yang pasti aku mahu sendiri.

*kadang2 aku rasa pelik berjalan sendirian.ke hanya perasaan aku saja...abaikan saja seorang perempuan yg berjalan sendirian tanpa haluan dan tujuan (:

Sunday, October 23, 2011

saya rindu mak saya

mak..kak long rindu sangat kat mak...

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.
- Surah Luqman ayat 14.

Thursday, October 20, 2011

semua milik kita hanyalah pinjaman semata


bila kita hidup dalam kesenangan, kita mengeluh bila datangnya payah.

bila kita berkerjaya, kita mahu naik lebih tinggi dan terus tinggi.

kita hanya mahu lebih senang dan senang.mahu semuanya serba mudah dan terus mudah.

kita lupa kesenangan yg sedang kita kecapi mampu hilang dalam sekelip mata.tanpa sebarang amaran dan tanda.

dan mungkin masa tu barulah kita sedar, betapa bertuahnya kita selama ini.hidup dalam kesenangan...

dan barulah kita sedar akan kesilapan,menganggap bahwa segala yg dimiliki,akan selamanya berkekalan...

Monday, October 17, 2011

e g o


setiap manusia ada perasaan ego dlm diri masing2.apa itu ego?

setiap orang ada tafsiran tersendiri.ada yg cakap ego perlu demi maruah diri.

ada yg cakap ego menjurus kita kepada rasa bongkak dan tidak mudah memohon maaf atas kesalahan sendiri.

bagi aku, sifat ego lebih kepada merugikan diri sendiri.merasa diri terlalu bagus drpd yg lain2.sukar utk mengaku salah sendiri.menuding jari kepada org lain atas masalah yg timbul drpd mengakui kesilapan.lama kelamaan ego itu membunuh diri sendiri.

biarlah kita hidup dgn penuh rasa rendah hati dan diri.semua manusia punya hak utk hidup dgn rasa tenang.dunia bukan untuk manusia2 yg bongkak.bukan utk manusia2 yg ego.

Sunday, October 9, 2011

rahmat Allah

indahnya hari ini.matahari terang benderang.melimpah ruah cahayanya.diatas sana langit tinggi bersih membiru.ditemani awan putih mendamaikan.angin bertiup lembut menyapa alam.dahan2 pohon meliuk lintuk.berdesir dedaun menyanyikan lagu alam.

amat2 menenangkan.amat2 mendamaikan.

izinkan aku terus ditemani ketenangan yg mendamaikan ini...

izinkan aku untuk terus tersenyum.sendiri.disini.

Friday, October 7, 2011

tenang temanilah aku lebih lama.please...

saya merasa sangat bahagia sekarang.perjalanan hidup saya agak teratur.kerja2 pejabat yg menuntut komitmen utk disiapkan sebelum 'deadline' semuanya telah saya selesaikan.semuanya berjalan dengan baik tanpa masalah yg membebankan mental dan perasaan.

dalam masa yg sama saya sedang dalam proses 'hand-over' kerja saya dibawah region lain pada seorang rakan kerja baru.Alhamdulillah, dia senang dengan cara saya mengajar.dia dgn senang ati bagitau saya yg dia tak merasa tertekan sepanjang dlm proses 'pembelajaran' tu.saya pun merasa senang ati mendengar pengakuannya :)

saya akan pulang ke kampung minggu depan.tapi saya bercadang utk pulang dgn bas ekspres.instead of driving.rindunya pada mak.tak terucap lagi rasanya.tak sabar!

dan saya ada rancangan untuk isi masa dgn mak dan abah nanti...harap2 kami akan gembira bersama nanti :)

rancangan untuk esok?

esok saya akan bersama kawan2.jln2 kat KL.tapi saya berangan2 nak keluar dari KL

hmmm...

rindunya pada kehijauan hutan rimba...


eh pesal lak gambo rimo nih?...hehe...ensemnyer dier :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...