Wednesday, January 21, 2009

ahaks. bes...

hehe. smlm aku terlambat bgn pagi. dan secara otomatiknya aku akan terperangkap dlm kesesakan jln raya bila masuk KL.

dan bila tiba kt satu tempat tu, kt tempat aku dok biasa ptg Q, aku pun ptg la semua org dgn konfidennya. dan bila tiba saat utk menyelit, aku pun selit. dan biasala kan...time2 sesak, bunyi hon disana sini. aku wat bodo je la. so dpt selit. tu pun setelah 3, 4 minit dok tggu org kasi ruang.

dan bila dpt selit tu entah kenapa aku terasa nak toleh kiri. oh, ohh..ada satu BMW dan pemandunya seorang perempuan pandang tepat ke muka aku. mulutnya terkumat kamit dok ckp sesuatu. dan entah kenapa, aku buleh faham pulak apa dia ckp dari gerak bibirnya yg berlipstik tebal tu. "potong jalan...potong jalan..." sambil kepalanya tergeleng2 pandang kt aku.

haha...aku kena sound oleh makcik yg bawa BMW tu. rupanya2 dia yg dok hon aku td tu...haha

"mintak maaf ye makcik...cek nak cepat, tu pasal la cek ptg Q...ahaks"

*cam bes lak rasa kena sound (sbb tau tu salah sendiri...hehe).

Monday, January 19, 2009

entri utk abah.

pagi td abah sms. minta aku check portal pencen. abah ckp pencennya utk bulan ni kurang drpd biasa.

menerima sms drpd abah kdg2 perlu dituruti dgn panggilan drpd aku. sbb kdg2 singkatan sms yg abah guna susah aku nak faham. cth: manax. sbb dah biasa so aku faham la maksud abah ialah mana-mana (mana2x. abah gugurkn 2 tggl x je...hehe)

dan kalo aku nak sms abah, aku tak akan guna singkatan langsung. aku akan taip penuh semua perkataan sbb abah ssh nak faham singkatan yg aku (dan anak2 dia yg lain) guna pakai. hmmmm....

dan pg tadi sms berganti sms. tp maksudnya ssh nak capai. nak tak nak aku tepaksa call abah. (kalau boleh aku nak elakkan online on the phone pagi2 kt ofis). aku call sbb aku keliru dgn no. akaun pencen yg abah bagi. abah bagi tiga no. kat aku dan suruh aku try tiga2 no. tu. (adeh ler...no. akaun pencen pun tak pasti yg mana satu).

masalahnya, bila aku try ketiga2 no. akaun tu, msg rekod tak dijumpai akan keluar. last2 abah ckp kena check kt portal veteran tentera sbb abah bekas tentera. bknnya awam. (adeh ler....mana la aku tau ada portal lain lak utk bekas tentera)

dlm aku yg pagi2 bz ngn keje, dan nk melayan abah, aku sedikit rasa 'panas' hati. tp aku cuba kontrol. aku tenangkan hati. aku cuba ingatkan diri yg aku sedang 'berurusan' dgn abah. abah aku sendiri. jdnya aku kena byk bersabar.

ini bukannya kali pertama salah faham dlm komunikasi antara aku dgn abah terjadi. dah byk kali. sampai kdg2 aku terpaksa ulang byk kali berckp benda yg sama. dan bila itu terjadi, nada suara aku akan jadi keras drpd biasa.

ntah kenapa pg td aku tersedar. aku tersedar yg abah dah semakin berumur. abah tak mcm dulu. tak macam masa aku kecik2 dulu. masa tu fikiran abah tajam. percakapan abah jelas. pendengaran abah jelas.

mugkin kdg2 aku lupa. aku rasa abah masih macam dulu. dizaman aku kecik2 dulu. mungkin sbb diusia muda lagi aku dah berjauhan dgn keluarga. belajar dan bekerja di rantauan, jd aku jarang balik ke rumah. aku ingat lg dulu, aku blk kpg utk cuti semester. aku perasan rambut abah beruban. "abah dah beruban..." aku berkata2 sendiri. dlm hati. dan tiap kali aku blk bercuti, uban abah semakin byk. begitu juga dgn misai abah. dah beruban. byk perubahan pd abah tiap kali aku blk kerumah. dan tiap kali aku perasan uban abah yg makin bertambah, aku akan rasa sayu dlm hati.

sampaila skrg bila aku dah bekerja, fizikal abah dah tak mcm dulu lagi. abah dah tak sekuat dulu. pernah sekali tu tayar keta aku pancit. abah tak mampu nak bukak skru tayar keta. aku lagi la tak mampu. berdiri atas pemutar skru tyr pun tak beri kesan apa2. abah cuba sekuat tenaga tp gagal. kemudian mak bersuara "abah hang dah tak larat skrg...tak macam dulu2 lg dah..." kata2 mak buat hati aku rasa sayu lagi. seperti selalu.

dan hari ni aku berjanji aku nk jadi anak yg sabar bila berckp dgn abah. apatah lg dgn mak. kerana, menjaga hati kedua ibu bapa ibarat memegang serpihan kaca. biar jari luka berdarah tp kaca tak jatuh dan pecah.

buat abah...maafkan kak long sbb pernah terkasar ckp dgn abah. kak long janji kak long akan perbaiki diri. tanpa abah, tak adalah kak long kat dunia ni, di saat ini.

Wednesday, January 14, 2009

Janji Allah dan Nabi

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka (yahudi laknatullah) di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini.

Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

*sumber:http://www.darulnuman.com/mhikmah/yahudi.html

Wednesday, January 7, 2009

Ya Allah, selamatkanlah Palestin

Hati tersentuh bila tgk muka depan Utusan Malaysia hari ni. Mayat seorang kanak2 perempuan Palestin separas kepala dgn bdn tertimbus didlm runtuhan rumahnya sendiri. Ya Allah, apalah dosa insan kecil yg lemah dan tak mengerti apa2 tu? mana perginya rasa belas seorang manusia di hati dan jiwa bangsa Israel? atau Allah dah tarik naluri belas dan kasihan dari hati dan jiwa mereka semua?

kanak2 Palestin hidup dalm ketakutan sambil memeluk kaki si ibu. muka ketakutan yg comot dgn air mata dan hingus bercampur debu runtuhan akibat bedilan bom Israel laknatullah.

bersabarlah semua rakyat Palestin. kami akan terus berdoa utk anda semua. hanya doalah senjata kami utk membantu anda memerangi Israel.


*boikot barangan Amerika.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...