Wednesday, September 10, 2008

hari raya

skrg ni aku cm dah tak sbr2 nak blk kpg utk beraya. minggu lps telefon mak. aku tanya pasal agar2 kering. aku tanya psl kue raya. mak melayan je. tapi aku terlupa nk tanya psl dodol ngn pelita. sbnrnya bab dodol ngn pelita tu adalah tugas abah. ahaks.

ari isnin lepas, member2 ofis tekejut dgr ring tone sms hp aku. lagu raya nyanyian sanisah huri. (tu tak dgr lg ring tone utk incoming call. lagu raya nyanyian saloma. haha).

semua yg dok tekun buat kerja tiba2 angkat kepala. cam pelik. cam tak penah dgr lagu raya selama hidup. 'oit, kemain smgt nak beraya. baru seminggu posa' ada suara dari org2 yg sdg merasa pelik. pelik dgr lagu raya. aku just sengih. mmg pun aku dh tak sabar nak beraya. nak blk kpg sbnrnya. hiks.

skrg kalendar adalah sumber inspirasi aku. aku gembira bila menatap kalendar. melihat tarikh2 yg bakal mendatang. 'aarrghh...nak balik kpg...' hati aku menjerit2 didalam. kdg2 aku tersenyum sorang2. sambil menatap kalendar. hahaa...

*meng'update' blog psl raya pun adalah suatu perasaan yg indah juga. :D

5 comments:

Mrs. Amie said...

uuwwaaaa..bestnya klu ada mak kan? sedey :(

violet said...

mrs. amie,

jgnla sedih2. serba salah lak rsnya.

mak sentiasa ada dlm diri kita semua. dlm hati. doa2kan mak utk kesejahteraannya. walau siapa dan dimana dia berada sekalipun.

senyum, senyumm... :)

naz ilyn said...

Salam..

Sememangnya zaman bujang adalah saat yang paling manis..menunggu saat pulang ke kampung..terasa diri dimanja..

Lalui saat manis dengan sebaik mungkin kerana ia akan terpahat untuk sekian kalinya..

meen said...

hayyooo..sudah raya ka kat sini violet?hihi

violet said...

naz ilyn,
salam...
berjauhan dr keluarga menambahkan lg rindu dan kasih pd mereka semua. tak sabar rsnya nk blk kpg. dh lama tak balik kpg sbnrnya.

meen,
hiks. smgt nak blk kpg yg lebih. nak beraya tu penambah lg smgt dn seronoknya.
*brape psg baju raya thn nie?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...