Thursday, December 15, 2011

mak

hujung minggu yang lepas saya pulang ke kampung.menghabiskan baki cuti tahunan yg tinggal 2 hari saja.gembira dapat balik kampung, jumpa mak, abah dan adik2 dan anak sedara lelaki baru yg sangat comel :)

dan ntah apa silapnya, dihari terakhir kat kampung, sedang bersembang2 dgn mak, saya telah terlanjur berkata sesuatu yang buat mak tersentuh hati dengan saya.

sepatah ditanya, sepatah mak jawab.

saya dah faham perangai mak, kalau mak macam tu, mesti ada yang tak kena. tapi saya buat2 tak faham...usia yang semakin meningkat buat saya tidak terlalu ikutkan emosi seperti saya diwaktu muda remaja dulu...

saya tetap tegur mak, walaupun respon mak dingin...saya cuma buat muka tembok terus tegur mak walaupun hanya berbasi-basa.

dan saya balik ke KL dengan hati yg sayu.sebab masa peluk mak nak ucap selamat tinggal, mak tak peluk saya macam biasa.

tapi saya tetap senyum pada mak.

dan malam tadi saya bermimpi bergaduh teruk dengan mak.saya ungkit semua perkara yang saya tak puas hati selama ini...tersedar dari tidur saya rasa takut sangat.seolah2 mimpi tu benar.

dan hari ini, semasa kat ofis, mak telefon...tapi saya tak sempat nak jawab sebab sibuk.dua kali mak telefon..tapi saya tak telefon mak balik sebab takut.teringat balik mimpi malam tadi bergaduh dgn mak.

balik dari kerja, sampai rumah saya beranikan diri telefon mak.dan mak jawab lepas 2,3 deringan.

saya cuba kawal nada suara.seolah tiada apa yang berlaku sebelum ni.nada suara mak pun cam kendur saja.mak cakap mak risau panggilan dia tak berjawab.dia risau kalau2 saya sakit.

saya bagi alasan sibuk.tak sempat nak jawab dan telefon balik.mak terima ja alasan tu dan masih menyuarakan kebimbangannya.dan perbualan kami makin lama makin rancak.dan saya cuba buat2 lawak dgn mak.dan mak ketawa ja dihujung sana...

lepas setengah jam bersembang dan bergelak ketawa, mak cakap "sudahlah tu, lama sangat bersembang nanti melambung pulak bil telefon.." dan mak sempat pesan macam biasa supaya saya menjaga diri.

saya tekan punat letak telefon sambil menghela nafas lega.

...air mata saya bergenang...

"mak..terima kasih mak..."

Monday, December 5, 2011

buah kundur buah labu

ada orang jual pantun dua kerat berbunyi begini:

"buah kundur buah labu"

dan suruh saya jawab..tension la jugak nak memikirkan jawabnya..akhirnya orang yg jual tu sendiri yg beli pantunnya dan buat saya ketawa seketika...haha...

hmm...sapa tau jawab? heee... :P


pic xde kena mengena ngan entri cilok dari sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...