Friday, July 25, 2008

saja-saja...tak dak reja


*makcik sapa la dok begambaq ngn basikal ni? (T-bolt keluaran Proton tu weiii...)


*sapa2 ada kehilangan makcik? haha...

credit to akusape

Wednesday, July 23, 2008

cak!

huh. dah lama tak masuk blog sendiri ni, dok baca blog org ja.

aku lak bz sejak dua menjak ni. bz ngn keje, bz dok baca blog2 yg ada cerita pasal politik semasa yg dok melanda negara aku yg tercinta ni.

kdg2 rasa cm malas nk amik tau psl politik ni. nak amik sikap wait n see. nk tgk sejauh mana sandiwara politik nk pergi. tapi, aku sakit ati dan mata bila hari2 dlm berita tv, paper sume citer pasal politik. wat malu kt org luar je bila tau apa yg dok melanda negara aku yg tercinta skrg ni. lps satu, satu drama yg keluar. lepas satu, satu cerita yg keluar. semua pasal dorang. pasal org politik.

apa rakyat malaysia skrg ni semuanya sedang berlapang dada dan kepala menjalani kehidupan seharian? tak de masalah langsung pasal nak teruskan hidup, nak sara keluarga dan anak bini makan? negara tak dilanda mcm2 kes jenayah berat cam culik, rogol, bunuh? tak de langsung pendatang haram cam indon, nepal, bangla, negro dan ntah apa2 bangsa semuanya dr negara dunia ketiga. anak2 melayu bebas dr mcm2 masalah sosial?

owh, sebut psl negro ni, aku nk cerita psl aku ditegur dan diekori oleh mamat negro kt Jusco. aku masa tu dok belek2 suar jeans. kunun nak beli la. pastu adala mamat negro sorg ni tegur aku "eskius me? i am looking for S size" memula tu aku buat bodoh je la sbb aku dok bz cari saiz jeans yg aku nak. pastu dia ulang lagi dialog yg sama. barula aku tau dia tanya aku. aku ckpla "sori, I am not a salesgirl" sambil aku pandang kt 2,3 org salesgirl dok melepak tak jauh dari aku. then, sorg salesgal india dtg. aku terus blah. sbb aku rasa tak sedap ati. aku yg dressing lawa2 ni dia buleh pikir aku ni salesgal. buduh.

yg menguatkan rs tak sedap ati aku bila aku perasan every corner yg aku pergi kt lady dept tu, mesti aku akan teserempak ngn dia. aku dok belek2 blouse pun dia ada dekat ngn aku. hati aku mula berdebar2. sah! hampeh ni mmg dok folo aku. aku cuba nak larikan diri dari dia. pastu aku dgr dia ckp "hello, eskius me..." masa tu aku tak jauh dr dia.

owh, aku mula rasa cm nak pitam. aku cepat2 turun bwh naik escalator. aku tak berani nak pndg blkg. masa tu rasa cam nak selit je dok tepi mana2 jejaka yg ada kt situ. utk rs selamat. haha...

sampai je bwh aku nampak kaunter jual kepok lekor. apalagas, aku pun singgah le nak beli. sebaik aku nk blah nak pi bayaq, mamat negro tu dah ada kt blkg aku! aku tak berani langsung nak pndg muka dia. dia tegur lagi "hello, eskius me"

ya allah, kecut perut aku ni dibuatnya. aku cepat2 masuk dlm kedai bakery utk wat byrn. aku sempat baca doa yg mak suruh aku baca utk keselamatan diri. terkumat kamit mulut aku dok baca doa.

alhamdulillah, bila aku toleh tgk keliling, negro tu dah tak de. ikhtiar terakhir aku, kalo dia folo gak aku, akan ku jerit panggey sekuriti.(eceh, jerit kunun...haha)

pastu aku terus kuar dari Jusco. aku terus balik. dan aku masih baca doa yg sama.

pesanan dari aku:
- jgn mudah terpedaya ngn org luar yg tidak kita kenali.
- bacalah doa utk keselamatan diri. insyaAllah, kita akan dilindungiNya

Wednesday, July 16, 2008

Allah bersama org yg teraniaya

aku dpt sms psl DSAI kena tangkap oleh UTK dn dibawa ke IPK, KL

masuk blog DSAI dan berita kt bwh ni terpapar. hati aku terusik, aku sedih. apala nak jadi ngn negara aku yg tercinta ni. sultan, bdn perundangan, hakim, polis seolah tak ada kuasa. semuanya 'mereka' nk pegang. 'mereka' yg dah buta hati sbb gila kuasa. hati mereka dah mati.

dlm hati aku doakan DSAI dan keluarga dilindungi Allah.

Siaran Media
16 July 2008

ANWAR TELAH DITAHAN

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditahan oleh polis kira-kira jam 1.00 tengahari sebentar tadi.

Beliau pulang ke rumah selepas disoalsiasat oleh Badan Pencegah Rasuah pagi ini sebelum bertolak ke IPK. Beliau ditahan dan dibawa dengan kereta polis semasa dalam perjalanan ke IPK KL.

Penyokong diminta berkumpul secara tenang di IPK KL untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita lanjut sila layari www.suarakeadilan.com.

baik pemimpin, baiklah rakyat

debate mlm td wpun sejam tp cukup utk bukak mata rakyat. buka mata ttg drama dan politik jahat BN yg suka memutarbelit cerita. cuba nak lari dari topik yg dibincangkan. hentam peribadi pihak lawan. ikhtiar terakhir yg memualkan setelah gagal nak bela dan tutup kepincangan diri sendiri. amat memalukan!

bukak cerita tahun 70an - 80an lepas. masih nak pandang kebelakang instead pandang kedepan atau realiti semasa. realiti semasa yg rakyat kelas pertengahan dan bawahan sedang hadapi skrg ni. Shabery Cheek. Pak Lah, Najib & semua ahli parlimen BN mmg tak layak nak debate psl ekonomi ngn DSAI. yg layak cuma Tun Mahathir saja.

Setinggi tahniah buat DSAI & saya merasa amat bangga dgn tuan.

baik pemimpin, baiklah rakyat

Tuesday, July 15, 2008

protes turun

sekitar perhimpunan protes 6 july lepas. ats permintaan enchek may.

arrr bz...tak sempat nak save lg award enchek may bg. bz, bz...

jgn lupa mlm ni tgk debat antara DSAI n Shabery Cheek...panas2.





Thursday, July 10, 2008

oh negaraku yg tercinta

Aku ada join perhimpunan Protes ari Ahad 6 Julai lepas. Aku tak de la plan nk gi sana. Kebetulan aku ke TTDI ats urusan peribadi, then aku melencong kesana, ke Stadium Petaling Jaya. Ramai gak la yg hadir. Perhimpunan Protes ni bkn perhimpunan politik. Ni perhimpunan rakyat. Rakyat yg protes ats kenaikan rega minyak yg mendadak. Rakyat nak buka mata pemegang kuasa pemerintah yg rakyat ada hak utk bersuara. Rakyat tak puas ati dgn cara pemerintah mengawal ekonomi negara. Negara yg kaya. Bkn negara yg setaraf ngn negara Somalia sana. Bukan setaraf ngn negara Thailand. Mmg minyak kat negara depa murah secara relatifnya tp brg keperluan kat negara depa tak semahal kt negara kita. Depa tak dak minyak, getah, kelapa sawit.

Kenapalah BN ni B***H sgt? Dorg tak sedar ke dorang hidup mewah skrg ni atas kuasa yg rakyat bagi? Tak sedaq diri. Pastu tindas lagi rakyat. Rakyat kerja siang malam membanting tulang dan tenaga utk isi perut dan teruskan hidup. tp tertindas dgn kenaikan mcm2 harga brgn. Bukan kata harga brg keperluan, upah babysitter pun dah naik. Ni keluhan member seofis aku sendiri.

Ape nak jadila ngn negara tercinta aku ni. Pada generasi yg bakal dtg nnt.

Aku pun skrg dah jadi tawar ati ngn kerenah politik negara ni. Masa PRU12 dulu, aku sanggup blk kmpung mengundi. Mengundi utk parti yg dulu aku pandang rendah dan dingin. Sampai mak aku pun cam emosional dan hangin bila Kedah ngn Pulau Pinang jatuh kat pembangkang ms tu. Ingat lagi keesokan paginya lepas PRU12, tengah nak mengadap nasi lemak, mak sound “apa pun jadi, mak tetap akan sokong **. Biaqla apa nak jadi pun. Padan muka org melayu, Pulau Pinang dah dpt kat cha ya nun alif! Esok2 ni kita nak pi Penang, kita naik roket laa…”suara mak keras dan begetar.

Panas je telinga aku ni masa tu. Cam ada wap panas yg keluar. Nak je aku bukak mulut. Tp aku sabar. Tak kan la kerana politik aku nk derhaka kt mak kan. Tak pasal2 kang aku jadi peti es. sbb kena sumpah ngan mak. Pagi2 lak tu, depan rezeki. “tak pa la mak, masing2 punya pilihan. Masing2 ada hak” aku jawap dgn sopan sambil tunduk menguis2 nasi lemak. Selera cam terbantut. Abah just senyap je. Abah aku tu cam ala2 pembangkang pun ada, cam ala2 kerajaan pun ada. Abah cool je. Hmmm, sayang abah. Kat mak pun sayang jugak. Hehe

Aku yg selama ni sealiran dgn mak, dah berubah arus. Mak senyap je masa aku dok becerita informasi2 yg aku dah baca dari emel dan internet (blog la, haha). Selamba ja aku becerita kat dpn mak ngn abah sehari sblm PRU12 ari tu. Memula tu mak melayan, tapi las2 mak byk senyap. Air muka mak berubah perlahan2. Mak cam tak leh nak terima apa yg aku ckp. Abah lak, cam biasa, cool aje…

Sekarang ni aku rasa politik mmg takde yg betul 100%. Sebelum pilihanraya mcm2 manifesto yg kuar. Tp manusia tetap manusia. Tak kan sunyi dari kekhilafan. Tak kan pernah merasa cukup dgn nikmat yg Allah beri. Rakyat lah yg menjadi mangsa. Kalo pemerintah berjiwa rakyat, makmurlah negara dan rakyat. Tapi kalo pemerintah cam hampeh, gila kuasa, perompak, tak ada skill nk handle ekonomi utk ringankan beban rakyat dan apa2 lagi yg malas aku nak listkan kt sini, maka meranalah rakyat. Yg pasti semunya akan diadili di akhirat sana nnt. Tungguuuuu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...