Monday, July 25, 2011

aku dan keretapi dan ...

saya akan pulang ke kampung jumaat nanti.naik keretapi :D

senandung langkawi pukul 9.20mlm

penah sekali tu balik malam.saya beli tiket untuk katil sebab nak tido selesa la sikit.dapat luruskan badan dan kaki.dan saya lebih suka katil bahagian atas sebab saya seorang perempuan yang suka bersusah payah memanjat dan terkial2 seorang diri nak naik atas katil yg muat2 utk seorang yg kecik comel mcm saya...haha

pastu nak dijadikan cerita, setentang dengan saya, adlah seorang penumpang lelaki.tapi berjalan melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya yg perang separas tengkuk disisi kedua cuping telinganya.

saya tak kisah la kan. biarlah dia.sape pun dia.

bila keretapi mula bergerak jam dah menunjuk hampir 12malam.dan keretapi terus meluncur laju.

dan dalam bunyi-bunyian gerabak keretapi yg meluncur deras membelah malam, saya dengar bunyi dengkuran.kuat sekali.macam kat sebelah telinga saya saja rasanya.

dan keretapi tiba2 perlahan dan perlahan dan terus berhenti disebuah stesen.

tiada lagi bunyi yg datang dari gerabak yg sedang bergerak.yang tinggal hanya bunyi dengkuran.yg tersangatla kuatnya...

dan dengkuran itu datangnya dari penumpang lelaki yg tido setentang dengan katil saya.yang jalannya melenggang lenggok, menyandang beg tangan besar seperti saya dan menyelit rambutnya ditepi kedua cuping telinganya...

haih...

time tidur je baru terserlah 'kejantanan' beliau...huhu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...