Saturday, February 11, 2012

saya dan emosi saya

emosi sering berubah ikut 'mood'

pagi ni emosi saya agak terganggu. gangguan hormon perempuan adalah penyebab yg amat jelas.

saya memandu dengan hati berkecamuk. dan mulut turut sama mahu ikut serta. sebuah kereta didepan saya, perlahan seperti senang enak makan angin pagi. pemandunya senggang sekali. tangan kanan menekup telinganya dgn telefon. hati saya membengkak.

sakitnya hati!

jln bertentangan yg lengang, memberi respon pantas utk tangan kiri saya menukar gear rendah. saya tekan pedal minyak. saya pintas kereta yg pemandunya sedang asyik gembira ditalian.

terus saja saya pintas dan 'pancung' dia serapat mungkin sambil menekan hon. saya sempat beri dia isyarat jari sebaik saya seiring disebelahnya. dengan muka yang bengis saya pandang tepat kematanya. mulut saya dengan lancar memaki hamunnya. sekuat hati saya menjerit dari dalam kereta saya.

saya lepaskan semua emosi yang berkecamuk dari dalam diri saya kepadanya.

lega.

saya tersenyum puas. saya jeling cermin pandang belakang. kereta dia melelong ke kiri dan kanan. tekejut beruk agaknya. ntah2 dah tecampak keluar telefon bimbitnya tadi..haha..saya ketawa terbahak2 dalam kereta.

haih...tak kan la saya nak buat macam tu kan...saya seorang pemandu wanita yang tinggi nilai sopan santun dan tinggi budi bahasa juga tahap kesabarannya.

*entry ntah hape2 ntah dipagi sabtu. haih...


pic cilok sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...