Sunday, August 28, 2011

Selamat menyambut Syawal 1432H :)



Selamat menyambut Syawal 1432H pada semua...maaf atas apa jua tesalah kata dan bicara.

berhati-hati dijalanraya dengan harapan semuanya akan selamat sampai kedestinasi masing2 hendaknya..InsyaAllah...

saya akan pulang ke kampung esok selepas selesai urusan kerja dipejabat.mungkin tengahari, petang atau malam...uhuks...

selamat hari raya semua :)

Wednesday, August 24, 2011

balik kampung Syawal 1432H


saya terpaksa kerja pd hari Isnin nanti, sehari sebelum hari raya.

sedihnya hati ni Tuhan saja yg tahu.kawan2 semua dah balik kampung bermula Jumaat ni...tak dapat saya bayangkan keadaan ofis saya Isnin depan.mesti lengang...yg tinggal cuma kawan2 berbangsa Cina dan India ja...

*mak...doakan anak mak ni tabah.doakan anak mak ni boleh balik awal sikit Isnin depan.bukan malam..uwaaa...

Sunday, August 21, 2011

baju raya


semalam ahad 20.08.11 saya ke masjid jamek untuk cari baju raya.

saya belikan abah sehelai baju melayu.abah cakap nak kaler lembut2.saya tanya kaler ungu lembut boleh? abah cakap boleh aje :) (sorilah abah, anak abah ni suka kaler ungu sgt2). saya juga dah belikan butang baju melayu yang berwarna ungu lembut.sangat cantik bila saya pasang di baju melayu abah :)

untuk mak saya belikan sepasang baju kurung yg sangat cantik.dengan hiasan batu2 berkilauan dibahagian depan bajunya.bercorak abstrak campuran kaler merah jambu dan ungu juga :)

dan untuk saya..jeng jeng jeng jeng...saya belikan sepasang baju kurung berbunga2 besar juga berwarna ungu dan sepasang baju kebaya coklat gelap yg sangat cantik.jahitannya sgt kemas dan siapan sulaman kerawangnya sgt indah dimata saya.

saya tak sabar nak tengok reaksi mak dan abah bila dapat hadiah ikhlas daripada saya nanti :)

Sunday, August 14, 2011

Nor


Hari ini 14.08.10 saya join aktiviti meraikan anak-anak yatim anjuran kelab kereta saya dan sebuah lagi kelab kereta.

Alhamdulillah sambutan dari ahli kedua2 buah kelab amat memberangsangkan.

setibanya kami dirumah anak2 yatim yg letaknya di Puchong, kami disambut oleh anak2 comel lelaki dan perempuan lengkap berbaju melayu biru dan bersongkok. dan puteri2nya berbaju kurung biru dan bertudung hitam.

semuanya siap berbaris dengan senyuman ikhlas dan ceria jelas terpancar diwajah masing2.

mereka tak sabar untuk dibawa berjalan2 menaiki kereta kami semua ke lokasi menarik diPutrajaya.

saya pula ditemani seorang adik perempuan 16thn bernama Nor.sudah kematian ayah.anak sulung dgn adik2 seramai 5org yg tinggal bersama ibu.dia sebatang kara dirumah anak yatim itu.tanpa insan bergelar ibu dan adik2.apatah lagi seorang ayah...

tersentuh hati saya bila tgk anak2 kecil berusia 5,6thn yg berlari2 keriangan bersama kawan2.membawa diri sendiri tanpa perhatian kedua ibu dan bapa.hanya kawan2 dan penjaga yg dipanggil ibu dan umi dikeliling hidup mereka.siang dan malam.hari demi hari...

banyak perkara boleh difikirkan dari segi keberuntungan diri saya ini...masih ada kedua ibu dan bapa...dan macam2 lagi...apalah sgt ujian demi ujian yg Allah berikan dlm hidup saya kalau nak dibandingkan nasib anak2 kecil yg tanpa ada ibu dan bapa...

Ya Allah...ampunilah hambaMu yg Maha Lemah dan hina ini Ya Allah...sesungguhnya aku amat bersyukur atas nikmat2mu




Tuesday, August 9, 2011

nikmat


kata Ustaz sebelum jemaah mula mendirikan solat sunat terawih malam tadi, sekecil2 kebaikan yg kita buat atas dunia, akan datang menjadi saksi utk kita diakhirat nanti...

dan, sekecil2 kejahatan yg kita buat juga akan dtg menjadi saksi dihari perhitungan amalan kita diakhirat nanti.

marilah kita banyakkan melakukan kebaikan yg berlipat kali ganda ganjarannya di bulan Ramadhan ini.

Wallahu'alam...

*buah anggur dikatakan buah syurga...lambang nikmat kurniaan Allah utk hamba-hambaNya

Sunday, August 7, 2011

indah


Islam itu indah

Allah jadikan manusia hidup diatas dunia untuk akhirat.Allah berikan kita panduan melalui Al-Quran untuk kita jalani hidup dengan tenteram dan ketenangan.

mengapa wajib solat? mengapa wajib puasa? mengapa perempuan yg baligh wajib tutup aurat? mengapa itu dan ini?

semuanya ada hikmah dan bersebab.tidak ada satu pun tuntutan Allah itu sia-sia.semuanya untuk kebaikan kita hamba-hambaNya.

sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.pencipta dan pentadbir segala apa yg ada dilangit dan bumi.

Subhanallah...

dibulan Ramadhan yg mulia ini, bulan penuh Rahmat ini, marilah kita tingkatkan ibadah kita.solat 5 waktu, bersedekah, bykkan berdoa serta bertaubat bersungguh2 ats dosa2 kita.mana tahu, Ramadhan ini mungkin yg terakhir buat kita...wallahua'lam (:

Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah


syukur Alhamdulillah...malam ini saya berjaya jejakkan kaki saya disurau untuk solat sunat terawih berjemaah...

Ya Allah...terimalah puasaku dan ibadahku sebagai bekalan untuk membela nasibku diakhirat kelak.

amennn Ya Rabbal Alamin...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

kawan2 nak duit raya? mari klik n join this.be the 1st among ur frens out there!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Friday, August 5, 2011

salam Ramadhan 1432H


hari ini 5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432H

hari pertama aku merasa berpuasa untuk tahun ini....kawan2 semua dah berterawih tapi aku masih tak rasa nak pergi terawih lagi...

haih...

insaflah cik violet oitt...kejarlah Rahmat Allah untuk bekalan awak diakhirat nanti...azam nak masuk syurga kan...kan...haihh...

*gambar tak de kaitan dgn entry.harap maklom.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...