Monday, May 26, 2008

air terjun.putik durian.pokok getah.





Ni air terjun kat kpg abah, tak jauh dari dusun abah.

Pada tarikh 18.05.08 buat pertama kalinya aku berjaya jejakkan kaki ke air terjun tu. Nak jejak kesitu kena guna banyak tenaga, penat dan terjelir lidah – itu kata adik ketiga aku.

Pada hari tu, adik lelaki bongsu aku pelawa aku teman dia memancing kat situ. Kebetulan tak ada aktiviti yg menarik nak dibuat, aku terus je setuju utk ikut dia.

Untuk sampai ke destinasi, kami melalui dusun durian milik orang cina di kawasan yg berbukit. Pokok-pokok durian tersusun dilereng bukit. Dahan-dahan pokok durian dihiasi putik-putik buah durian. Semak samun di pangkal pokok ditebas bersih.

Begitu jugak ngan pokok-pokok durian kat dusun abah. Cuma tahun ni, bilangan buah menurun berbanding tahun sebelumnya. Tapi aku masih berasa teruja mengira putik durian dari sebatang ke sebatang pokok kat dusun abah. Abah cakap, putik-putik tu belum tentu akan terus membesar. Aku cuma tersenyum memandang abah. Aku masih juga merasa teruja.

Perjalanan kami masih diteruskan. Selepas melalui dusun durian, kami mula meredah semak samun yg tebal. Rumput tinggi separas pinggang. Perasaan seriau mula menyapa diri. Rapat je aku ikut blkg adik aku, hehe.

Menikmati kehijauan disekeliling aku, benar-benar mendamaikan jiwa. Deruan air sungai sudah boleh didengari dgn jelas. Tiupan angin, siulan unggas, begitu menenangkan perasaan. Aku tarik nafas dalam-dalam. Biar paru-paru aku dipenuhi udara bersih dan segar. Walaupun termengah-mengah aku sepanjang perjalanan, tapi aku rasa tenang dan gembira.

Lepas meredah semak samun yg tebal, kami terpaksa menuruni cerun bukit dan batu besar pula. Semasa menuruni cerun bukit, aku nampak beberapa batang pokok getah. Bertabur tumbuhnya di cerun bukit. Batang pokok getah pula ada kesan torehan. Ada mangkuk seramik di pangkal pokok.

Dalam hati aku tertanya-tanya, siapalah yg menoreh pokok-pokok getah dicerun berbukit ni, di dalam hutan begini. Aku sempat menjengah kedlm mangkuk-mangkuk seramik, bekas utk mengumpul susu getah.

Alahai…hanya memenuhi dasar mangkuk sahaja. Susu getah pula dah berhenti mengalir.

Aku masih terkial-kial mengimbangi badan untuk memanjat cerun bukit pula, sambil berpaut pada batang pokok getah yg bertoreh kulitnya. Mata menjeling lagi kedalam mangkuk seramik berisi susu getah.

Hampir semuanya sekadar memenuhi dasar mangkuk sahaja.

Aku tersentuh. Aku terfikir. Aku bandingkan diriku dengan insan yang mencari rezeki dengan susu getah yang tak seberapa itu. Jerih perih yg terpaksa dilalui. Tabahnya insan yang bernama penoreh getah itu.

Haih…

4 comments:

waterlily said...

Cantik sunguh!

Aduh! Rasa nak pergi bercuti kat sana :)

- G O R O - said...

Salam.

Perenggan terakhir tue menarik.

Asbabnya wahyu pertama itu IQRA'
"Bacalah"

Kamu membaca bagi aku.

blackpurple @ jowopinter said...

Air terjun, putik durian, pokok getah. Membangkitkan nostalgia dulu-dulu. Syahdu.

violet said...

Kak Lily,
cantik kan. sbnrnya masa tu hujan lama taj turun. air sungai pun dah kurang.

goro,
salam.
:)

bp@jp,
nostalgia dulu-dulu mmg sentiasa dlm ingatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...