Sunday, January 29, 2012

maafkan daku

maafkan daku...apa yang kau cari tidak ada padaku...

mungkin kau boleh cuba mencari ditempat lain disana

aku doakan kau berjaya dan bahagia hendaknya :)

Thursday, January 26, 2012

persahabatan

saya terima award dari seorang blogger.

terharu rasanya bila blog saya tersenarai dlm entri diblognya.

sila klik sini

dan saya pilih award ini sebagai tanda persahabatan...terima kasih ya!

Wednesday, January 25, 2012

anak sedara

anak sedara saya yang pertama baru masuk darjah satu tahun ni.seorang budak perempuan yang sangat aktif.aktif bercakap terutamanya.sampai selalu kena mintak tolong..

"ayang, nak mintak tolong..."

"tolong apa?"tanya dia yang menyebut dirinya 'ayang'

"tolong diam" hehe

dan sebelum memulakan persekolahan awal bulan Jan yg lalu, dia dan rakan2 sebaya kena jalani ujian saringan untuk penentuan kelas.

balik dari ujian, umminya bertanya perihal ujian tersebut.semuanya dapat dijawab dengan mudah katanya.tapi ada satu benda tu payah sikit dia nak jawab.amik masa kena fikir.tapi dia dapat juga menjawabnya.

umminya bertanya ape bendanya.tapi dia lupa.

"benda tu bulu2 kaler koko" jawab ayang

jenuhla si ibu dok memikir.dan ayang mula meradang sebab si ibu tak dapat nak menjawab.

"ummi selalu guna buat masak" tambah ayang lagi

lantas si ibu pun meneka bawang.tapi salah.dan ayang pun mula melukis dan letak kaler koko dan dok ulang2 cakap benda tu bulu2 macam ni..dan masih meradang bila umminya gagal nak menjawab.

"cuba ummi pikiaq guna otak benda apa" ayang mula hilang sabar.budak2 tengah meradang

"mana ummi tau, ummi tak tengok benda tu" jawab umminya

dan ayang terus meradang

dan akhirnya, pd sebelah malamnya umminya dapat mengagak..

"ayang, ummi dah tau, halia..."

"haaa..betoi pun" jawab ayang puas hati.

lor...halia ke...eh halia ada bulu ke? huhu...

Friday, January 20, 2012

lelaki pelindung perempuan

lelaki punya kelebihan daripada perempuan.lelaki berani sifatnya.kuat fizikalnya.

sedari kanak2 lagi lelaki boleh bebas kesana kemari.tapi kanak2 perempuan terhad pergerakannya.

seperti saya yang beranjak dewasa menjadi seorang wanita, saya sentiasa berasa tidak selamat bila berjalan seorang diri waima hanya untuk pergi dan pulang dari kerja.

saya rasa selamat kalau ada seorang lelaki disisi.

setinggi mana pun pelajaran, sehebat mana pun pekerjaan, wanita tetap memerlukan lelaki sebagai pelindung dirinya yang lemah...

hmm...siapa pula pelindung diri saya?

Monday, January 16, 2012

buah hati pengarang jantung saya

kekasih hati saya adalah sebuah kereta...hehe

kereta yang menemani saya dikala suka dan duka.pernah menangis didalamnya.hati ketika itu teramat sayu.tiada tempat untuk saya mengadu.

minggu lepas saya perbaharui cukai jalan dan insurans kereta saya. yang amat mengembirakan saya bila saya bebas dari belenggu saman...yay!

tahun lepas saya terpaksa jelaskan 3 saman yang jumlahnya boleh saya miliki sebuah beg tangan Gucci kat Sogo, sakitnya hati Tuhan saja yang tahu.huhuuu...

apa pun, terima kasih buah hati pengarang jantung saya.yang sudi menemani saya kesana kemari dan membawa saya dengan selamat kemana saja saya pergi selama ini...mmmuuuaaahhhs :)




pic cilok sini

Sunday, January 8, 2012

gracias ;)

agak lama juga saya tak update blog saya ni. laptop saya diserang virus.jadinya kena format balik.lagipun cuti krismas lepas saya balik kampung. hari ni baru berpeluang nak jenguk blog.

terima kasih pada yang sudi bertandang ke blog saya dan baca entri yg ape2 ntah kat blog saya ni (eceh..cam artis la pulak..haha)

salam kenal semua dan terima kasih daun keladi..ada masa singgah la lagi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...