Friday, June 6, 2008

Luahan hati seorang kuli

Aku hanyalah seorang kuli.

Kuli yang sentiasa bersyukur dgn rezeki pemberian Allah. Aku bekerja kerana Allah. Mencari rezeki yang halal utk teruskan hidup di atas muka bumi Allah yg mewah ini.

Aku seorang kuli yang berhempas pulas menjalankan tugas 5 hari seminggu, 8 jam sehari.

Aku seorang kuli yang sentiasa taat dlm menjalankan amanah yg telah majikan aku berikan.

Aku seorang kuli yg hidup selesa. Bukan mewah.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup, bukan mewah tapi utk kehidupan yg selesa. Punya harta yg menjadi asas keperluan hidup. Bukan kehendak tapi keperluan. Keperluan yg wajib dlm hidup manusia di zaman sekarang.

Kuli kecil ini ada komitmen utk keperluan hidup.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Sekarang kuli kecil ini rasa teraniaya. Bukan dianiaya oleh majikan tapi oleh pemegang kuasa pemerintahan negara.

Aku kuli kecil yg sentiasa bekerja keras utk keperluan hidup dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara tercinta.

Tapi sekarang aku terpaksa memperuntukkan sebahagian besar pendapatan aku pada kenaikan kos. Kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Magicnya, aku berkerja di dalam sebuah negara pengeluar dan pengeksport minyak. Magicnya lagi, aku bekerja di dalam sebuah negara yg mewah hasil buminya.

Aku rasa bosan, letih, kecewa, marah, teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Aku rasa macam nak balik kpg.

Aku bekerja berhempas pulas utk keperluan hidup dan terpaksa menanggung kenaikan kos minyak dan brg makanan.

Aku bosan dan letih dan kecewa dan marah dan teraniaya dan entah apa2 lagi yg aku rasa.

Kepada barisan pemimpin dan pemegang kuasa pemerintahan negara, anda semua hidup mewah atas kuasa dan amanah yg rakyat dan kuli kecil ini telah berikan.

Anda semua tak akan terlepas dari ditanya di alam barzakh dan di akhirat sana.

Tunggu saja nanti ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...