Sunday, August 14, 2011

Nor


Hari ini 14.08.10 saya join aktiviti meraikan anak-anak yatim anjuran kelab kereta saya dan sebuah lagi kelab kereta.

Alhamdulillah sambutan dari ahli kedua2 buah kelab amat memberangsangkan.

setibanya kami dirumah anak2 yatim yg letaknya di Puchong, kami disambut oleh anak2 comel lelaki dan perempuan lengkap berbaju melayu biru dan bersongkok. dan puteri2nya berbaju kurung biru dan bertudung hitam.

semuanya siap berbaris dengan senyuman ikhlas dan ceria jelas terpancar diwajah masing2.

mereka tak sabar untuk dibawa berjalan2 menaiki kereta kami semua ke lokasi menarik diPutrajaya.

saya pula ditemani seorang adik perempuan 16thn bernama Nor.sudah kematian ayah.anak sulung dgn adik2 seramai 5org yg tinggal bersama ibu.dia sebatang kara dirumah anak yatim itu.tanpa insan bergelar ibu dan adik2.apatah lagi seorang ayah...

tersentuh hati saya bila tgk anak2 kecil berusia 5,6thn yg berlari2 keriangan bersama kawan2.membawa diri sendiri tanpa perhatian kedua ibu dan bapa.hanya kawan2 dan penjaga yg dipanggil ibu dan umi dikeliling hidup mereka.siang dan malam.hari demi hari...

banyak perkara boleh difikirkan dari segi keberuntungan diri saya ini...masih ada kedua ibu dan bapa...dan macam2 lagi...apalah sgt ujian demi ujian yg Allah berikan dlm hidup saya kalau nak dibandingkan nasib anak2 kecil yg tanpa ada ibu dan bapa...

Ya Allah...ampunilah hambaMu yg Maha Lemah dan hina ini Ya Allah...sesungguhnya aku amat bersyukur atas nikmat2mu




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...