Saturday, December 25, 2010

mari meng update kan blog

heeee...lamanya tak update blog

dengan satu soalan

nape saya selalu jumpe blog yg buat hati saya berkata-kata "the owner of this blog suits me as my soul mate..."


haih...


nak nangis buleh?

Saturday, November 6, 2010

Sunday, October 31, 2010

adab sopan.segan silu.

kalau tgk bangsa dizaman dahulu, baik di barat @ timur, cara berpakaian mereka amatlah sopan.

kalau mat salleh, kaum perempuan dgn gaun labuh berlapis2,berlengan panjang. sopan je.

perempuan jepun pulak dgn kimono yg juga berlapis2 dan labuh. menutup dada dan kaki lengkap berstokin lagi.

begitu juga dgn perempuan melayu dgn kebaya dan baju kurungnya.

semuanya nampak sopan dan sedap mata memandang.

tp zaman sekarang, semuanya dah tak macm dulu.semakin zaman berubah semakin hilang segan dan silu di kalangan manusia.

bermulalah gejala yg membawa keruntuhan moral dan kesan yg menakutkan.

wahai insan yg bernama perempuan, peliharalah sopanmu.segan dan malu.sedangkan untuk mengadap pencipta kita pun kita diwajibkan menutup aurat dan menjaga adab sopan (mengerjakan solat dan jenazah kita dikafankan) apatah lagi didepan manusia yg tidak kita kenali...

"wanita yg terbaik adalah wanita yg tidak dipandang dan tidak memandang..." Saidatina Aisyah

Friday, October 15, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

tersentuh hati aku ni bila tau kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.seorang pemimpin yg tinggi ilmu agama dan ilmu dunia.kisahnya aku dgr dari adik lelaki aku yg dtg jemput aku mkn tengahari tadi.akhirnya aku jumpa link yg berguna utk sesiapa saja yg nak tau kisah lebih lanjut pasal beliau yg disebut sendiri oleh baginda Rasulullah SAW 800thn sebelumnya.semoga kita beroleh kebaikan.

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople

Thursday, October 14, 2010

Wednesday, October 13, 2010

burung kelicap

aku dulu ms sekolah penah minat ngn burung kelicap.burung tu kecik sgt.penah nmpak dia masukkan paruh dia yg halus dan panjang dlm kelopak bunga utk menghisap madu.

uniknya burung ni ialah dia leh terbang mengundur.and they can flapping their wings up to 90 times/second.their speed can be exceeded 54km/h.

Subhanallah

kdg2 bila aku tgk serangga2 yg kecil yg aktif bergerak kesana kemari aku rasa takjub dgn tingginya ilmu Allah menjadikan mereka boleh begerak.bagaimana sistem organ dlmn mereka dgn saiz yg kecil itu...mampu menggerak dan menghidupkan mereka.

Ya Allah.Kaulah pentadbir sekelian apa yg dilangit dan dibumi...ampunilah segala dosa-dosaku Ya Allah...

Friday, September 24, 2010

Syurga Allah

kata ustaz yg bagi tazkirah Ramadhan lepas, kita manusia berasal dari syurga. jadi sepatutnyalah kita untuk kembali tinggal di dalam syurga di akhirat nanti.

bukan di dalam neraka.

jadi marilah kita berusaha untuk menjejakkan kaki kita ini ke syurga Allah sementara kita masih berdaya dan masih bernafas diatas muka bumi Allah ini...

Yaa Allah...campakkanlah hidayah dan rahmatMu keatas hambaMu yang maha lemah dan maha hina ini Yaa Allah...ameen..

Wednesday, September 22, 2010

bieberfever

As the name of a color, violet (named after the flower violet) is synonymous with a bluish purple.

i choose violet as my nick coz i luv purple color very much

and purple is Justin Bieber's favorite color too :wink::wink:






and his 1st album My World was released on November 17, 2009 & guess what? my birthday also on 17th November!

owh...i think i got bieberfever rite now...

mak...nak justin bieber satu...huhu...

*gatai!

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari Raya

selamat hari Malaysia

hari Malaysia diisyhtiharkan sebagai hari cuti umum oleh kerajaan Malaysia bermula pada thn ini sebagai mengingati hari penggabungan Sabah dan Sarawak dgn Malaya pada 16 September 1963.(Singapura juga bergabung tapi was split a couple of years later)

seorang rakan ofis memberi respon yg hari ini ialah hari 1Malaysia. she has no idea that Malaysia Day is the formation of Malaysia in 1963

apa pun selamat hari Malaysia dan selamat Hari Raya...ahad ni sy nak wat open house...hari ni nak kemas rumah, nak basuh kain baju dan nak cari resepi utk masak nanti...

wiken ini wiken yg bz buat saya, tp sy gembira sbb dapat berjumpa dgn kawan2.tak sabar!

selamat bercuti semua :)

Friday, September 3, 2010

19 Malaikat

Di akhirat nanti ada sebuah neraka khas utk menempatkan org2 yg meninggalkan solat. azab panasnya neraka itu sehingga mampu meleburkan tulang penghuni2nya. penghuni syurga bertanya kepada penghuni neraka tersebut."kenapa kamu dimasukkan kedalam neraka yg dahsyat ini?" jawab mereka, "diatas dunia kami tidak mengerjakan solat"

neraka tersebut dijaga oleh 19 malaikat

uniknya kalimah Bismillah terdiri drpd 19 huruf bermula huruf Ba dan berakhir huruf Mim
dan setiap huruf itu dijaga oleh 19 malaikat

kata Ustaz yg memberi tazkirah usai solat terawih mlm tadi, bacalah Bismillah sebanyak 19 kali sehari. mudah-mudahan kita dijauhkan daripada azab neraka tersebut

Yaa Allah...campakkan lah rahmatMu dan hidayahMu kepada hambaMu yg maha lemah dan maha hina ini Ya Allah...ameenn...

Thursday, September 2, 2010

marilah kita berlumba

marilah kita tingkatkan amalan ibadah dan taubat kepada Allah diakhir2 Ramadhan ini dgn hati yg ikhlas.semoga amal ibadah kita diterima Allah hendaknya

Yaa Allah..campakkan lah rahmatMu dan hidayahMu kepada hambaMu yg maha hina dan lemah ini Ya Allah...ameenn..

Friday, July 23, 2010

mari lihat gambaq ii

kenuri kawen adik nomot 3


anak sedara nomot 1.kecik2 da pandai begambaq angkat armpit.ish3...


revolusi aksi bergambar budak2 zaman sekarang.

Thursday, July 22, 2010

mari lihat gambaq i

doa berjemaah tanda syukur di kaki gunung Kinabalu :D


excited jumpe minuman berkarbonat jenama Gardenia

Monday, July 19, 2010

mari lihat gambaq

masa pi sabah bersama kawan2.gembira dpt jejak kaki gunung kinabalu


kaki-kaki yg berjaya jejak pantai tanjung aru,sabah.

Saturday, June 26, 2010

goodbye



I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have much more
I can feel your heart and I simpathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to try
Though it's gonna hurt us both
There's no other way than to say goodbye

Wednesday, May 19, 2010

wanita insan istimewa

aku bangga diciptakan Allah sebagai seorang perempuan.beranjak dewasa menjadi seorang wanita.wanita insan yg secara fizikalnya lemah tapi secara mentalnya adalah lebih kuat daripada lelaki.

baru2 ni aku join talk pasal kanser servik (cervical cancer).kanser organ peranakan perempuan yg merupakan kedua terbesar yg menyerang wanita selepas kanser payudara.

menakutkan

dalam sesi ceramah tu doktor wanita yg berumur 50thn tapi seolah2 berumur dlm awal 40an tu menyarankan kami amik vaksin utk cegah kanser tu. 3 dose utk seumur hidup dan 1 dose bernilai RM200.00. jadinya, total 3 dose adalah RM600.00 dan dengan izin Allah kau akan imune pada kanser servik

pikirkan kesan jangka panjang mmg menarik.tapi bila pikirkan kosnya buat aku termenung seketika.

dan doktor ada sebut pasal ujian pap smear.ujian utk kesan any abnormal sel dlm servik yg menjadi punca kpd kanser.mendapat tahu bagaiman ujian tu dijalankan buat aku seram sejuk kaki tangan...huhu...

dan terlintas difikiran, beruntungnya kalo jadi lelaki...takyah pikir pasal hal2 ni.

walau apa pun...wanita...kau tetap istimewa...

Tuesday, May 18, 2010

aku bosan dan penat (ii)

boleh tak kalau aku nak pentingkan diri aku saja.tak nak peduli pasal perasaan, hati dan harapan orang.

aku rasa hidup aku kosong. hati aku tak tenang. aku bosan dgn hidup aku. dgn kerja aku. dgn bos aku.

aku sedang nekad nak balik kampung. jaga mak dan abah. kerja kat sana. boleh tak?

dan aku terpaksa tinggalkan dia. aku bohongi dia. kononnya keluarga panggil aku balik tinggal dikampung. dan dia hanya terdiam lalu berkata yg dia juga akan balik kampung di seberang lautan sana. aku tahu dia hanya bergurau.

tapi saat ini aku nekad.

wahai kamu,maafkan aku...

Monday, May 17, 2010

jam hsiao

pertama kali tgk Jam Hsiao dlm 1 programme berbahasa cina kt tv.karektor dia yg pemalu, tak byk ckp dan cuma senyum je tu buat aku jatuh hati..hehe.dlm prog tu dia buat wafel.comel je dia dgn apronnya.pastu dia nyanyi dgn apronnya tu la.masa tu aku tak sangka pun dia tu artis.sampaila smlm aku tgk 1 programme tv pasal peminat bersama artis.dan dia adalah artis jemputan.aku terus jatuh hati dgn dia.dgn senyuman yg kiut dan malu2 tu buat aku tak berkelip mata tgk rancgn tu.dan katanya dia suka memasak.i like~ hehe...





cak! :D


comelnyer dier masak2

Wednesday, April 7, 2010

pucuk paku tebuan tanah

masa sekolah dulu, aku hidup susah. rumah tak de bekalan api dan air bersih.

penah merasa mandi sungai diwaktu subuh pagi sblm gi sekolah.kayuh basikal dalm gelap subuh sambil adik membonceng kat belakang.

waktu menjelangnya malam, berkumpul lah kami adik beradik tgk abah nyalakan lampu gasoline.pastu kami akan sibuk nyalakan pelita.mengaji dan belajar bertemankan cahaya pelita.esoknya bgn pagi konfem lubang idung jadi itam sbb tido malam dok syok hidu asap pelita.haha...

tido malam sejuk gile.rumah atap zink.dan akan ada fenomena embun terbentuk kat seblh dlm atap zink.dan selalunya tido akan terganggu oleh embun yg menitik dan menimpa kita time sedap2 tido...hmmm...aku hampir2 lupa pasal ni...tp tu semua kenangan yg bermakna buat aku sepanjang hidup...

pastu bila cuti ujung minggu, pagi2 lagi dgn mak dan adik2 kami pi kutip pucuk paku ngan cendawan sisir yg tumbuh kat btg pokok getah yg dah tumbang.pucuk paku mak buat masak lemak cili dan cendawan sisir tu mak akan goreng letak lada hitam.tu lah makanan yg sedap sgt bagi kami adik beradik masa tu...hmmm...

dan sekali tu, ada sedara dtg rmh.dia teringin nak merasa makan pucuk paku.aku,adik dan sedara aku tu pi la kutip pucuk paku.aku dgn eksyennya mendahului depa semua.tgh dok meredah belukar, tiba2 aku ternampak satu objek bulat sebesar bola, warna coklat dgn corak berpusar2 dipermukaannya.cam corak kerepek bawang tu.disebabkan rasa takjub yg amat, aku tanpa membuang masa terus pijak benda tu.sebaik aku pijak objek tu, keluarlah penghuni objek tu terus serang aku dan adik aku.rupa2nya yg aku pijak tu ialah sarang tebuan tanah.haha.bertempiaranla kami lari sambil menjerit2 kesakitan disengat tebuan tanah.haha...jahatkan aku ni dulu...heheee...

pastu sedara aku tu cepat2 bawak kami gi klinik.aku dan adik aku sama2 kena sengat kt kepala.rupa2nya tebuan tanah suke serang bhgn kepala.4,5 ekor gak la sorang kena sengat.doktor ckp, kalo byk sgt kena sengat buleh bawak maut.sbb bisa tebuan tanah agak kuat berbanding bisa tebuan biasa.huhu...

dan sampai skrg, tak dak sorang pun ahli keluarga aku tahu pasal yg aku dgn senang hati dan sengaja pijak sarang tebuan tu.kalo lah aku bgtau kisah sbnr, aku yakin 100%, aku akan kena bambu ngn mak. silap haribulan kayu api naik ats blkg...huhu....

Monday, April 5, 2010

OMG, i am craving for sweet foods

mula2 nak cerita pasai semalam.

minggu lepaih,aku berjanji ngn Mr J nak masak.so semalam aku pun masak la dgn gigihnya bermula pukul 9pagi.aku buat masak lemak cili api ayam, goreng udang campur cili benggala hijau ngan wat sayur bayam.berpiknik la aku ngn Mr J ngan sorang housemate dia.Mr J puji aku masak sedap.hehe.dia cakap dah lame tak rasa masakan rumah.asyik dok mkn kedai ja.kesian lak aku dgr.so, aku janji nak masak lagi wiken ni.gembirekan bila kita dapat gembirakan org dgn masakan kita sendiri.lagipun aku masak dgn penuh kasih sayang.tu yg sedap sgt Mr J makan.hehe...

lepas mkn aku tetiba dok terasa nk makan benda manis.aku pun merengek2 la kat Mr J yg aku teringin nak minum air coklat.pastu teringin nak mkn kek ngn kukis.Mr J buat reaksi muka tekejut "kan baru je lepaih mkn?".pastu cepat2 dia ckp "paih ni kita pi tesco naaa...macam2 ada kat sana" aku pun senyum2 sampai ke telinga tanda suka.haha.

pi tesco, aku nampak Big Apple.terus tarik Mr J pi sana.aku nak beli 2,3 bijik ja donut kat situ.Mr J kata beli ja 6 bijik teruih.wah, wah...suker la aku.

pastu jalan2 kt tesco Mr J ckp "tadi kata nak beli kukis, jom pi cari kukis..." hehe...gembirenyer...

pastu masa nk byr aku senyap2 capai coklat.kunun2 tak mau Mr J nampak.tp buleh pulak dia toleh ms aku dok capai coklat tu, dia cuma sengih ja tgk gelagat aku...haha.




dan hari ni ada org baik ati bagi aku sepotong kek coklat.mekaseh ye James :D



konfem sendat la baju n seluaq aku paih ni :D

Friday, April 2, 2010

aku ada cinta dan semuanya adalah milikku

saya dah nekad.rambut saya yang dah cecah pinggang ini akan saya potong pendek.maksud saya betul-betul pendek.cam budak lelaki.haha.

pejamkan mata, tarik nafas dan lepaskan segala-galanya.perlahan-lahan.

Wednesday, March 31, 2010

saya sedang makan chocolate ice cream



jemput-jemput.baca bismillah dulu arrrr...

Thursday, January 28, 2010

syukran

hari ni aku akan ke Sabah. cuti2 malaysia bersama kawan2. flight pukul 7.50 petang ni.disebabkan aku terlalu sibuk dgn kerja, aku langsung tak terasa teruja nk kesana.harap2 percutian aku kat sana nanti mampu buat aku lupa sekjp pasal rutin hidup aku yg amat memenatkan. penat ke? penat ngn keje? syukur la awak tu ade keje. kalo tak de keje? nanges la...huhu (insaf, insaf..)

hujung minggu depan pulak nak ke Teluk Batik. bersama kawan2 aku dan Mr J.

hujung minggu yg berikutnya nak berkonvoi ke Pantai Dalam, KL.kenduri kawen kawan Mr J.

huhu...bz hidup aku ni sekarang...

*belajarlah seswai kan diri ye makcik... :D

Thursday, January 21, 2010

aku pencinta yg setia

smlm lepas ofis Mr J msg tanya aku dah balik ke.masa tu aku tgh solat.lepas solat aku bls msg dia ckp aku kat ofis lagi

lepas tu dia senyap je.dan aku pun terus keluar ofis..dah sampai tempat parking keta, dia telefon ajak aku dinner.aku pun setuju je la.hehe...

Mr J datang amik aku kt ofis.bawak aku dinner kat Restoran Haven kat Bukit Ampang.aku hepi sgt.hepi dpt tgk bandar Ampang dan KL yg bermandikan cahaya dari atas bukit tu.hepi dapat jumpa Mr J sama...hehe...

malam esok Mr J nak ajak aku join perjumpaan ahli kelab keta.

sabtu Mr J dah setuju nak bawak keta aku pi bengkel.nak tukar bearing tayar, tukar cermin keta aku yg retak makin dok panjang ngan nak tukar mentol lampu aku yg dah terbakar tinggal satu je.uhuks...

aku tak pasti sampai kemana hubungan kami ni.aku tak harap apa2 pun.separuh hati aku gembira.tapi separuh lagi aku cukup berhati2.aku takut.takut kecewa buat kedua kalinya.dan aku tak sanggup nak hadapi kecewa tu lagi...tak sanggup...sebab aku pencinta yg setia...

Friday, January 15, 2010

matahari dan bumi.bulan dan bintang


04.01.2010 Isnin

Aku keluar ofis pukul 6ptg.masa tu hujan lebat kat KL ni.masuk dalam kereta, start enjin, tapi enjin kereta aku tak leh nak start.aku cuba byk kali tapi tak buleh2.aku mula cemas.hujan kat luar semakin lebat dan cuaca semakin gelap.aku mula telefon kenalan2 yg dekat ngan ofis aku.masa tu member2 ofis suma dah balik.lgpun majoriti membe ofis aku adalah pompuan.apa sgt la yg org pompuan tau kan dlm hal2 pasal kereta.termasuk la aku ni...huhu...

las2 ada sorg kenalan lelaki yg keje kat Jalan Lekiu janji nak dtg.ssh2 dia dtg naik LRT ke ofis aku.sampai putus2 tali selipar.hmmm..

check2 enjin dia ckp bateri aku yg ada masalah.aku rasa lega gak la bila dia dtg.tak la aku sorang2 pompuan kt tmpt parking blkg ofis aku tu.dan hari semakin beranjak malam.

pastu dia cuba call semua kenalan2 dia yg ada 'jumper'.alat utk cas bateri kereta.

semua yg dia call tak dpt nak dtg.samada berada diluar KL @ pun yg ada hal.

last2 ada sorang kenalan setuju nak dtg.lega.

kami berdua pun menunggu dgn sabar.hampir 3jam berlalu akhirnya muncul lah penyelamat tu.alhamdulillah...akhirnya enjin kereta aku buleh start.

aku namakan penyelamat tu sbg Mr J

sampai rumah aku msg Mr J.ucapkan terima kasih padanya.dan sms berganti sms...

esoknya aku amik emergency leave.pergi tukar bateri keta baru.dah 3thn bateri aku tu tak pernah bertukar.hehe...org dgr pun tekejut.

05.01.2010 Rabu

Mr J ajak aku kuar tgk wayang lepas ofis.aku mulanya tu cam berat gak nak terima.sbb aku ni jenis lepas je ofis,terus balik rumah.aku tak suka singgah mana2.sebab rumah aku jauh.aku tak nak balik lewat2 sgt.takut dgn jenayah kt KL ni.

dia ckp movie tu pukul 7.20mlm kt KLCC.hmmm...nak tak nak aku terpaksa terima.org dah tolong aku kan.serba salah la pulak nak tolak pelawaan org.aku cuma bersangka baik ja la dgn dia.berharap niat dia baik.

sanggup lak dia dtg jemput kat ofis.sepanjang perjalanan mcm2 soalan dia tanya kt aku.pasal keluarga.pasal brapa lama aku keje kt KL.aku yg malu2 kucing ni cuma menjawab je soalan dia tanpa fikir apa2.

hbs movie dia ajak aku makan.memndang jam dah beranjak ke pkl 9mlm aku terpaksa tolak dgn baik.dan dia faham.dia hantar aku balik ke ofis sbb keta aku, aku tinggalkan kt situ.dlm perjalanan tu katanya dia ajak aku makan sbb nak bercakap pasal hidup.dalam hati aku bertanya, "pasal hidup?"

08.01.2010 Jumaat

Malam tu aku nak ke Alor Star.nak menghadiri kenduri seorang kenalan disana.aku nak tumpang kereta kenalan lain yg tinggal di Putra Jaya.tapi Mr J ajak aku kuar pada malam yg sama.Mr J mintak kenalan aku dari Putra Jaya tu amik aku kat tempat Mr J dan aku kuar mlm tu.

Mr J datang jemput aku kat rumah.kesian dia.tak pernah dtg rumah aku yg jauh dipinggir KL.penat sgt mengadap traffic jam kt KL, dia mintak aku drive keta dia.takut gak aku nak drive keta org.dah la keta baru lagi...

Mr J nak serius dgn aku.katanya dia nak kan hubungan kami ni sampai ke tahap kahwin.aku betul2 dalam dilema.serba salah.tak tahu mana yg betul mana yg salah.tak tahu apa keputusan yg patut aku buat.semuanya berlalu dgn pantas.

Ya Allah...berilah petunjuk pada hambaMu yg maha lemah ini Ya Allah.aku inginkan kebahgiaan hidup didunia dan akhirat...

Monday, January 4, 2010

wahai langit dan awan


Masuknya tahun 2010 aku sambut sambil berbaring depan tv sorang2. sambil bersms ngn sorang kawan di Ipoh yg dlm perjalanan nk gi clubbing kt jalan p.ramlee KL.gembira betul kau dapat berjoget kat sana ye. hehee...hmmm...

dalam tv kemain ramai manusia berkumpul utk sambutan 2010.bersesak2 sambil bersorak2.teruja muka masing2 dok tunggu detik 12mlm.nak2 bila tgk bunga api.sorang member ada ajak gi KLCC.tapi aku malas.aku malas nk bersesak2 ngn org ramai.aku rimas. rimasss....

dalam org berkumpul utk sambutan 2010, ada segelintir umat Islam berkumpul utk lihat & solat sunat gerhana bulan.

dua suasana yg amat berbeza...hmmm...

dan aku agak sibuk hujung minggu2 yg lepas. cuti krismas aku berkonvoi ke PD. mandi manda dikolam dan berBBQ dipantai dimalam hari.

cuti new year aku berkonvoi ke masjid wilayah utk majlis nikah seorang kenalan. habis je majlis beramai2 berkonvoi ke Alamanda. berkaraoke, menonton Avatar dan diakhiri dgn lepak2 minum kat kedai mamak. malam tu aku terpaksa tumpang tido kat Kolej Za'aba UKM. sbb kepala dah berat dan mata mengantuk yg amat. sempat la aku mengimbau kembali diwaktu umur ku 21 tahun dulu. diwaktu aku muda remaja dulu.hmmm....

hujung minggu ni lak aku mungkin akan berkonvoi ke Aloq Staq utk kenduri kawin seorang kenalan yg lain pulak....hmmm...

penat gak kalo dah saban minggu dgn aktiviti bersosial....rindu pulak nak berbaring menonton dvd sepanjang hari sambil menatap langit dan awan dari tingkap rumah...

wahai langit dan awan, aku rindu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...