Tuesday, September 16, 2008

kenangan beraya

kenangan beraya masa kecik2 dulu mmg la best. pengalaman beraya dgn kawan2. berjalan atau berbasikal dari satu kampung ke kampung yg lain. semata2 nak kumpul duit raya. selagi tak penuh beg duit, selagi tu lah semangat nak beraya tu ada. panas terik cm mn pun tak de masalah langsung.

nostalgianya...

ada satu pengalaman yg aku ingat sampai skrg. bilamana kami (aku dan kawan2 aku) yg langsung tak reti nak pikir sblm beraya rmh org. semua rumah kami redah. tak kira apa kategori rumah. target kami hanyalah nk kumpul duit raya. sebanyak yg boleh.

dan tibalah kami disebuah rumah. sebuah rumah papan yg dah usang. yg agak kecil saiznya. tak ada beranda. cuma ibu rumah dan dapur saja. bumbung beratapkan nipah. dan kami terus memberi salam utk beraya. salam disambut seorang wanita tua. beruban rambutnya. tapi bersanggul rapi. ada selendang jarang di bahunya. berkebaya pendek longgar dan berkain batik. tersenyum menyambut kami yg tercongok dikaki tangga rumahnya.

perlahan2 dia memijak anak2 tangga kayu rumahnya. turun mendapatkan kami dibawah. ditangannya ada sebuah beg kain yg kecil. jejak sahaja kakinya ketanah, dia membuka beg kain kecilnya yg berzip. yg dah agak lusuh dan pudar warnanya. mata kami bertumpu pada beg kecilnya. beg kecilnya yg dah lusuh tu. kemudian dia mula mengeluarkan syiling. serentak dgn tu kami semua menadah tangan (betul la muka tak tau malu).

'ni makcik bagi sorang 5 duit ja naaa...' sambil bibirnya mengukir senyuman. tak putus2. (5 duit tu maksudnya 5sen)

'makcik tak dak apa nak jamu makan. makcik bagi duit raya ja naaa...' sambungnya lagi.

kami hanya mengangguk memndang wanita tua tu, sambil beredar perlahan2. diam.

haih...

bila dah beranjak dewasa, barulah aku boleh berfikir dgn jelas...

3 comments:

naz ilyn said...

Mendidik anak-anak dari kecil supaya tujuan berhari raya jelas dan di fahami.

Dulu2 akak pun sama juga..eh.eh..

13may said...

sedihnya....

13may said...

Selamat hari raya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...