Monday, January 19, 2009

entri utk abah.

pagi td abah sms. minta aku check portal pencen. abah ckp pencennya utk bulan ni kurang drpd biasa.

menerima sms drpd abah kdg2 perlu dituruti dgn panggilan drpd aku. sbb kdg2 singkatan sms yg abah guna susah aku nak faham. cth: manax. sbb dah biasa so aku faham la maksud abah ialah mana-mana (mana2x. abah gugurkn 2 tggl x je...hehe)

dan kalo aku nak sms abah, aku tak akan guna singkatan langsung. aku akan taip penuh semua perkataan sbb abah ssh nak faham singkatan yg aku (dan anak2 dia yg lain) guna pakai. hmmmm....

dan pg tadi sms berganti sms. tp maksudnya ssh nak capai. nak tak nak aku tepaksa call abah. (kalau boleh aku nak elakkan online on the phone pagi2 kt ofis). aku call sbb aku keliru dgn no. akaun pencen yg abah bagi. abah bagi tiga no. kat aku dan suruh aku try tiga2 no. tu. (adeh ler...no. akaun pencen pun tak pasti yg mana satu).

masalahnya, bila aku try ketiga2 no. akaun tu, msg rekod tak dijumpai akan keluar. last2 abah ckp kena check kt portal veteran tentera sbb abah bekas tentera. bknnya awam. (adeh ler....mana la aku tau ada portal lain lak utk bekas tentera)

dlm aku yg pagi2 bz ngn keje, dan nk melayan abah, aku sedikit rasa 'panas' hati. tp aku cuba kontrol. aku tenangkan hati. aku cuba ingatkan diri yg aku sedang 'berurusan' dgn abah. abah aku sendiri. jdnya aku kena byk bersabar.

ini bukannya kali pertama salah faham dlm komunikasi antara aku dgn abah terjadi. dah byk kali. sampai kdg2 aku terpaksa ulang byk kali berckp benda yg sama. dan bila itu terjadi, nada suara aku akan jadi keras drpd biasa.

ntah kenapa pg td aku tersedar. aku tersedar yg abah dah semakin berumur. abah tak mcm dulu. tak macam masa aku kecik2 dulu. masa tu fikiran abah tajam. percakapan abah jelas. pendengaran abah jelas.

mugkin kdg2 aku lupa. aku rasa abah masih macam dulu. dizaman aku kecik2 dulu. mungkin sbb diusia muda lagi aku dah berjauhan dgn keluarga. belajar dan bekerja di rantauan, jd aku jarang balik ke rumah. aku ingat lg dulu, aku blk kpg utk cuti semester. aku perasan rambut abah beruban. "abah dah beruban..." aku berkata2 sendiri. dlm hati. dan tiap kali aku blk bercuti, uban abah semakin byk. begitu juga dgn misai abah. dah beruban. byk perubahan pd abah tiap kali aku blk kerumah. dan tiap kali aku perasan uban abah yg makin bertambah, aku akan rasa sayu dlm hati.

sampaila skrg bila aku dah bekerja, fizikal abah dah tak mcm dulu lagi. abah dah tak sekuat dulu. pernah sekali tu tayar keta aku pancit. abah tak mampu nak bukak skru tayar keta. aku lagi la tak mampu. berdiri atas pemutar skru tyr pun tak beri kesan apa2. abah cuba sekuat tenaga tp gagal. kemudian mak bersuara "abah hang dah tak larat skrg...tak macam dulu2 lg dah..." kata2 mak buat hati aku rasa sayu lagi. seperti selalu.

dan hari ni aku berjanji aku nk jadi anak yg sabar bila berckp dgn abah. apatah lg dgn mak. kerana, menjaga hati kedua ibu bapa ibarat memegang serpihan kaca. biar jari luka berdarah tp kaca tak jatuh dan pecah.

buat abah...maafkan kak long sbb pernah terkasar ckp dgn abah. kak long janji kak long akan perbaiki diri. tanpa abah, tak adalah kak long kat dunia ni, di saat ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...