Monday, November 2, 2009

bersosial terapi utk kesihatan dalaman diri

~cam poyo je bunyi tajuk entri ni kan~

smlm aku join Terry Fox Run'09 kt Tasik Perdana. Larian ni untuk kumpul dana bagi tujuan penyelidikan kanser. company tempat aku keje ni salah satu penyumbang dana. jadinya pekerja dipelawa untuk sertai larian ni.smlm aku tgk ramai org luar yg join. mat salleh tak kurang ramainya. yg dah berumur, bwk anak, berdukung, berstoller. kagum aku tgk kesungguhan dorg sertai aktiviti amal cm ni. dan aku tgk bangsa melayu kita kurang je join aktiviti cm ni. mungkin kurang promosi kot.

aku suka sgt aktiviti2 cm gini. dah ada peluang tu, rugi kalo tak join. so smlm berlari2 la aku kt sana. terasa sgt aku yg dah tua ni tak fit langsung. baru lari panjat bukit sket je aku dah tercungap2. tapi bes sbb dapat kuarkan peluh dan aku rasa ringan je bdn ni lps berlari. w'pun ari ni kaki aku sakit tak ingat tapi aku rasa bes la berlari smlm tu.nak berlari lagi la lepas ni...hehe.

ptgnya jumpa budak2 keta. gi mkn piza kt One Utama. 7 org sumenye temasuk aku. aku dah janji ngn dorang. sbb dorang dah tolong repairkan keta aku. bersungguh2 betulkan impact bar, braket lampu aku yg dah pecah, betulkn bumper yg dah senget dan renggang dan tukar lampu kecik aku yg dah blown. hepi dpt jumpa dorg smlm. lps mkn dorg ajak gi karoke. hehe...ada lak yg ajak aku duet lagu Kau Mawarku...adeh la. sbb tak nak hampakan permintaan, aku yg malu2 kucing ni pun terima gak la pelawaan tu. tapi sore aku mmg out la. lantak la. yg penting org tak ckp aku sombong or tak sporting kan....

*I love Allah more than anything in the world. Thank you Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...