Monday, May 26, 2008

air terjun.putik durian.pokok getah.





Ni air terjun kat kpg abah, tak jauh dari dusun abah.

Pada tarikh 18.05.08 buat pertama kalinya aku berjaya jejakkan kaki ke air terjun tu. Nak jejak kesitu kena guna banyak tenaga, penat dan terjelir lidah – itu kata adik ketiga aku.

Pada hari tu, adik lelaki bongsu aku pelawa aku teman dia memancing kat situ. Kebetulan tak ada aktiviti yg menarik nak dibuat, aku terus je setuju utk ikut dia.

Untuk sampai ke destinasi, kami melalui dusun durian milik orang cina di kawasan yg berbukit. Pokok-pokok durian tersusun dilereng bukit. Dahan-dahan pokok durian dihiasi putik-putik buah durian. Semak samun di pangkal pokok ditebas bersih.

Begitu jugak ngan pokok-pokok durian kat dusun abah. Cuma tahun ni, bilangan buah menurun berbanding tahun sebelumnya. Tapi aku masih berasa teruja mengira putik durian dari sebatang ke sebatang pokok kat dusun abah. Abah cakap, putik-putik tu belum tentu akan terus membesar. Aku cuma tersenyum memandang abah. Aku masih juga merasa teruja.

Perjalanan kami masih diteruskan. Selepas melalui dusun durian, kami mula meredah semak samun yg tebal. Rumput tinggi separas pinggang. Perasaan seriau mula menyapa diri. Rapat je aku ikut blkg adik aku, hehe.

Menikmati kehijauan disekeliling aku, benar-benar mendamaikan jiwa. Deruan air sungai sudah boleh didengari dgn jelas. Tiupan angin, siulan unggas, begitu menenangkan perasaan. Aku tarik nafas dalam-dalam. Biar paru-paru aku dipenuhi udara bersih dan segar. Walaupun termengah-mengah aku sepanjang perjalanan, tapi aku rasa tenang dan gembira.

Lepas meredah semak samun yg tebal, kami terpaksa menuruni cerun bukit dan batu besar pula. Semasa menuruni cerun bukit, aku nampak beberapa batang pokok getah. Bertabur tumbuhnya di cerun bukit. Batang pokok getah pula ada kesan torehan. Ada mangkuk seramik di pangkal pokok.

Dalam hati aku tertanya-tanya, siapalah yg menoreh pokok-pokok getah dicerun berbukit ni, di dalam hutan begini. Aku sempat menjengah kedlm mangkuk-mangkuk seramik, bekas utk mengumpul susu getah.

Alahai…hanya memenuhi dasar mangkuk sahaja. Susu getah pula dah berhenti mengalir.

Aku masih terkial-kial mengimbangi badan untuk memanjat cerun bukit pula, sambil berpaut pada batang pokok getah yg bertoreh kulitnya. Mata menjeling lagi kedalam mangkuk seramik berisi susu getah.

Hampir semuanya sekadar memenuhi dasar mangkuk sahaja.

Aku tersentuh. Aku terfikir. Aku bandingkan diriku dengan insan yang mencari rezeki dengan susu getah yang tak seberapa itu. Jerih perih yg terpaksa dilalui. Tabahnya insan yang bernama penoreh getah itu.

Haih…

terima kasih teman

jumaat 23.05.08

"jom jumpa esok (sabtu 24.05.08)" sms aku pd teman baik ku.

"jom, kita gi tgk movie. Narnia" teman baik ku.

"okes, lepas tgk movie kita lepak kt Starbuck. minum-minum" aku lagi.

"bestnye!" teman baik ku.

terima kasih teman. sudi temankan aku diwaktu aku dilanda konflik dlm diri. aku rasa gembira sepanjang bersama mu.

terima kasih.


Friday, May 23, 2008

cuba bertenang

kerja aku ni kdg2 mcm 'customer service'. melayan aduan pelanggan.

tapi dlm bidang kerja aku ni mereka dipanggil 'client'.
dan aku suka bila aduan2 mereka berjaya aku layan dengan baik dan selesaikannya.

sebentar je tadi, seorang staff @ 'client' di Kuching telefon aku. mintak tolong aku 'check' satu kes.

tapi sebelum tu dia cakap sesuatu kat aku. sesuatu yg buat aku 'speechless' sekejap.

"lembutnya suara kamu. kalau boleh aku mau cium suara kamu"

ahaks. cam kelakar.

dlm hati aku berkata2, suara aku je lembut.
hakikatnya aku ni perempuan yg ada konflik dlm diri.

haihh...

boleh tak kalau aku berdiri sekarang dan menjerit sekuat hati?

gila.

konflik; kontradiksi

kita selalu cuba menyembunyikan apa yg terbuku dihati sendiri
cuba berlapik di dalam kita berbicara, macam ni:

kadang2 dlm hidup kita terpaksa membuat pilihan.
pilihan yg akan melukakan hati dan perasaan sendiri, juga orang lain.
pilihan demi kebaikan semua.

selebihnya kita serahkan kepada takdir.
hati dan perasaan yg terluka biar masa yg sembuhkan ia.

tapi hakikat sebenar dlm hati sendiri bunyinya mcm ni:

boleh tak kalo aku tak nak jaga lagi hati org lain?
aku nak jaga hati aku saja.
aku dah penat dok jaga hati org sedangkan aku sendiri sakit hati.

pergi ***** ***** *****

.....

ok ke mcm tu?

Wednesday, May 21, 2008

ape-ape je la

jam 4.50 petang

uuu...gelapnya kat luar tu.
gelap pekat. macam dah malam.
cermin pandang luar dah boleh tgk pantulan imej sendiri.

harimau hujan...
opps...hari mau hujan.

5.30 nak balik. jalan sure jem.

pagi tadi. kat tol Duta. jem teruk. kereta aku kena himpit.
mentang2la aku ni perempuan. senang2 je driver lelaki nak himpit.
nak potong Q.

aku jadi sakit hati.
cam nak je aku tunjuk jari aku ni kat driver tu.

tapi aku ni perempuan.
perempuan yang sopan.

sopan ke?

Wednesday, May 14, 2008

ok ke tak

ok ke?




cam ok je




ok kot



:D



layannnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...