Friday, June 13, 2008

semalam yg membangkitkan nostalgia :P

semalam. aku ke sebuah sekolah. sekolah menengah. ada urusan pejabat yg perlu aku buat.

bila melangkah melintasi pintu pagar sekolah yg terbuka kecil, seorang pengawal keselamatan bingkas bangun dari kerusi duduknya.

dlm masa yg sama aku terasa satu perasaan yg pelik. pelik sbb aku dah lama tak alami suasana mcm ni. aku sedang memasuki kawsn sekolah. kawsn yg dah lama sgt aku tinggal. dah bebelas tahun lamanya!

nostalgia masa sekolah dulu kembali menyapa aku. aku berdebar2. aku mula memanjat tangga sekolah menuju ke pejabat. riuh rendah suara pelajar2 dlm kelas. aku terbayangkan suasana di sekolah aku dulu. tangga, kelas, suara bising dlm kelas.

mata aku melilau mencari pejabat sekolah. aku hanya nampak bilik guru. aku melintas bilik guru. nostalgia dulu2 masa aku bersekolah, dan melintasi bilik guru...entah lah aku pun tak tau cm mn nk citer cm mn perasaan aku masa tu.

kemudian, aku nmpak tanda arah ke pejabat. jumpa juga aku ngn pejabat sekolah ni. alhamdulillah. aku bukannya apa. takut sesat kt dlm kawsn sekolah je...haha.

dah selesai urusan, aku mula bergerak keluar. kebetulan masa tu waktu rehat. sempat jugak aku dgr loceng sekolah. bunyi yg dah lama jugak aku tak dengar...hehee..

pelajar2 sekolah disana sini. aku tunduk je bejalan. maklumla malu...haha

aku berselisih dgn 3 org pelajr lelaki . 'err, ni cikgu rozihan ker?' slh sorang drp budak2 tu tegur aku dgn aksi sopannya. aku terkedu. aku senyum je. 'minta maaf ye cikgu, saya budak baru kat sini' terdengar suara yg sama sebaik aku melepasi mereka.

aku hanya ber t-shirt lengan panjang, berseluar jeans dan berselipar pink. dan aku dikatakan cikgu.

budak2 zaman sekarang...

3 comments:

Penoreh Getah said...

itu taktik budak2 sekarang...

SHIMI said...

Sekolah kena sekolah

violet said...

penoreh getah:
:P

shimi:
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...