Thursday, July 10, 2008

oh negaraku yg tercinta

Aku ada join perhimpunan Protes ari Ahad 6 Julai lepas. Aku tak de la plan nk gi sana. Kebetulan aku ke TTDI ats urusan peribadi, then aku melencong kesana, ke Stadium Petaling Jaya. Ramai gak la yg hadir. Perhimpunan Protes ni bkn perhimpunan politik. Ni perhimpunan rakyat. Rakyat yg protes ats kenaikan rega minyak yg mendadak. Rakyat nak buka mata pemegang kuasa pemerintah yg rakyat ada hak utk bersuara. Rakyat tak puas ati dgn cara pemerintah mengawal ekonomi negara. Negara yg kaya. Bkn negara yg setaraf ngn negara Somalia sana. Bukan setaraf ngn negara Thailand. Mmg minyak kat negara depa murah secara relatifnya tp brg keperluan kat negara depa tak semahal kt negara kita. Depa tak dak minyak, getah, kelapa sawit.

Kenapalah BN ni B***H sgt? Dorg tak sedar ke dorang hidup mewah skrg ni atas kuasa yg rakyat bagi? Tak sedaq diri. Pastu tindas lagi rakyat. Rakyat kerja siang malam membanting tulang dan tenaga utk isi perut dan teruskan hidup. tp tertindas dgn kenaikan mcm2 harga brgn. Bukan kata harga brg keperluan, upah babysitter pun dah naik. Ni keluhan member seofis aku sendiri.

Ape nak jadila ngn negara tercinta aku ni. Pada generasi yg bakal dtg nnt.

Aku pun skrg dah jadi tawar ati ngn kerenah politik negara ni. Masa PRU12 dulu, aku sanggup blk kmpung mengundi. Mengundi utk parti yg dulu aku pandang rendah dan dingin. Sampai mak aku pun cam emosional dan hangin bila Kedah ngn Pulau Pinang jatuh kat pembangkang ms tu. Ingat lagi keesokan paginya lepas PRU12, tengah nak mengadap nasi lemak, mak sound “apa pun jadi, mak tetap akan sokong **. Biaqla apa nak jadi pun. Padan muka org melayu, Pulau Pinang dah dpt kat cha ya nun alif! Esok2 ni kita nak pi Penang, kita naik roket laa…”suara mak keras dan begetar.

Panas je telinga aku ni masa tu. Cam ada wap panas yg keluar. Nak je aku bukak mulut. Tp aku sabar. Tak kan la kerana politik aku nk derhaka kt mak kan. Tak pasal2 kang aku jadi peti es. sbb kena sumpah ngan mak. Pagi2 lak tu, depan rezeki. “tak pa la mak, masing2 punya pilihan. Masing2 ada hak” aku jawap dgn sopan sambil tunduk menguis2 nasi lemak. Selera cam terbantut. Abah just senyap je. Abah aku tu cam ala2 pembangkang pun ada, cam ala2 kerajaan pun ada. Abah cool je. Hmmm, sayang abah. Kat mak pun sayang jugak. Hehe

Aku yg selama ni sealiran dgn mak, dah berubah arus. Mak senyap je masa aku dok becerita informasi2 yg aku dah baca dari emel dan internet (blog la, haha). Selamba ja aku becerita kat dpn mak ngn abah sehari sblm PRU12 ari tu. Memula tu mak melayan, tapi las2 mak byk senyap. Air muka mak berubah perlahan2. Mak cam tak leh nak terima apa yg aku ckp. Abah lak, cam biasa, cool aje…

Sekarang ni aku rasa politik mmg takde yg betul 100%. Sebelum pilihanraya mcm2 manifesto yg kuar. Tp manusia tetap manusia. Tak kan sunyi dari kekhilafan. Tak kan pernah merasa cukup dgn nikmat yg Allah beri. Rakyat lah yg menjadi mangsa. Kalo pemerintah berjiwa rakyat, makmurlah negara dan rakyat. Tapi kalo pemerintah cam hampeh, gila kuasa, perompak, tak ada skill nk handle ekonomi utk ringankan beban rakyat dan apa2 lagi yg malas aku nak listkan kt sini, maka meranalah rakyat. Yg pasti semunya akan diadili di akhirat sana nnt. Tungguuuuu…

2 comments:

13may said...

gambaq tadak ka cek??? hehhe hehhe

btw,
Sebagai tanda penghargaan:

http://13may.blogspot.com/2008/07/141-terima-kasih.html

http://picasaweb.google.com/encik13may/BloggerPictures/photo?authkey=Tz25mAffF_A#5221307062512162642

Terima kasih :)

SitiNur said...

penang skit hari lagi jadi macam singapore..takut woo..

sedih dengan keadaan politik di negara kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...