Wednesday, January 25, 2012

anak sedara

anak sedara saya yang pertama baru masuk darjah satu tahun ni.seorang budak perempuan yang sangat aktif.aktif bercakap terutamanya.sampai selalu kena mintak tolong..

"ayang, nak mintak tolong..."

"tolong apa?"tanya dia yang menyebut dirinya 'ayang'

"tolong diam" hehe

dan sebelum memulakan persekolahan awal bulan Jan yg lalu, dia dan rakan2 sebaya kena jalani ujian saringan untuk penentuan kelas.

balik dari ujian, umminya bertanya perihal ujian tersebut.semuanya dapat dijawab dengan mudah katanya.tapi ada satu benda tu payah sikit dia nak jawab.amik masa kena fikir.tapi dia dapat juga menjawabnya.

umminya bertanya ape bendanya.tapi dia lupa.

"benda tu bulu2 kaler koko" jawab ayang

jenuhla si ibu dok memikir.dan ayang mula meradang sebab si ibu tak dapat nak menjawab.

"ummi selalu guna buat masak" tambah ayang lagi

lantas si ibu pun meneka bawang.tapi salah.dan ayang pun mula melukis dan letak kaler koko dan dok ulang2 cakap benda tu bulu2 macam ni..dan masih meradang bila umminya gagal nak menjawab.

"cuba ummi pikiaq guna otak benda apa" ayang mula hilang sabar.budak2 tengah meradang

"mana ummi tau, ummi tak tengok benda tu" jawab umminya

dan ayang terus meradang

dan akhirnya, pd sebelah malamnya umminya dapat mengagak..

"ayang, ummi dah tau, halia..."

"haaa..betoi pun" jawab ayang puas hati.

lor...halia ke...eh halia ada bulu ke? huhu...

2 comments:

akhsa nant said...

hey sobat saya punya kado buat kamu...>>> http://akhsanant.blogspot.com/2012/01/ward-dari-rumputilalang-blog-ke-empat.html

diambil ya..

violet said...

salam pekenalan...

terima kasih banyak2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...