Friday, January 15, 2010

matahari dan bumi.bulan dan bintang


04.01.2010 Isnin

Aku keluar ofis pukul 6ptg.masa tu hujan lebat kat KL ni.masuk dalam kereta, start enjin, tapi enjin kereta aku tak leh nak start.aku cuba byk kali tapi tak buleh2.aku mula cemas.hujan kat luar semakin lebat dan cuaca semakin gelap.aku mula telefon kenalan2 yg dekat ngan ofis aku.masa tu member2 ofis suma dah balik.lgpun majoriti membe ofis aku adalah pompuan.apa sgt la yg org pompuan tau kan dlm hal2 pasal kereta.termasuk la aku ni...huhu...

las2 ada sorg kenalan lelaki yg keje kat Jalan Lekiu janji nak dtg.ssh2 dia dtg naik LRT ke ofis aku.sampai putus2 tali selipar.hmmm..

check2 enjin dia ckp bateri aku yg ada masalah.aku rasa lega gak la bila dia dtg.tak la aku sorang2 pompuan kt tmpt parking blkg ofis aku tu.dan hari semakin beranjak malam.

pastu dia cuba call semua kenalan2 dia yg ada 'jumper'.alat utk cas bateri kereta.

semua yg dia call tak dpt nak dtg.samada berada diluar KL @ pun yg ada hal.

last2 ada sorang kenalan setuju nak dtg.lega.

kami berdua pun menunggu dgn sabar.hampir 3jam berlalu akhirnya muncul lah penyelamat tu.alhamdulillah...akhirnya enjin kereta aku buleh start.

aku namakan penyelamat tu sbg Mr J

sampai rumah aku msg Mr J.ucapkan terima kasih padanya.dan sms berganti sms...

esoknya aku amik emergency leave.pergi tukar bateri keta baru.dah 3thn bateri aku tu tak pernah bertukar.hehe...org dgr pun tekejut.

05.01.2010 Rabu

Mr J ajak aku kuar tgk wayang lepas ofis.aku mulanya tu cam berat gak nak terima.sbb aku ni jenis lepas je ofis,terus balik rumah.aku tak suka singgah mana2.sebab rumah aku jauh.aku tak nak balik lewat2 sgt.takut dgn jenayah kt KL ni.

dia ckp movie tu pukul 7.20mlm kt KLCC.hmmm...nak tak nak aku terpaksa terima.org dah tolong aku kan.serba salah la pulak nak tolak pelawaan org.aku cuma bersangka baik ja la dgn dia.berharap niat dia baik.

sanggup lak dia dtg jemput kat ofis.sepanjang perjalanan mcm2 soalan dia tanya kt aku.pasal keluarga.pasal brapa lama aku keje kt KL.aku yg malu2 kucing ni cuma menjawab je soalan dia tanpa fikir apa2.

hbs movie dia ajak aku makan.memndang jam dah beranjak ke pkl 9mlm aku terpaksa tolak dgn baik.dan dia faham.dia hantar aku balik ke ofis sbb keta aku, aku tinggalkan kt situ.dlm perjalanan tu katanya dia ajak aku makan sbb nak bercakap pasal hidup.dalam hati aku bertanya, "pasal hidup?"

08.01.2010 Jumaat

Malam tu aku nak ke Alor Star.nak menghadiri kenduri seorang kenalan disana.aku nak tumpang kereta kenalan lain yg tinggal di Putra Jaya.tapi Mr J ajak aku kuar pada malam yg sama.Mr J mintak kenalan aku dari Putra Jaya tu amik aku kat tempat Mr J dan aku kuar mlm tu.

Mr J datang jemput aku kat rumah.kesian dia.tak pernah dtg rumah aku yg jauh dipinggir KL.penat sgt mengadap traffic jam kt KL, dia mintak aku drive keta dia.takut gak aku nak drive keta org.dah la keta baru lagi...

Mr J nak serius dgn aku.katanya dia nak kan hubungan kami ni sampai ke tahap kahwin.aku betul2 dalam dilema.serba salah.tak tahu mana yg betul mana yg salah.tak tahu apa keputusan yg patut aku buat.semuanya berlalu dgn pantas.

Ya Allah...berilah petunjuk pada hambaMu yg maha lemah ini Ya Allah.aku inginkan kebahgiaan hidup didunia dan akhirat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...