Thursday, March 22, 2012

entri tentang WK

hari ini WK dedahkan siapa dia sebenarnya. tentang ibu dan bapanya. tentang keluarganya.

dia minta saya tidak ceritakan hal tersebut pada sesiapa. saya hormat permintaannya.

WK rakan sekerja yg baru setahun bersama 'team' saya. seorang budak yg baik, pendiam dan lembut raut wajahnya juga percakapannya.

saya mula mesra dengannya bila saya tegur dia di instant messaging lotus notes. dan disebalik diam dan lembut sikapnya, dia seorang yang bijak, kelakar, rajin, tekun dan punya cita2 besar.

bagi rakan2 sekerja yg lain, dia cuma seorang yg biasa2. tak ada apa yg istimewa. tapi bagi saya yg rapat dgnnya melalui chatting kami di IM, saya rasa dia punya kelainan tersendiri.

satu hari, dia pengsan didalam tren waktu pulang dari kerja. orang pertama dia hubungi ialah saya. cemas hati saya dibuatnya. saya dah pun sampai dirumah waktu itu...tapi syukur ada insan yg bantu dia.

bila dia tertekan dgn sikap rakan sekerja yg lain dan bos kami yang 'bias' itu, pada sayalah dia mengadu...dan saya tanpa jemu cuba ujudkan unsur2 positif dlm dirinya. dan dia sentiasa hargai sokongan saya.

WK berbangsa Cina. ibunya pernah buatkan saya sebalang kuih tat nenas sempena Chinese New Year yg lepas. istimewa untuk saya. WK cakap dia selalu cerita pasal saya pada ibunya.

WK cakap saya seorang senior yang baik padanya... :)

dan pada krismas yang lepas, WK beri hadiah untuk saya. walaupun hati saya berat, tapi saya terima dgn senang hati...

kesian WK, selalu dipandang rendah oleh bos kami. dan WK sentiasa berusaha untuk buktikan dia seorang yg mampu lakukan apa jua tugas dgn tekun dan terbaik.

dan hari ini WK ceritakan kenyataan yg sebenar tentang dia dan keluarganya...

jauh disudut hati, saya rasa bertuah menjadi salah seorang kawan baik WK yang hanya boleh dibilang dengan jari saja kata WK :)

entry berkaitan WK sebelum ini

Sunday, March 18, 2012

mahu berlari ke hujung paling jauh

sejak akhir2 ini saya agak sibuk. sibuk dengan urusan yang penting dalam hidup.

dan urusan itu kadang2 buat saya serabut. serabut dengan kekangan masa, serabut dengan hal yang melibatkan orang lain, serabut dgn prosedur2 yg buat saya resah.

saya perlukan sokongan...

saya juga sedang serabut dengan hal kerja. selama ini saya berasa amat selesa dgn kerja saya, tapi satu hari itu, keselesaan itu terganggu...

satu demi satu

dan saya bertambah serabut...

...kenapa saya lahir kedunia ini?...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...